Friday, July 31, 2009

3 permintaan

Seorang saudagar yang dlm perjalanan ke Mesir dgn menunggang seekor kuda sambil membawa barang dagangan, berhenti rehat di bawah sepokok tamar yang rendang dan tak berbuah. Dgn keletihan kerana perjalanan yang jauh, saudagar tersebut buntu kerana semua bekalan makanan dan minuman telahpun habis. Tiba2 dilihatnya seekor burung hinggap di dahan pokok, dgn berhati2 saudagar itupun menangkap burung tersebut.

Burung itupun berkata, “Wahai manusia lepaskanlah aku, akan kutunaikan apa jua permintaanmu. Setelah kamu melepaskanku akan kutunaikan 3 permintaan tanpa syarat.” “Bagaimana jika kamu berbohong?” tanya saudagar itu. “Baiklah, buatlah permintaan pertamamu akan kutunaikan janjiku.”

“Pertama, aku mahukan makanan yang enak2, dan tersedialah makanan yang lazat2 lg berkhasiat.” lalu burung itu dilepaskan. Dengan gelojohnya saudagar itu pun makan tanpa membaca doa. Burung pun bertanya, “Apa pula permintaan keduamu?”

“Kedua, aku mahukan tubuh yang tegap dan sasa.” Tiba2 baju yang dipakai oleh saudagar tadi mula terkoyak dan tubuhnya bertukar seperti Arnold Schwarzenegger, seperti dlm filem( terminator). Saudagar tersebut pun tersenyum bangga.

“Apa pula permintaan terakhir mu?” tanya burung lagi.

“Terakhir, aku mahu kemaluanku sebesar kemaluan kuda,” sambil tangan menunjuk ke arah kudanya. Tiba2 saudagar merasa suatu perubahan pada kemaluannya, sambil tersenyum saudagar itu pun mengucapkan ribuan terima kasih kepada burung tersebut. Burung pun berlalu pergi......

Dengan penuh debaran, sambil membayangkan kemaluan yang diidamkan, saudagar pun menanggalkan seluarnya.............alangkah terkejutnya ia................. “ooooooooohhhhhhhhhhhh tiiiiiiiidaaaakkkkk...........”

“Bagaimana aku boleh terlupa bahawa kuda yang kutunggang itu betinaaaaa.....................!!!!!!!!”



Saturday, July 25, 2009

pantun merindu

Saya abadikan pantun yang saya jual kepada CM (tiada apa2 yg serius hanya sekadar hiburan.... tapi teringin juga untuk terus menjual!):-

Dr Chenta;
Kiri jalan kanan pun jalan
Sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu

CM;
Pungguk menjeling bulan beradu
Sayu menyanyi dipohon meranti
kalau benar sama merindu
bentangkan tanda,tunjukkan bukti.

Dr Chenta;
Pungguk merindu di dahan kayu
Berlagu sayu setia menanti
Saban purnama aku merayu
Perlukah lagi tanda dan bukti?

CM;
Merajuk pungguk di bawa bayu
kerana bulan dah kian bosan
pernahku hancur lantaran rayu
aku bukan lagi sigadis hingusan..

Dr Chenta;
Kecewa bulan bermuram durja
Hinggap pungguk di pohon selasih
Adat bercinta ada terluka
Mengapa serik utk berkasih?

CM;
Bulan meratap kerana tersisih
Pungguk terbang kiri dan kanan
tiada kuserik untuk berkasih
Kerna hamba tak ingin `kempunan`

Thursday, July 23, 2009

cinta Bilal

Bilal adalah salah seorang daripada sahabat nabi yang paling terkenal. Beliau menjadi muazzin atau juruazan di masjid nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah. Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan dalam hati pemiliknya dan telah disiksa dengan begitu dahsyat sekali. Akhirnya Abu Bakar telah menebusnya dan semenjak dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi saw sehingga baginda wafat. Selepas kewafatan nabi saw, Bilal telah meninggalkan kota Madinah. Pada suatu hari, beliau telah melihat Nabi saw dalam mimpinya. Berkata Nabi saw kepada Bilal, “Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak pernah melawatiku?” Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibanya di kota itu, dia telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain, cucuanda Rasulullah. Ketika masuk waktu solat, mereka menyuruh Bilal berazan. Permintaan daripada orang yang dicintai itu tidak dapat ditolak. Apabila suara Bilal berkumandang di raung angkasa kota Madinah, penduduk2nya pun tanpa segan silu telah menghamburkan air mata mereka kerana teringatkan zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka Nabi Muhammad saw.

