Wednesday, May 13, 2009

pelajaran cinta

Adalah menjadi tabiat dan sifat semulajadi seseorang itu apabila telah jatuh cinta kepada seseorang maka dia akan menyerah dan mematuhi kekasihnya.. Ketidakpatuhan kepada yang dikasihi adalah begitu berat baginya sebagaimana dia tidak mahu mematuhi kepada seseorang yang tidak dicintai.


Cara untuk membentuk cinta kepada seseorang itu ialah dengan memerhatikan kecantikannya dan kebagusannya. Pemerhatian ini mungkin melalui anggota jasmaninya atau melalui tanggapan batinnya. Jikalau dengan cara melihat akan kecantikan wajahnya sahaja, membawa kepada cinta pada ketika itu juga maka suara merdu akan menambatkan hati dan kadangkala akan menghasilkan kesan magnetik.


Kadangkala suara yang manis merdulah yang menarik perhatian dan kadangkala kecantikan dan kebijaksanaan ungkapan yang menyebabkan seseorang itu jatuh cinta. Orang-orang yang berpengalaman telah menyarankan supaya seseorang yang ingin membentuk perasaan cinta mestilah memikirkan akan perkara-perkara yang bersangkutan dengan yang dicintai dan janganlah pula sesuatu yang selain daripada yang dicintai itu mendiami di hatinya. Adalah benar sekali di dalam masalah cinta ini, hanya dengan memandang wajah yang cantik atau tangan, menggerakkan seseorang itu untuk melihat bahagian-bahagian lain daripada anggota kekasihnya dan dengan ini cinta itu bertambah dan kerinduan hati akan hilang tetapi kepuasan tidak akan tercapai. Sebagaimna seorang penyair Urdu bermadah; “Penyakit itu terus bertanbah apabila pengubatannya ditambah.”


Jikalau setelah menanam benih di ladang, seseorang itu tidak ambil peduli untuk mengairinya, tanaman tidak akan tumbuh. Begitulah juga setelah jatuh cinta, jikalau seseorang itu tidak berusaha memberikan perhatian kepada yang dicintai maka cinta itu akan lenyap ditelan masa. Tetapi jika dia terus mengawasinya dengan membayangkan bentuk yang mengasyikkannya, kedudukannya atau gerak-gerinya atau cara percakapannya terhadap yang dicintai itu maka cintanya akan terus bertambah pada setiap masa. “Luarbiasa adalah perkara-perkara bagi sekolah cinta, seseorang yang mempelajarinya tidak akan mendapat cuti.”


Jikalau kamu melupai pelajaran cinta itu, kamu akan dipisahkan pada ketika itu juga. Lebih banyak kamu mempelajarinya lebih jauh kamu akan terperangkap. Dengan cara yang sama jikalau seseorang itu hendak membentuk cintanya, dia hendaklah mencari tentang kebagusannya, daya tarikannya dan nilai-nilai daripada benda-benda yang bersangkutan dengannya dan janganlah tinggal diam dan berpuashati dengan apa yang diketahui tetapi hendaklah selalu berkeinginan untuk mengetahui dan mengenalinya dengan lebih lanjut. Malahan dalam masalah cinta yang mendalam, kekasih itu tidak akan puas-puas dengan cuma memandang pada sebahagian sahaja daripada tubuh orang yang dicintainya dan selalu akan berada dalam keadaan mencari-cari peluang untuk melihat sebanyak-banyaknya akan orang itu seboleh-bolehnya malah ingin sangat untuk sentiasa berada bersamanya. Seorang penyair berkata; “ Wahai bunga, betapa gembiranya daku bersamamu, engkau mempunyai bau seperti seseorang (kekasih)”


6 comments:

soca said...

adoii... elok dijauhi penyakit cinta ini sebelum melarat.

Dr Chenta said...

orang kalau dah kena penyakit cinta ni mmg suka kalau ianya terus melarat2.... frust kecewa kalau cintanya 'terpulih' (terputus ler...) di tengah jalan....

Anonymous said...

aku sedang mengalaminya... frust tahap gaban. cuba nk lupekan dia tk tk mampu. ingatan tshadap dia begitu kuat... camne erk??

Dr Chenta said...

eh yg kau buat tip menolak cinta dlm blog sendiri tu, sendiri tak baca dan amalkan ke... hehehe

-----> menolak tu mesti menggunakan kedua2 belah tangan, baru ler ada kekuatan.... hahaha

....maknanya 'menolak dan melupakan' itu semestinye secara zahir dan batin! Faham tak? kalau tak faham takpe, buat2 faham jer la....

Anonymous said...

tolak ngan kaki leh tk doc??? lg power agaknye... nnt nk try

Dr Chenta said...

bole2, bole ler cuba test try tengok apa jadi....

Related Posts with Thumbnails