Monday, June 29, 2009

hidup ini sementara

Dihempas gelombang, dilemparkan angin sekisah kubersedih, kubahagia... di dalam dunia yang berakhir sunyi langkah kaki di dalam rencanaNya. Dan tertakdir menjalani semua kehendakMu ..ya Rabbi kuberserah... kuberpasrah... hanya padamu Ya Rabbi.. bila mungkin hidup hampa dirasa, bilakan hati merindukan dia... hanya denganNya hati tenang... damai jiwa dan raga....

dari blog: cikgumas

Monday, June 22, 2009

tersangat kasih...

Seorang wanita telah datang menemui Saidatina Aishah dan berkata, “Bawalah saya melihat kubur Nabi saw supaya saya memperolehi keberkatan semasa memandang kubur baginda.” Saidatina Aishah telah membuka bilik yang mengandungi kubur Nabi saw serta membenarkan wanita itu masuk. Apabila wanita itu telah melihat kubur Nabi saw, beliau mulailah menangis kerana beliau terlalu kasih serta teringat akan nabi saw. Sebenarnya beliau telah menangis dengan begitu sedih sekali sehinggakan beliau pengsan dan meninggal dunia pada saat itu (semoga Allah swt memberkati beliau). Wanita yang diberkati itu mengenangkan hari-hari yang bahagia ketika Nabi saw masih hidup lagi dan oleh sebab terlalu sedih kerana berpisah dengan Nabi saw menyebabkan beliau telah meninggal dunia. Dapatkah kita mendapati kisah-kisah mengenai kebaktian dan kasih sayang seperti ini di dalam buku-buku lain?

Saturday, June 20, 2009

cintakan nabi

Seorang telah bertanya kepada Saidina Ali tentang sebanyak manakah cinta dan kasih sayang para sahabat kepada Rasulullah saw. Beliau menjawab, “Demi Allah, kami menganggap Rasulullah saw lebih berharga daripada kekayaan kami, anak-anak kami dan ibu-ibu kami. Untuk berada di samping baginda adalah lebih berharga kepada kami daripada meminum air sejuk ketika berasa terlalu dahaga.”

Tidak ragu-ragu lagi tentang kenyataan Saidina Ali dan telah menjadi kenyataan bahawa para sahabat oleh kerana mereka mempunyai keimanan yang teguh telah mengasihi Nabi saw lebih daripada segala-galanya.

Wednesday, June 17, 2009

melestari cinta sejati

Cinta memang tidak datang tiba-tiba, juga tidak dapat padam seketika. Tidak seorangpun dapat mengelak jika gelora asmara tiba-tiba menggelegak. Tidak ada jiwa yang dapat menyangka, jika badai cinta menggelora di dada. Cerita roman yang penuh puisi cinta dan pengorbanan, menjadi inspirasi para pemuja cinta, yang rela mengorbankan hidupnya demi cita-cita absurd yang bertema cinta. Persis cerita shakespeare tentang Romeo & Juliet yang berakhir dengan bunuh diri kerana tidak sudi menyerah atas perjuangan cintanya. Cerita epik romantik ini selalu menjadi contoh khayal para pemujanya, yang selalu mengagungkan cita-cita cinta mereka. ‘Laskar cinta’, rekaan Dhani Ahmad, adalah salah sebuah lagu yang banyak merasuk orang kerana nada dan liriknya yang seolah2 begitu sangat mengagung2kan cinta. Ramai orang yang tergelincir ke dalam kekufuran kerana api cinta yang menyala2. Ramai orang tersesat dari jalan surga kerana tipu daya syahwat yang berbungkus cinta. Ramai orang yang melankolik dan mengurai air mata ketika mendengarkan lagu-lagu bertemakan cinta.


Padahal, cinta sejati seorang muslim adalah cintanya terhadap Allah SWT & Rasul. Apapun yang diperbuatnya, selalu menginginkan pertemuannya dengan Allah & Rasul di akhirat kelak. Cinta yang berlandaskan keimanan, seolah2 mengorbankan keluhuran jiwa dan kemurnian hati, padahal cinta terhadap kekasih hati, belahan jiwa tidak pernah diharamkan oleh agama. Tetapi itu semua haruslah demi meningkatkan keimanan dan ketidakwaan terhadap Sang Pencipta, Allah Rabbullalamin.


