Tuesday, November 3, 2009

cinta dan perpisahan

Kadangkala orang yg paling mencintaimu adalah orang yg tidak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan apabila dia suatu masa hilang dari pandanganmu, kau akan menyedari dia adalah cinta yg tidak pernah kausedari….

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan di tangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan, kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNYA jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkah kau terfikir akan kebesaranNYA itu?

5 comments:

CM said...

Salam

`kenapa dia mesti takut menyatakan cinta,dimana keberanian,kesungguhan,kewibawaan wahai si pencinta,katakan saja,kerana kita tak sedar wujudnya angin jika pokok tak bergoyang,tak sedar wujudnya cinta tanpa bukti dan kesungguhan...

bukan meratapi gagalnya sebuah cinta,tapi bergenang airmata tika harapan tak jadi nyata,itu fitrah manusia yg serba lemah jiwa dan raga...semua milik Allah,kita menumpang dalam hidup yg sementara..

Maiyah said...

kalo dah cinta.. nyatakan, nanti molopeh :D

me said...

sering memikirkan hal ini sehingga sendiri keliru, siapakah sebenarnya yg dicintai kerana di hadapannya terlalu banyak pilihan...

mungkinkah ini akan berakhir dgn kekecewaan?

Dr Chenta said...

salam cikgu mas, maiyah dan me,

maafkan sy krn lambat membalas komen, sejak 4 Nov sy cuti sakit dan hanya akan bertugas semula pada 13 Nov 2009. Sekarang ini sedang banyakkan rehat.

Jutaan terima kasih atas komen kalian, sayang kamu!, hehehe....

sdura said...

Salam..
jodoh dan pertemuan ditangan Tuhan tetapi pada yang merasinya amatlah berat menerima jika harapan yang disulam bertahun lamanya hilang dalam sekelip mata. Maka, lebih baik belajar mencintai Tuhan dan meletakkannya ditempat teratas dan selebihnya cinta pada manusia...kerana cinta manusia tak akan kekal selamanya...

Related Posts with Thumbnails