Sunday, December 27, 2009

erti cinta


Cinta adalah garisan tak berpenghujung; dan kita di atasnya. Sama ada kita mahu terus mencari hujungnya atau kita lakar garisan baru.


Monday, December 21, 2009

cinta dan air mata

Cinta... cinta.... Sudah berapa gelen air mata engkau keluarkan dari mata manusia sejak Nabi Adam AS dilahirkan hingga sekarang disebabkan oleh cinta yang dusta. Berapa ramaikah hati dan perasaan wanita yang telah engkau pasrahkan bermula sejak manusia mengenal erti cinta? Lantaran hati wanita yang sensitif, engkau mudah memperkosa hati mereka hingga hilang mahkota cintanya pada seorang lelaki hingusan. Amat menghairankan! Memang air mata adalah penawar dan kesudahan bagi episod cinta yang berakhir terlalu awal. Hawa nafsu, permainan lidah dan kebobrokan hati menjadi kunci beracun cinta yang durjana. Air mata selalu dikaitkan dengan wanita. Sebagai rakan karib, wanita sering ditemani air mata kesedihan setelah cintanya ditolak atau dipermainkan oleh lelaki. Apa kurangnya dengan lelaki? Hero kampung pun boleh menitiskan air mata kalau sekiranya penolakan cinta itu yang menjadi bahannya....

Wednesday, December 16, 2009

jenis2 cinta

"Utamakan cinta Allah SWT daripada cinta sesama manusia." Cinta itu terbahagi lima :

­Cinta manusia kepada Tuhannya
­Cinta manusia kepada dirinya
­Cinta kepada orang kerana kecantikannya
­Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya
­Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya

(Kata² Hukama')

Wednesday, December 9, 2009

cinta dan rindu


rindu takkan ada tepinya,
sayang juga takkan ada penghujungnya
dan kasih jua takkan ada penyudahnya....
ingatan cinta akan kekal sentiasa tanpa hentinya!

Monday, November 30, 2009

cinta getir

anda mungkin telah melalui semua pahit getir itu namun kesabaran dan ketabahan telah menyebabkan hubungan menjadi kekal....

Monday, November 23, 2009

menangis kerana cinta

Cinta bukan terletak pada ucapan yang berulangkali. Cinta tidak pernah berubah, cuma insan yang berubah hatinya. Insan yang menangis kerana cinta bukanlah bererti jiwanya lemah, tetapi itulah di antara bukti sebuah cinta yang hebat dan bukanlah suatu permainan.

Monday, November 16, 2009

sukar?


Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh....

Friday, November 13, 2009

Tuesday, November 10, 2009

Tuesday, November 3, 2009

cinta dan perpisahan

Kadangkala orang yg paling mencintaimu adalah orang yg tidak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan apabila dia suatu masa hilang dari pandanganmu, kau akan menyedari dia adalah cinta yg tidak pernah kausedari….

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan di tangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan, kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNYA jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkah kau terfikir akan kebesaranNYA itu?

Sunday, November 1, 2009

Saturday, October 31, 2009

dari blog iem


Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam di dalamnya.
Jika ingin selamat,
layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa,
isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.




tq iem!

Thursday, October 29, 2009

Monday, October 26, 2009

Thursday, October 22, 2009

suatu hari nanti pasti ada seseorang untuk kamu

Seorang remaja bernama Emma (bukan nama sebenar) menulis di dlm blognya (tertarik dgn pandangannya, aku abadikan di sini); entri kali ni, menyentuh tentang sesuatu yang aku tak sangka aku akan tulis, tak sesuai dengan jiwa betul la topik ni tapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya aku tergerak hati untuk menulis tentang hal ni. mule-mule nak tanya soalan, boleh?haha….adakah kamu:

* pernah merasakan tiada siapa yang akan terima diri kamu seadanya dan sanggup hidup dengan kamu?

* tak pernah ada girlfriend/boyfriend? atau tak pernah merasakan kasih sayang seseorang selain ahli keluarga dan rakan-rakan seterusnya merasakan tiada siapa yang akan sayang kamu?

* selalu dikecewakan oleh lelaki/perempuan yang kamu rasa dah serahkan cinta mati sehinggakan kadang-kadang rasa serik bercinta?

