Tuesday, September 29, 2009

rintihan dara

Maha Suci Tuhan yang telah memberi ketenangan
dalam sujud taubat, hajat, istiqarah,syukur dan dhuha
dalam kekeliruan mencari cinta
lantaran usia kian mengejar
apalagi mereka yang seusia telah menginjak fasa
aku yang bukan lagi digelar dara rebutan!

Dalam kata mereka, kuterima sebagai nasihat
dan senyum bonda, senyum berhajat
kuselami erti tersirat
mahu aku punya pembimbing kampung akhirat

Bukan aku tidak mahu
bukan hanya tunggu menanti seru
tapi aku terkeliru
dalam usaha itu
adakalanya tersasar dari jalanMu

Lantas aku undur langkah
dalam taubat kumohon keampunan
dalam hajat kumohon pertolongan
dalam istiqarah kumohon pilihan
dalam syukur kumohon pemeliharaan
dalam dhuha kumohon kurniaan!

Masih terngiang lagi sinis kata menguji iman
kalau kau tu baik sangat…
kenapa belum punya teman?

Bagaimana harus aku bicarakan
jodoh bukan untuk orang yang baik…sahaja
orang tak baik pun ada jodoh juga
sudah termaktub janjiNya
lelaki baik untuk perempuan baik begitu juga sebaliknya
yakin lah…
ajal maut, jodoh, pertemuan ada hikmah
pabila tiba masanya, pasti takkan berganjak walau sesaat!



Monday, September 28, 2009

getar di hatikukah itu....?

Sebentar tadi aku membaca himpunan puisi yg terletak di bahagian bawah rimbunan prisma kasih dan aku baca buat sekian kalinya puisi ini.....;

kau tanyalah pada malam
ketika kau merenung bintang2 di langit
sambil bayu mengirim bisikan rindu
siapakah yg turut sama berbuat begitu
jika bukan aku….

usah kau harap jawapan dari suaraku
kerana getar di hati
telah menjadi gelora di tujuh lautan

dan nafas cintaku
merentas jarak dan waktu
berkelana di tujuh benua
dan masih mampu hidup
walau di tandus sahara
walau di dasar gelap laut dalam

dan aku pasrah
pabila tatapan mataku yg redup
masih menggamit rindumu
dan suara lunakku
masih setia membelai jiwa laramu….

Friday, September 25, 2009

sahabat


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

sahabat sejati

Entriku coretan rindu mendapat jawapan balas daripada prisma kasih. Kuucapkan jutaan terima kasih dan setinggi2 penghargaan, moga persahabatan kita berkekalan sehingga ke akhir hayat..... dan puisi itu terlalu indah dan bermakna untuk tidak kuabadikan di sini;

Wahai sahabatku....
dalam berjuta, engkau pilihanku
kutemui kepayahan dalam mencari sahabat sepertimu
sahabat yang setia....

bila mana memandang wajahmu,
teringat akan penciptaku
pabila mendengar suaramu,
menambah kekuatan imanku
pabila mendampingimu,
hati jadi tenang...

sahabatku adalah buah hatiku
kemesraan adalah penawar duka
rindu menambah cinta
rajuk membuah ceria
berpisah hanya dengan mati, insyaallah
kerana kita adalah sahabat sejati...

Wednesday, September 23, 2009

seribu makna

Betul kata orang, wajah kanak-kanak memberi pengertian seribu makna. Dia menangis pun kita tidak pasti apa yang dikehendaki sebenarnya. Yang pasti, setiap apa yang dilakukan, pasti ada sebabnya....

Tuesday, September 22, 2009

coretan rindu

Dari rimbunan prisma kasih kutemui sebuah puisi cinta dan rindu......(ada kaitankah dgn diriku?)

Kumiliki sepenggal cinta yang belum jadi nyata...

Dan sebuah rindu yang hanya mungkin aku sendiri yang mengerti...

Kerana dirimu tak mungkin ku miliki...

Seakan penantian yang tak berujung...


Ku tempuh jalan hidupku

Sambil berjanji dalam hati untuk selalu menyayangimu

Meski bayangmu selalu hadir dalam angan dan mimpiku

Kucuba untuk mengerti bahawa rasa ini adalah rasa yang tak bertepi


Dan kini... aku jatuh cinta lagi

Bila kau baca coretan ini

Jujur aku sangat merindukanmu

Walau tak pantas untukku berharap tentangmu


Kerana kau bukan milikku

Kendati berat rasa rindu yang ada...

Tapi ini adalah realiti...

Dan aku hanya mampu berucap...

Aku mencintaimu...

Saturday, September 19, 2009

antara munajat Rabiah al-Adawiyah....

Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.

Wednesday, September 16, 2009

cinta lelaki...


Cinta lelaki pelik & Unik
Oleh : Lovely

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:
• Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
• Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
• Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
• Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
• Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
• Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak menumpukan perhatian penuh padanya.
• Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
• kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
• Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih atau isteri.
• Lega apabila pasangan memujuknya.
• Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
• Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
• Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.

Sunday, September 13, 2009

lelaki menangis?

Jarang sangat kita melihat lelaki menitiskan air mata tetapi sebenarnya mereka pun menangis. Mungkin kaum lelaki selalu memikirkan egonya, apalagi ingin menangis di depan kaum perempuan sudah pasti tidak sanggup. Ramai lelaki tidak mengakui bahawa sebenarnya hati mereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, terharu dan tersendu. Mereka berpendapat bahawa lelaki yang menangis tidak macho atau jantan. Apakah benar tanggapan ini? Lelaki adalah manusia yang mempunyai emosi dan rasa sehingga akan menitiskan air mata apabila mereka mengalami kesedihan yang amat sangat.


Semua itu mereka tepis kerana kalau menangis mereka akan dilihat tidak macho. Emosi, suka, gembira, duka, patah hati sebenarnya tidak ada kaitannya dengan macho atau kejantanan. Lelaki juga berhak untuk menangis dan itu adalah sifat manusia yang punya hati dan perasaan sama ada untuk meluahkan kegembiraan atau kesedihan..Tetapi menangis adalah satu tindakbalas normal setiap manusia. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, kedua-duanya memiliki hak yang sama untuk merasa sedih sehingga menitiskan air mata.


Ada bermacam-macam jenis `menangis’ dan semuanya memiliki kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata saat memotong bawang di dapur. Tetapi air mata mengalir keluar saat kita mengalami rasa sedih, terkilan atau sekadar mengenang kembali kenangan lama dan pengalaman pahit.


Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Dengan menangis maka perasaan tertekan akan terasa lega. Inilah yang dikatakan ‘tangisan yang berkesan’ kerana mampu memberi kesan yang baik pada emosi seseorang begitu juga saat kita gembira dengan ketawa. Jadi janganlah malu untuk menangis kerana itu tidak ada kaitan dengan kejantanan seorang lelaki. Kalau kita tidak ingin dilihat lemah oleh pasangan atau kawan, kita boleh lakukannya di bilik bersendirian. Jadi tidak ada yang tahu kan? So...kalau ingin menangis.. menangis lah...jangan dipendam dalam hati kerana menangis akan melegakan emosi dan memberikan suatu kepuasan untuk diri kita.


Friday, September 11, 2009

menangis


baru sebentar tadi aku menjengah ke blog 'perjalananku masih panjang' dan membaca entri terbarunya....dan buat sekian kalinya aku tewas menahan senduku....

meneruskan bacaan kepada komen2 menenangkan aku kembali namun apabila aku buka sebuah lagi entri airmataku menitis lagi....

bersabarlah maiyah!

Tuesday, September 8, 2009

fajar vs senja


A


B

Kedua-dua gambar di atas diambil pada waktu yg berbeza, iaitu pada waktu fajar menyingsing dan di lembayung senja namun kedua2nya kelihatan serupa dan amat sukar untuk membezakannya. Yang mana satu gambar mentari terbit, A atau B?

Monday, September 7, 2009

suria pagi

Usahlah terbuai layu kesedihan dengan ratapan sendu si lembayung senja yang hadirnya cuma seketika, malam yang bakal muncul akan lebih meresahkan rasa dan menggundahgulanakan hati.... dan mengapa tidak kaunantikan sinar suria di waktu pagi yang tetap setia menjanjikan sebuah cinta!!!

Friday, September 4, 2009

mimpi hakiki

dalam sepi ada cinta
dalam riuh ada rindu
menyatu di pintuMu
bagai kembara kuharungi laut biru
berlelah-lelah dan tertatih
sebelum pada akhirnya
menjadi daun luruh
di pangkuanMu, ya Rabb
ya Rabb, pemilik keabadian
cinta dan rindu untukMu
adalah mimpi yang hakiki
penuh harap dan cemas
khuatir kutak sampai

Wednesday, September 2, 2009

bahtera rindu

Andainya ada rindu yang tak terucap.... biar ia bermain dulu di angan hati.... dan andainya telah ada kekuatan....langkahilah titian rindu itu.... dalam menuju pada ribaan sedarnya.... dan andainya yakin akan kebenaran rindu itu mohonlah segala kehendak dgn berdoa agar rindu itu akan hadir melayarkan bahtera....



Related Posts with Thumbnails