Monday, August 31, 2009

jangan

Jangan ditanam padi di seberang
Jangan menghuma di puncak bukit
Jangan tak kenang budinya orang
Jangan dilupa walau sedikit

Jangan didaki Gunung Tahan
Jangan pergi tanpa teman
Jangan lupa kasihnya Tuhan
Jangan bersedih menerima ujian

Jangan jadi rindu bayangan
Jangan rasa selalu dipendam
Jangan dibiar marah berpanjangan
Jangan disuburkan benci dan dendam

Jangan dilupa kasih yang ibu beri
Jangan jadi Tenggang tak mengenang budi
Jangan ditangisi nasibnya diri
Jangan dikesal apa yang terjadi

Jangan berenang di dalam perigi
Jangan dibuang air di baldi
Jangan dikenang yang sudah pergi
Jangan dirindu orang tak sudi

Jangan duduk di tepi jalan
Jangan duduk di atas batang
Jangan dirindu kepada bulan
Jangan ditanya ke mana bintang

Sunday, August 30, 2009

jika

JikA iNdAh sAtU pErTeMuAn, jgN AkHiri dgN pErPiSaHaN,
jikA sUCi sAtU pErKeNaLaN, JgN cEmAri dgN pEnDuStAan,
jikA bErNilAi SeBuAh PeRhUbUnGaN, hArgAiLah iA dgN kEikhLAsaN....

Thursday, August 27, 2009

Wednesday, August 26, 2009

lelaki idaman


10 CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM PEREMPUAN...


1. Lelaki Yang Prihatin -

Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje… dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni DJ baru thr dot fm…. kesalahan sendiri tak perasan..


2. Lelaki Yang Menjadi Penawar -

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.


3. Lelaki Yang Memberi Kebebasan Sewajarnya -

Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tauke kedai tu…. lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.


4. Lelaki Yang Berhati-Hati -

Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!


5. Lelaki Yang Wangi -

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.


6. Lelaki Yang Pemurah -

Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.


7. Lelaki Yang Tidak Kisah -

Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat sama ada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!


8. Lelaki Yang Memberi Sokongan Padu -

Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!


9. Lelaki Yang Cintakan Kedamaian -

Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..


10. Lelaki Yang Menyerahkan Kuasa Vetonya -

Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.



ADA APA-APA PERBEZAAN??? Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuti carta tersebut.. janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah dilali, bebal atau kebal...Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN.... bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataan kan...jadi...kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiara kata...yang berbunyi...

"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

Monday, August 24, 2009

romantik antik

Seorang pengunjung setia mengemukakan dua pertanyaan sebagai usaha untuk mengenali diri ini dan terima kasih kerana sudi bertanya....

Soalan2nya;
(1) Adakah dirimu lelaki romantik???
Jawapan: jika ada sesiapa yang berasakan demikian maka saya rasa itulah yang lebih tepat berbanding jika saya yang menyatakannya sendiri….

atau....

(2) Lelaki Roman Antik..dah antik la...he,he,he tapi lagi antik lagi mahal kan????
Jawapan: Jika usia seseorang yang menghampiri tempoh setengah abad itu dikira telah menjadi ‘antik’ maka saya termasuklah di dalam kategori itu namun rasa2nya belum begitu mahal harganya berbanding dengan ‘antik’ yang sudah beratus2 atau beribu2 tahun….hehehe

Sunday, August 23, 2009

cemburu


Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, sama ada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma anda perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.

Antara tanda-tanda cemburu;

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila anda tiada.

2. Dia menelefon anda semasa anda sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan anda.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa anda telah keluar dengan lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan anda.

5. Dia mengugut membunuh diri jika anda meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu anda sentiasa bersamanya dan marah walaupun anda keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada anda.

8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka jika anda kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan anda.

Friday, August 21, 2009

friends


friends will come and friends will go
the seasons change and it will show
i will age and so will you
but our friendship stays strong and true....


>>>> khas buat Teja dan Cikgu Mas

Wednesday, August 19, 2009

berderai dan sesalan

"Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok."


"Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi."

Monday, August 17, 2009

haiku cinta

kasih berbunga
pelangi pun menjelma
mewarna cinta

hatiku sayu
asyik merayu-rayu
lemas merindu

sering bermadah
namun hatiku gundah
rasaku goyah

di mana cinta
jika pelangi lenyap
dimamah hari

kuharap kasih
hidup selama-lama
di hati kita

aku di sini
masih setia jua
melayan rasa

Saturday, August 15, 2009

cantik


bukan titik menyebabkan tinta

tapi tinta menyebabkan titik,

bukan cantik menyebabkan cinta

tetapi cinta menyebabkan cantik


http://anamunawwarah7.blogspot.com/

Thursday, August 13, 2009

puisi buat Pungguk (1)

berpijaklah di bumi nyata

sekian masa kau masih bertenggek di situ

mendayu2 suaramu

merayurindu sang bulan

dan tanpa jemu2

mengapa tidak terfikir olehmu

pernahkah walaupun sekali

bulan menyahut serurindumu?


berpijaklah di bumi nyata

sang bulan bukan pasanganmu

bukan cintamu

dan bukan juga takdirmu

biarkan dia bersama bintang2

yg sekian masa setia memagarinya

kau boleh saja melihat dan mengintai

tapi bukan bermimpi untuk memiliki!