* tak pernah percaya pada "cinta sejati" atau "jodoh dan pertemuan"?


kalau kamu tergolong dalam ciri-ciri di atas, semestinya kamu rasa memang dalam dunia ni kamu ditakdirkan hidup sendirian. aku tulis pasal hal ni sebab aku ade seorang kawan yang tak pernah anggap ade orang akan terima diri die seadanya. die rase takde siapa yang akan terima diri dia yang banyak kekurangan.aku rase bukan die seorang yang rase macam tu.


aku tahu aku takde langsung pengalaman tentang hal macam ni (zero ko tau tak?). tapi takpe kan kalau aku nak berikan sedikit pandangan dan pendapat. Baik, aku akan mulakan pandangan aku.haha.

setiap orang itu ade takdir masing-masing yang telah ditentukanNya. kita selalu lihat orang yang dah berumur tapi masih tak kahwin-kahwin lagi ataupon yang masih takde jodoh lagi. lebih-lebih lagi zaman sekarang ni, ramai sangat aku tengok. jadi kita takot kalau sebenarnya ape yang kita lihat tu akhirnya akan jadi pada kita.sebab itulah, ade antara kawan aku yang dah assume macam-macam yang akan terjadi pada masa hadapan. ye, aku tau umur macam aku ni, terlampau muda untuk fikirkan pasal hal ni, tapi inilah hakikat sebenar. masih adekah "cinta sejati" yang orang cakap-cakapkan tu? masih adekah orang yang akan terima diri kita seadanya walaupon kita tak berharta? tak cantik? banyak kekurangan? zaman sekarang, manusia lebih materialistik dan lebih fikirkan kepentingan diri sendiri. takde dah ayat camni "I tak kesah kalau U kerja bawak lori je pon, asalkan hidup kita bahagia".


itu la sebab kadang-kadang mereka ambil keputusan untuk tak mengharapkan "seseorang" yang akan teman hidup diorang. akhirnya ramai yang rela hidup seorang diri.aku percaya dengan ayat ini "suatu hari nanti,pasti ade seseorang untuk kamu". mungkin ade yang dah putus asa untuk harapkan "seseorang" ni yang tak muncul-muncul sehingga umur dah nak mencecah 40an atau 50an. dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir sendirian. tapi yakinlah, kalau bukan di dunia, insyaAllah "seseorang" itu akan ade di sana.


jadi aku harap, jangan ada yang berputus asa mencari "seseorang". pasti ade untuk kamu. kalau dah jumpa, Alhamdullilah. tapi kalo tak jumpe lagi, jangan terdesak mencari sampai tersalah pilih orang. yang penting bahagia dan saling melengkapi(complement to each other..macam ayat biologi).

eh, aku ade satu cerita nak kongsi. Ustazah aku pernah cakap:


"kalau kita suka seseorang tu, jangan bagitau dia, simpan perasaan tu baik-baik dan selalu berdoa akhirnya akan dijodohkan dengan dia. walaupon mungkin selepas tu, ajal kita sampai atau ajal dia sampai.insyaAllah kita akan bertemu die di akhirat sebagai jodoh kita"


betol ke ayat aku ni? lebih kurang macam ni la Ustazah cakap.haha.


dah-dah. untuk tulis entri yang tak sesuai dengan umur aku ni memakan masa sejam untuk fikir tau. letih otak aku. lepas ni taknak cerita bende serius macam ni lagi. kalo mak aku bace, mesti die cakap "kamu takde kerja lain ke? belajar pon tak habis, tulis benda-benda macam tu. tak sabar nak kahwin sangat ke??". haha.

doa seorang lelaki

Monday, October 19, 2009

jika aku jatuh cinta lagi


Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,

cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta lagi, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta duniawi.

Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta lagi, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku jatuh cinta lagi, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga akhir malam.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Ya-ALLAH Rabbul Jalil. Amin....!

Friday, October 16, 2009

love


LOve is nOt abOut findinG thE riGht pErsOn
But crEaTinG a riGht rElatiOnsHip ..

It's nOt abOut hOw muCh lOvE yOu hAve in thE bEgInning
But hOw mucH lOve yOu buiLd TiLL thE EnD...

Monday, October 12, 2009

rasa cinta


Salah sebuah telaga di lubuk hatimu mengalir sejuk hingga muara kelopak matamu. Di sanalah relung-relung cinta menemukan ketenangannya, berdenyut di setiap nadi, menggejolak dalam nurani, engkau tahu sesakit manapun yg diderita raga, ketenangan jiwa akan membuat semua menjadi manis, rasakanlah dan renyai hujan turun di negeri tanpa musim….