Laila Majnun misalnya, hanyalah sebuah kisah cinta sepasang manusia biasa, yang mungkin menerpa kita juga. Tidak perlu kita mengagungkan perjuangan cintanya kerana hal itu sama saja menggugat takdir yang diberikan Allah. Cinta adalah rempah ratus kehidupan yang menjadikan indahnya perjalanan hidup manusia. Cinta bukanlah tujuan dari keberadaan manusia di dunia, bukan pula akhir dari perjuangan di alam fana. Cinta hanyalah kendaraan untuk meraih kebahagiaan sejati, yaitu keredhaan Allah swt untuk mendapatkan surga, yang nikmatnya tidak terfikirkan dek akal manusia.


When I am Falling Love....It will be completely Or I never Fall in Love.....

(Dapatkah kita menerapkannya dalam mencintai Allah & Rasul ???)

Sunday, June 14, 2009

Bukti Cinta Pada Nabi

Alkisah, di negeri Arab ada seorang janda miskin yang mempunyai anak. Oleh kerana anaknya menangis kelaparan, janda itu terpaksa harus meninggalkan rumahnya untuk berkelana mencari wang. Di depan sebuah masjid, ia bertemu seorang muslim dan meminta bantuan. Anakku yatim dan kelaparan, aku minta pertolonganmu, kata janda itu. Mana buktinya? Lelaki muslim bertanya. Janda itu tidak boleh membuktikan kerana ia sendiri orang asing di tempat itu. Akhirnya lelaki muslim itu tidak menolongnya. Setelah itu, janda miskin bertemu dengan seorang Majusi. Ia pun meminta pertolongannya. Orang Majusi itu membawanya ke rumahnya dan memuliakannya dengan memberikan wang dan pakaian.

Pada malam harinya, lelaki muslim itu bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw. Semua orang mendatangi Nabi dan Nabi menyambut orang-orang itu dengan baik. Ketika tiba giliran lelaki itu mendatang Rasulullah saw, Nabi mengusirnya dan menyuruhnya pergi. Lelaki itu berteriak, Ya Rasulullah, aku ini umatmu yang mencintaimu juga. Rasulullah saw bertanya, Mana buktinya? Lelaki itu tersadar bahwa Rasulullah saw menyindirnya kerana ia telah meminta bukti saat diminta pertolongan. Ia menangis. Rasulullah saw lalu menunjukkan sebuah taman yang indah dan gedung yang megah di syurga. Lihat ini, kata Rasulullah saw, seharusnya aku berikan semua ini untukmu. Tapi kerana kau tidak menolong janda dan anak yatim itu, aku berikan semua ini pada seorang Majusi.

Pagi harinya, lelaki itu terbangun. Dia lalu mencari janda miskin dan ternyata dia menemukannya sedang berada di rumah seorang Majusi. Ikutlah kau bersamaku, pinta lelaki itu kepada si janda. Tetapi orang Majusi tidak mau menyerahkannya. Aku akan beri kau ribuan dinar asal kau mau menyerahkannya, lelaki muslim berkata. Orang Majusi tetap tidak mahu. Lelaki muslim itu akhirnya jengkel dan berkata, janda ini adalah orang Islam. Seharusnya yang menolongnya adalah sesama muslim juga! Orang Majusi itu lalu bercerita, tadi malam aku bermimpi bertemu Rasulullah saw. Baginda berkata bahwa baginda akan memberikan kepadaku syurga yang pada mulanya akan diberikan kepadamu. Ketahuilah bahwa pagi ini ketika aku terbangun, aku langsung masuk Islam dan menjadi pengikut Rasulullah saw kerana aku telah menunjukkan bukti bahawa aku adalah salah seorang pencintanya.

Lelaki Majusi itu telah menunjukkan bukti kecintaannya kepada Rasulullah saw dengan memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan.

Friday, June 12, 2009

cinta bukan miliknya

ditemuinya cinta di mana2

- di jalanan

- di rumah

- di kamar

- di tempat kerja

- di sekolah

- di pasar

- di pasar lambak

- di pasaraya

- di pasar lelong

- di kedai runcit

- di kedai makan

- di pejabat

- di perhentian bas

- di dalam bas

- di dalam kereta

- di dewan

- di padang

- di masjid

- di majlis perkahwinan

- di majlis perpisahan

- di sana

- di sini

- di situ

namun masih belum menjadi miliknya....