Wednesday, August 12, 2009

puisi buat Teja (4)

kau tanyalah pada malam
ketika kau merenung bintang2 di langit
sambil bayu mengirim bisikan rindu
siapakah yg turut sama berbuat begitu
jika bukan aku….

usah kau harap jawapan dari suaraku
kerana getar di hati
telah menjadi gelora di tujuh lautan

dan nafas cintaku
merentas jarak dan waktu
berkelana di tujuh benua
dan masih mampu hidup
walau di tandus sahara
walau di dasar gelap laut dalam

dan aku pasrah
pabila tatapan mataku yg redup
masih menggamit rindumu
dan suara lunakku
masih setia membelai jiwa laramu….

puisi buat Teja (3)

bersama sinar suria pagi

berkaca embun di hujung rumput

yang hayatnya seketika

kering dek mentari meninggi hari

aku hadir menyapamu

dan tetiba hujan mencurah

hanya sekejap cuma

tetapi telah muncul malu si pelangi

di hujung sana

dengan warna2nya yg memukau kalbu

cintakah itu yg hadir dengan tiba2

dengan bunga kasih dan syahdu rindu….

Tuesday, August 11, 2009

puisi buat Teja (2)

apalah maknanya cinta
dan kasih
jika tidak merindu
dan jika dengan menyebut namaku
rindumu masih menggila
duduklah di tepi jendela
sambil merenung bulan purnama
dan jika malam itu
hujan gerimis
dan tempiasnya
menampar pipimu
ketahuilah bahawa itu
adalah rembasan airmataku
merinduimu....

puisi buat Teja (1)

Jika kau musafir di gurun tandus
yg terlalu dahagakan
walau setitis air,
adakah sayang dan rinduku
ibarat hujan lebat
yg bisa menenggalamkan
atau gerimis
yg tidak membecakkan tanah
atau embun
yg tidak jejak ke bumi
atau awan hitam
yg berhalilintar berdentum2
namun hujan tidak juga
atau sebagai apakah aku ini???

Sunday, August 9, 2009

wahai isteriku

bukan sengaja aku tidak mahu membalas renungan manja ghairahmu itu namun berita2 sensasi begitu mengamit hati dan perasaanku terutama ttg masalah2 yg dihadapi oleh negara sekarang ini, misalnya selsema babi tu…..huhu


jangan ler bibirmu sekadar terbuka tetapi mana suaranya? Suaramu mesti ditinggikan volume-nye mengatasi bunyi senandung dengkuranku dan usahlah diulang2 sebut ttg dengkuran itu sedangkan selama bertahun2 ini, tiadalah lagu lain yg mendodoimu sehingga terlena….


Sebagai suami dan ketua keluarga aku mmg berasa bertanggungjawab utk memberi nasihat dan memimpin kamu ke jalan yg benar tapi kalau dah tak mahu nak ikut, aku nak buat macam mana?


Jangan ler nak diungkit2 pulak kisah sewaktu kita memadu kasih menyulam cinta dulu….. kita telah sama2 tenggelam dalam suatu situasi fantasi yang latarnya indah semata2 serta tiada cacat celanya, sehingga semua pancaindera kita seolah2 tidak berfungsi lagi, yg kurang cantik kita nampak sgt menawan, yg kurang halus kita rasa sangat lembut, yg kurang merdu kita dengar sungguh mersik, yg menyakitkan hati kita langsung tidak merasakannya……pendek kata semuanya kelihatan indah belaka walapun hakikatnya tidak begitu! Mengapa kita boleh terima situasi dan keadaan ketika itu? Mungkin sebab utamanya adalah kerana kita sedang dilamun CINTA dengan kuasanya begitu kuat dan dominan sekali sehinggakan kita boleh merasionalkan apa sahaja….malah kita sendiri tidak menjadi diri kita yang sebenarnya….


Aku bukan mencari2 dan memberi alasan namun waktu dan keadaan telah berubah. Aku sebenarnya masih bercakap, berbicara, berhujah, menasihati malah sering memuji2mu namun aku tidak ketemukan suaraku. Kalau dulu hati dan perasaanku berada juga di mulut lalu terhamburlah segala macam kata dan kau pula begitu bersedia dan setia menerimanya kerana pada waktu itu dalam kamus hidupmu tiada perkataan protes…. Kini mulutku sering berada jauh di lubuk hati maka segala2 menjadi senyap dan sunyi dan kau menyangka yang aku tidak berkata2 sedangkan aku masih aku yang dahulu….


Ketahuilah sayang bahawa yang sebenar2nya aku tidak mahu melukai hatimu dengan libasan dan tikaman kata2ku, maafkan aku….cubalah menerima aku seadanya, seperti dulu dan kini dan selamanya!


(kalau ler entri ini boleh menjadi jawapan kepada rintihan cikgu mas, mohon maaf jika terkasar bahasa dan keterlaluan cara)


Friday, August 7, 2009

monolog seorang suami

Seringkali aku menjadi begitu malas dan payah untuk mengungkap walaupun sepatah kata. Banyak yang hendak kusuarakan tapi ianya hanya berlegar-legar di dalam benakku, menyesakkan dada dan memeningkan kepala! Pada waktu-waktu yang aku seperti berkesempatan bercakap-cakap dan engkau pun mendengar dan memahami segala nasihat dan pengharapan itu. Namun hari ini, kau masih engkau yang tidak ada perubahan malah seolah-olahnya tidak langsung mendengar dan memahami walaupun sekelumit segala nasihat dan pengharapanku kerana kata-kataku sebenarnya tidak terucapkan dan tidak bisa terdengar oleh sesiapa!

Monday, August 3, 2009

siti impian

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

>>>> 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'.
Related Posts with Thumbnails