Friday, October 9, 2009

berbaik-baik sesama Islam

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya." Bukhari dan Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi s.a.w menjawab: "Kau cegah dia". (Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari & Muslim]

“Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. Al Hujuraat ayat 10.

Wednesday, October 7, 2009

mimpi usang

mimpiku usang dan semakin usang menerjang realiti
wewajah nan sayu, tersendu dan air mata di memana

kuhulur tangan mengapai sepasang tangan kamu
namun tidak kesampaian malah kembali terhempas
ke lorong sempit tidak bergerak
terhempit, lemas dan sesak

aku kepayahan persis maut datang bergelut
jeritanku tanpa suara
bersipongang ke tujuh benua

tiada siapa yg pedulikannya
dan tetiba aku menangis, terluka dan takut
dengan kegelapan di memana
dan nafasku terus terjerut

dan mimpiku kian usang

Friday, October 2, 2009

luahan hati seorang isteri

"Duhai suamiku...Dengarlah luahan hatiku ini Dari isterimu...Yang selama ini begitu taatnya Diriku padamu... Abang sayang... Bukan niatku untuk membenci dirimu Apatah lagi melukakan hatimu Cuma ingin meluahkan rasa Terkilan dan ketidakpuasan Yang selama ini bertapak di hati... Abang... Apakah salahku apakah dosaku Sehingga abang memperlakukan ku sebegitu Terluka rasa hati Dek kerana perlakuanmu Dan tutur bicaramu padaku... Abang suamiku... Setiaku hanya padamu Tidak ada dua dan tidak juga tiga.. Tiada di hati selain dirimu Walaupun sungguh berat kurasakan Permintaanmu itu.. Namun, isterimu ini redha bang.... Redha padamu dan redha juga pada tuhanku.. Aku tak mampu untuk menghalang kehendakmu Kerana ku tahu akan tewas jua.. Biarlah ku pasrah pada ketentuannya.. Kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.. Suamiku tercinta... Bagaikan halilintar memecah bumi.. Tatkala kau bersuara Ingin kahwin lagi... Menitis airmataku... Tidak tertahan lagi... Hilang sudah maluku padamu Bang...fahamilah isi hatiku ini... Duhai abang... Katamu kau terpaksa Kerana tidak ingin menambah dosa Dia tidaklah secantik mana Dia tidaklah sehebat mana Cuma katamu... Godaan syaitan.. Godaan nafsu telah beraja di hati Daripada terlanjur melakukan dosa Lebih baik kahwininya segera Hilang dosa tambahkan pahala... Abang... Mengertilah kau bahawa.. Berat rasa hati ini Untuk mengizinkan kau kahwin lagi.. Namun kau harus tahu.. Isterimu ini tidaklah sekejam itu Dengan terpaksa kurelakan jua Walaupun hati ini terluka Isteri mana yang sanggup bermadu bang... Aku ingin menjadi seperti Aisyah.. Madunya ramai hidupnya bahagia.. Tapi... Aku tak mampu untuk menjadi seperti itu.. Cukuplah sekadar aku di hatimu... Pergilah abang... Aku izinkan dirimu.. Janganlah cuba menambah dosa yang ada Kerana yang ada pun tidak terbela Pergilah abang... Pergilah suamiku sayang... Katamu... Aku tiada salah di sisimu Aku tiada cacat cela bagimu Aku isteri serba sempurna Sukar di cari dimana-mana Katamu... kau bersyukur punya isteri sepertiku Setia di sisimu setiap waktu Sakit peningmu akulah yang Bantu Makan minummu cukup selalu Kau ucapkan Terima Kasih isteriku... Kerana berupaya menjadi 'isteri' kepadamu.. Abang... Dengan nama Allah.. Aku sanggup hidup bermadu Asalkan kau sentiasa di sisiku Tidak melupaiku dan tanggungjawabmu... Kerana kusedar.. Aku tak punyai apa-apa Sebagai menghargai jasamu padaku Hanya satu yang kumampu Menghadiahkanmu seorang cahaya mata.. Anugerah Ilahi yang tak terhingga Zuriat kita berdua... Sebagai rezeki dan sebagai penyeri Rumahtangga kita... Duhai abang.. Cuma satu kupinta darimu.. Berlakulah adil seadil-adilnya Kepada isterimu yang bukan lagi satu.. Tanggungjawabmu sudah bertambah.. Bahagilah kasih seadil-adilnya..Bimbinglah isteri-isterimu ke jalan Allah Didiklah kami dengan ilmu akhirat Agar menjadi isteri solehah Idamanku setiap waktu.. Bicaraku yang terakhir.. Abang... Suamiku dunia dan akhirat Ketahuilah bahawa Cintaku padamu tak pernah padam Walau apa yang terjadi... Semoga Tuhan merestui Kebahagiaan kita sekeluarga Kekal bahagia ke akhir hayat... Amin!!!