Tuesday, June 9, 2009

langit tidak selalu cerah

Aku bertemu dengan seorang ibu berumur 40 thn dan baru lbh kurang setahun menjadi ibu tunggal. Kesedihan jelas terbayang di wajahnya. Dalam kepayahan menahan air mata dia menceritakan kisah sedihnya. Dia memang teringin sangat utk kembali kepada bekas suaminya dan memulakan hidup baru. Semalam dia menangis2 merayu pd mertua dan bekas suaminya namun gagal kerana bekas suami telah pun membuat persiapan untuk berkahwin lagi dan ianya tidak mungkin dapat dibatalkan. Aku lihat ada keikhlasan pada wajahnya walaupun pernah dituduh curang oleh bekas suami. Apalah yg mampu aku lakukan selain daripada memberi nasihat. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya. Sempat aku katakan padanya bahawa kehidupan ini ibarat roda, ada masa kita bahagia ada masa kita derita, ada masa kita senang ada masa kita susah, ada masa kita sayang ada masa kita benci dan sebagainya dan sebagainya.... Dalam apa2 keadaan sekali pun, dunia tetap menjadi pentas ujian bagi setiap manusia. Bersabarlah, mudah2an Allah swt memberi ketenangan kepada kita walapun kita berada dalam keadaan yg menderita, susah, penuh kebencian dan sebagainya.


Monday, June 8, 2009

mencari bahagia

jika bahagia belum lagi kaumiliki

bolehkah kau temuinya

di dalam jaga di dalam sedar di dalam tidur


jika bahagia belum lagi kaumiliki

bolehkah kau temuinya

di dalam suka di dalam tawa di dalam duka


jika bahagia belum lagi kaumiliki

bolehkah kau temuinya

di dalam harta di dalam kaya di dalam papa


jika bahagia belum lagi kaumiliki

bolehkah kau temuinya

di dalam cinta di dalam kasih di dalam benci


dan jika bahagia belum lagi kaumiliki

masihkah kau mencarinya di mana-mana?

atau terus berputus asa?


Bandar Seri Permaisuri

Sunday, June 7, 2009

cinta terputus

Pelbagai perkara yg boleh menyebabkan cinta (termasuk yg sudah berumahtangga) terputus di tengah jalan. Bukan sahaja di tengah2 bahkan ada jugak yg sudah di penghujung usia masing2, mahligai cinta yg telah sekian lama kukuh terbina ranap dlm sekelip mata. Bukan maksud saya untuk membincangkan perkara2 yg menjadi asbab kepada terputusnya cinta itu namun yg pasti kita harus menerima hakikat bahawa itu adalah ketentuan Allah SWT wp seringkali kelihatan pada zahirnya, ianya berpunca sama ada daripada pihak lelaki atau perempuan. Memang kita berusaha untuk mempertahankannya tetapi apalah daya, kita hanya bisa berusaha.

Berusaha dan berdoalah mudah2an kita semua bahagia dalam cinta!

Friday, June 5, 2009

seorang bertanya, "andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?"


----> memang cinta menuntut pengorbanan namun ia bukanlah merupakan noktah bagi sebuah cinta bahkan menjadikannya lebih dinamik.... apa pendapat anda?

pada hari ulangtahun perkahwinan...

terima kasih isteriku yang telah menemani hidupku selama 25 tahun, memang kuakui aku ini bukanlah baik sangat (kadangkala jahat) namun segala hati, jiwa dan raga sebenarnya adalah untukmu, suruhlah mentari jangan terbit bersinar, arahkan bulan jangan mengambang, perintahkan petir tidak berdentum, baru boleh kalian meminta aku melupaimu... (dan kalian akan kecewa kerana permintaan itu tidak akan kutunaikan). Andainya seekor burung merbah kesayanganmu terbang menghilang diri, akan kucari dan akan kupulangkan kepadamu walaupun yang termampu kutemui hanyalah sehelai daripada bulunya....

Related Posts with Thumbnails