Tuesday, July 21, 2009

Muhasabah Cinta ILahi

“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang yang putus cinta. “Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain. Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid dan banyak juga kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan. Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan? Cinta Ilahi? Tiada lagi cinta lelaki? Wanita gila harta? Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada ‘buayafriend. mahu jatuh hati kepada ‘gelifriend’ atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa? Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata. Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi SAW telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda SAW bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya. Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri. Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini. Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah dan tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri. Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti. Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya? “Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al Imraan 3: 31) Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pada waktu pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang BEKERJA untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.


sumber; http://fikriharaki.blogspot.com/

Monday, July 20, 2009

Tipah terkalah?

Suatu hari, Tipah telah tersesat di dalam hutan semasa mengikuti program jungle trekking yg dianjurkan oleh syarikatnya. Setelah beberapa lama, dia sampai ke sebuah kampung orang asli. Oleh kerana rupanya yg lawa dan kulitnya yg putih, Tok Batin di situ menyatakan hasrat utk menjadikan Tipah isterinya. Tipah, merasakan jika dia menolak hasrat Tok Batin akan membuatkan Tok Batin marah dan kemungkinan menjadikan dia makanan tengah hari, memikirkan cara utk melepaskan diri dari kemelut tersebut dgn cara yg baik

Tipah : saya boleh jadi isteri tok tapi dgn 3 syarat

Tok Batin : 3 syarat, aku sanggup aku sanggup

Tipah : syarat pertama, Tok mesti buatkan banglo 3 tingkat dlm hutan ni utk rumah kita

Tok Batin : boleh boleh, aku buat aku buat

Tipah : (alamak mcm mana ni, dia boleh buatla) ok syarat kedua, Tok kena pasang lif dari emas utk saya turun naik

Tok Batin (setelah bertanya kp penasihatnya lif tu apa) : boleh boleh, aku pasang aku pasang

Tipah : (alamak, sanggup lagi, mampus aku kali ni, apa lagi aku nak letakkan syarat ni) ok Tok, syarat ketiga. Saya hanya akan jadi isteri kepada lelaki yg mempunyai ‘anu’ sepanjang 15 inci (sambil tersenyum)

Tok Batin terdiam, wajahnya muram dan sesekali menggeleng2kan kepala. Digaru2 kepalanya beberapa kali sambil matanya memandang sayu. Akhirnya...

Tok Batin : Ok boleh boleh, aku potong aku potong

Cess...

Saturday, July 18, 2009

8C Sebab SUAMI Benci ISTERI

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!


C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renung2kanlah.....


sumber;

http://www.mypendidik.net/portal/index.php

Tuesday, July 14, 2009

ciuman untuk isteri

Untuk perhatian suami yg suka mencium.........

Suka cium dahi isteri........suami yang romantis.

Suka cium pipi isteri........suami yang penyayang.

Suka cium mulut isteri.......suami yang gelojoh.

Suka cium tengkuk isteri........suami yang mata keranjang.

Suka cium telinga isteri.........suami yang sensitive.

Suka cium leher isteri.........suami yang penyabar.

Suka cium buah dada isteri........suami yang suka bermanja.

Suka cium tangan isteri.......suami yang hipokrit.

Suka cium ketiak isteri.......suami yang menerima isterinya seadanya.

Suka cium kemaluan isteri......suami yang pemalu.

Suka cium punggung isteri.......suami yang suka bergurau.

Suka cium kaki isteri.......suami yang terlalu menghormat isteri.

Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri......suami yang mementingkan diri.

Suka cium seluruh bahagian badan isteri........ suami yang baru balik dari outstation.

Amaran: Kajian ini dibuat secara rambang, mungkin ada sedikit perbezaan dari individu ke individu yang lain

Sunday, July 12, 2009

Lelaki hensem VS Lelaki tak hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

heheheheh...... dunia.. dunia......



sumber;

http://teratakburukzam.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails