Friday, May 29, 2009

bahagia

apa agaknya rasa jika kita dicintai, disayangi dan dilayan belai mesra oleh seseorang, tentu bahagia kan??? jika seorang yg berbuat begitu kepada kita maka sudah sedemikian rasanya, apatah lagi kalau serentak dilakukan oleh beberapa orang..... tapi di dunia, keistimewaan ini hanya diberi kepada kaum adam sahaja!

Wednesday, May 27, 2009

dalam hati

...... dalam hati seorang perempuan ada satu ruang kosong sahaja yang akan diisi dengan cinta seorang lelaki yang dipanggilnya suami apabila bernikah dan selepas itu ruang tersebut merupakan kawasan larangan bagi mana-mana lelaki.....

Tuesday, May 26, 2009

salahkah (khas buat soca)

salahkah
mencari cinta di ufuk kebencian?
mencari rindu di hamparan sendu?
mencari bahagia di dataran lara?
mencari syurga di dunia sementara?

salahkah
seorang suami mencari cinta?
seorang isteri mencari rindu?
seorang ayah mencari bahagia?
seorang ibu mencari syurga?

salahkah
seorang perempuan, cintanya pada suami orang?
seorang isteri, menebar rindu pd sesiapa?
seorang ayah, gagal menghimpun bahagia?
seorang ibu, tiada syurga di telapak kakinya?

salahkah
seorang aku yg usianya menghampiri senja bertanyakan
tentang cinta, tentang rindu, tentang bahagia dan tentang syurga????

(aku tidak perlukan jawapan, hanya sekadar pertanyaan.....)

Sunday, May 24, 2009

bicara jentayu

Indahnya lautan.... luas dan tenang....biru dan menenangkan. Tidak siapa dapat menduga apa yang ada di dalamnya..Siapa tahu betapa hebatnya arus yang bergelora di dasarnya.... Kamu adalah pantai yang seringkali berubah.... Sedangkan aku adalah ombak yang tidak jemu-jemu menghempas diri di dadamu.... Camar datang dan pergi.... bawalah rindu ini terbang bersamamu mengejar pelangi....

jentayu

Saturday, May 23, 2009

pantulan diri sendiri

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui di dalam dirinya....

Thursday, May 21, 2009

maksud cinta

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan. Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu yang di luar jangkauan Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat. Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Tuesday, May 19, 2009

seharusnya cinta

insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah swt . Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah swt. Ini adalah kerana mereka yakin bahawa cinta datang dari Allah swt dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah swt adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah swt. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Semua agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam serta manusia dan perbuatan.

oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

Saturday, May 16, 2009

cinta selepas kahwin

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkangandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Friday, May 15, 2009

bercinta lagi...

Seorang berkata, “bahawa cinta pertama sukar dilupakan namun cinta pertama tidak selalunya berakhir di jinjang pelamin atau bersatu. Adakah cinta yg kedua? Jika ada dan diakhiri dengan perkahwinan, lalu bagaimana pula jika hadir cinta yang ketiga? Adakah itu pun dinamakan cinta ? Apakah cinta juga namanya jika yang dicintai itu sudah berpunya? Mengapa semudah itu? bercinta dan dicintai...., ahh!!! susahnya melupakan si dia meskipun aku tahu cinta ini adalah cinta yang tak mungkin bersatu….”

Moral; berhati-hati apabila bercinta lebih-lebih lagi antara isteri dan suami orang... anda berada di zon bahaya!

Wednesday, May 13, 2009

makna cinta dan teman sejati

Kenapa kita menutup mata
ketika kita tidur?
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?
Ketika kita berciuman?
Ini kerana hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT...
Kita semua agak aneh...
dan hidup sendiri juga agak aneh...
Dan ketika kita menemukan seseorang
yang keunikannya SEJALAN dengan kita..
Kita bergabung dengannya
dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa
yang dinamakan CINTA..
Ada hal2 yang tidak ingin kita lepaskan..
Orang2 yang tidak ingin kita tinggalkan...
Tapi ingatlah...
melepaskan BUKAN akhir dari dunia,
melainkan awal suatu kehidupan baru.
Kebahagiaan ada untuk
mereka yang menangis,
mereka yang disakiti,
mereka yang telah mencari
dan mereka yang telah mencoba,
kerana MEREKALAH yang bisa menghargai
betapa pentingnya
orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

CINTA yang AGUNG?
Adalah ketika kamu menitiskan air mata
dan MASIH peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu
dan kamu MASIH menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu MASIH bisa tersenyum
sambil berkata: "Aku turut berbahagia untukmu"
Apabila cinta tidak berhasil...
BEBASKAN dirimu...
Biarkan hatimu kembali melebarkan
sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI..
Ingatlah...
bahwa kamu mungkin menemukan cinta
dan kehilangannya..
Tapi..ketika cinta itu mati..
kamu TIDAK perlu mati bersamanya...
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang..
MELAINKAN mereka yang tetap tegar
ketika mereka jatuh.
Entah bagaimana...dalam perjalanan kehidupan,
kamu belajar tentang dirimu sendiri..
dan menyedari bahwa penyesalan tidak seharusnya ada.
HANYALAH penghargaan abadi
atas pilihan2 kehidupan
yang telah kau buat.

TEMAN SEJATI...
Mengerti ketika kamu berkata 'Aku lupa..'
Menunggu selamanya
Ketika kamu berkata 'Tunggu sebentar'
Tetap tinggal ketika kamu berkata: "Tinggalkan aku sendiri"
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk
dan berkata: "Bolehkah saya masuk?"