Tuesday, September 29, 2009

rintihan dara

Maha Suci Tuhan yang telah memberi ketenangan
dalam sujud taubat, hajat, istiqarah,syukur dan dhuha
dalam kekeliruan mencari cinta
lantaran usia kian mengejar
apalagi mereka yang seusia telah menginjak fasa
aku yang bukan lagi digelar dara rebutan!

Dalam kata mereka, kuterima sebagai nasihat
dan senyum bonda, senyum berhajat
kuselami erti tersirat
mahu aku punya pembimbing kampung akhirat

Bukan aku tidak mahu
bukan hanya tunggu menanti seru
tapi aku terkeliru
dalam usaha itu
adakalanya tersasar dari jalanMu

Lantas aku undur langkah
dalam taubat kumohon keampunan
dalam hajat kumohon pertolongan
dalam istiqarah kumohon pilihan
dalam syukur kumohon pemeliharaan
dalam dhuha kumohon kurniaan!

Masih terngiang lagi sinis kata menguji iman
kalau kau tu baik sangat…
kenapa belum punya teman?

Bagaimana harus aku bicarakan
jodoh bukan untuk orang yang baik…sahaja
orang tak baik pun ada jodoh juga
sudah termaktub janjiNya
lelaki baik untuk perempuan baik begitu juga sebaliknya
yakin lah…
ajal maut, jodoh, pertemuan ada hikmah
pabila tiba masanya, pasti takkan berganjak walau sesaat!



Monday, September 28, 2009

getar di hatikukah itu....?

Sebentar tadi aku membaca himpunan puisi yg terletak di bahagian bawah rimbunan prisma kasih dan aku baca buat sekian kalinya puisi ini.....;

kau tanyalah pada malam
ketika kau merenung bintang2 di langit
sambil bayu mengirim bisikan rindu
siapakah yg turut sama berbuat begitu
jika bukan aku….

usah kau harap jawapan dari suaraku
kerana getar di hati
telah menjadi gelora di tujuh lautan

dan nafas cintaku
merentas jarak dan waktu
berkelana di tujuh benua
dan masih mampu hidup
walau di tandus sahara
walau di dasar gelap laut dalam

dan aku pasrah
pabila tatapan mataku yg redup
masih menggamit rindumu
dan suara lunakku
masih setia membelai jiwa laramu….

Friday, September 25, 2009

sahabat


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

sahabat sejati

Entriku coretan rindu mendapat jawapan balas daripada prisma kasih. Kuucapkan jutaan terima kasih dan setinggi2 penghargaan, moga persahabatan kita berkekalan sehingga ke akhir hayat..... dan puisi itu terlalu indah dan bermakna untuk tidak kuabadikan di sini;

Wahai sahabatku....
dalam berjuta, engkau pilihanku
kutemui kepayahan dalam mencari sahabat sepertimu
sahabat yang setia....

bila mana memandang wajahmu,
teringat akan penciptaku
pabila mendengar suaramu,
menambah kekuatan imanku
pabila mendampingimu,
hati jadi tenang...

sahabatku adalah buah hatiku
kemesraan adalah penawar duka
rindu menambah cinta
rajuk membuah ceria
berpisah hanya dengan mati, insyaallah
kerana kita adalah sahabat sejati...

Wednesday, September 23, 2009

seribu makna

Betul kata orang, wajah kanak-kanak memberi pengertian seribu makna. Dia menangis pun kita tidak pasti apa yang dikehendaki sebenarnya. Yang pasti, setiap apa yang dilakukan, pasti ada sebabnya....
Related Posts with Thumbnails