MENCINTAI...
BUKANlah bagaimana kamu melupakan,
melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN.
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan,
melainkan bagaimana kamu MENGERTI.
BUKANlah apa yang kamu lihat,
melainkan apa yang kamu RASAKAN.
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan,
melainkan bagaimana kamu BERTAHAN.
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati...
dibandingkan menangis tersedu2..
Air mata yang keluar dapat dihapus,
sementara air mata yang tersembunyi
menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.
Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang..
Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah,
kamu TETAP MENANG
hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang..
LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri.
Akan tiba saatnya
Di mana kamu harus berhenti mencintai seseorang.
BUKAN kerana orang itu berhenti mencintai kita,
MELAINKAN kerana kita menyedari
bahwa orang itu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.
Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia..
jangan percaya bahwa melepaskan
SELALU bererti kamu benar2 mencintai
MELAINKAN BERJUANGLAH demi cintamu.
Itulah CINTA SEJATI.
Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
DARIPADA berjalan bersama orang 'yang tersedia'
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
DARIPADA orang yang berada di sekelilingmu
Lebih baik menunggu orang yang tepat
kerana hidup ini terlalu singkat
untuk dibuang hanya dengan 'seseorang'
Kadang kala, orang yang kamu cintai
adalah orang yang PALING menyakiti hatimu
dan kadang kala, teman yang membawamu ke dalam pelukannya
dan menangis bersamamu
adalah cinta yang tidak kamu sedari...
dan sekarang, cari dan burulah CINTAmu

pelajaran cinta

Adalah menjadi tabiat dan sifat semulajadi seseorang itu apabila telah jatuh cinta kepada seseorang maka dia akan menyerah dan mematuhi kekasihnya.. Ketidakpatuhan kepada yang dikasihi adalah begitu berat baginya sebagaimana dia tidak mahu mematuhi kepada seseorang yang tidak dicintai.


Cara untuk membentuk cinta kepada seseorang itu ialah dengan memerhatikan kecantikannya dan kebagusannya. Pemerhatian ini mungkin melalui anggota jasmaninya atau melalui tanggapan batinnya. Jikalau dengan cara melihat akan kecantikan wajahnya sahaja, membawa kepada cinta pada ketika itu juga maka suara merdu akan menambatkan hati dan kadangkala akan menghasilkan kesan magnetik.


Kadangkala suara yang manis merdulah yang menarik perhatian dan kadangkala kecantikan dan kebijaksanaan ungkapan yang menyebabkan seseorang itu jatuh cinta. Orang-orang yang berpengalaman telah menyarankan supaya seseorang yang ingin membentuk perasaan cinta mestilah memikirkan akan perkara-perkara yang bersangkutan dengan yang dicintai dan janganlah pula sesuatu yang selain daripada yang dicintai itu mendiami di hatinya. Adalah benar sekali di dalam masalah cinta ini, hanya dengan memandang wajah yang cantik atau tangan, menggerakkan seseorang itu untuk melihat bahagian-bahagian lain daripada anggota kekasihnya dan dengan ini cinta itu bertambah dan kerinduan hati akan hilang tetapi kepuasan tidak akan tercapai. Sebagaimna seorang penyair Urdu bermadah; “Penyakit itu terus bertanbah apabila pengubatannya ditambah.”


Jikalau setelah menanam benih di ladang, seseorang itu tidak ambil peduli untuk mengairinya, tanaman tidak akan tumbuh. Begitulah juga setelah jatuh cinta, jikalau seseorang itu tidak berusaha memberikan perhatian kepada yang dicintai maka cinta itu akan lenyap ditelan masa. Tetapi jika dia terus mengawasinya dengan membayangkan bentuk yang mengasyikkannya, kedudukannya atau gerak-gerinya atau cara percakapannya terhadap yang dicintai itu maka cintanya akan terus bertambah pada setiap masa. “Luarbiasa adalah perkara-perkara bagi sekolah cinta, seseorang yang mempelajarinya tidak akan mendapat cuti.”


Jikalau kamu melupai pelajaran cinta itu, kamu akan dipisahkan pada ketika itu juga. Lebih banyak kamu mempelajarinya lebih jauh kamu akan terperangkap. Dengan cara yang sama jikalau seseorang itu hendak membentuk cintanya, dia hendaklah mencari tentang kebagusannya, daya tarikannya dan nilai-nilai daripada benda-benda yang bersangkutan dengannya dan janganlah tinggal diam dan berpuashati dengan apa yang diketahui tetapi hendaklah selalu berkeinginan untuk mengetahui dan mengenalinya dengan lebih lanjut. Malahan dalam masalah cinta yang mendalam, kekasih itu tidak akan puas-puas dengan cuma memandang pada sebahagian sahaja daripada tubuh orang yang dicintainya dan selalu akan berada dalam keadaan mencari-cari peluang untuk melihat sebanyak-banyaknya akan orang itu seboleh-bolehnya malah ingin sangat untuk sentiasa berada bersamanya. Seorang penyair berkata; “ Wahai bunga, betapa gembiranya daku bersamamu, engkau mempunyai bau seperti seseorang (kekasih)”


prakata (khas buat teman)

sekolah cinta ini aku tubuhkan atas dorongan dan sokongan beliau, seorang yang kulihat begitu asyik dan tidak serik2 memburu cinta.... tapi awas ye dik, cinta itu bisa membuat kau terleka dan terlena malah bisa membakar hati dan perasaanmu jugak!
Related Posts with Thumbnails