“ jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki lain.... kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
Thursday, January 14, 2010
pesan ibu 1
“ jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tidak jatuh cinta pada lelaki lain.... kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
Friday, January 8, 2010
terbina cinta
Sunday, December 27, 2009
erti cinta
Monday, December 21, 2009
cinta dan air mata
Cinta... cinta.... Sudah berapa gelen air mata engkau keluarkan dari mata manusia sejak Nabi Adam AS dilahirkan hingga sekarang disebabkan oleh cinta yang dusta. Berapa ramaikah hati dan perasaan wanita yang telah engkau pasrahkan bermula sejak manusia mengenal erti cinta? Lantaran hati wanita yang sensitif, engkau mudah memperkosa hati mereka hingga hilang mahkota cintanya pada seorang lelaki hingusan. Amat menghairankan! Memang air mata adalah penawar dan kesudahan bagi episod cinta yang berakhir terlalu awal. Hawa nafsu, permainan lidah dan kebobrokan hati menjadi kunci beracun cinta yang durjana. Air mata selalu dikaitkan dengan wanita. Sebagai rakan karib, wanita sering ditemani air mata kesedihan setelah cintanya ditolak atau dipermainkan oleh lelaki. Apa kurangnya dengan lelaki? Hero kampung pun boleh menitiskan air mata kalau sekiranya penolakan cinta itu yang menjadi bahannya.... Wednesday, December 16, 2009
jenis2 cinta
Utamakan cinta Allah SWT daripada cinta sesama manusia." Cinta itu terbahagi lima :Cinta manusia kepada Tuhannya
Cinta manusia kepada dirinya
Cinta kepada orang kerana kecantikannya
Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya
Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya
(Kata² Hukama')
Wednesday, December 9, 2009
cinta dan rindu
Monday, November 30, 2009
Monday, November 23, 2009
menangis kerana cinta
Monday, November 16, 2009
sukar?
Friday, November 13, 2009
Tuesday, November 10, 2009
Tuesday, November 3, 2009
cinta dan perpisahan
Kadangkala orang yg paling mencintaimu adalah orang yg tidak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan apabila dia suatu masa hilang dari pandanganmu, kau akan menyedari dia adalah cinta yg tidak pernah kausedari….Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan di tangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan, kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNYA jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkah kau terfikir akan kebesaranNYA itu?
Sunday, November 1, 2009
Saturday, October 31, 2009
dari blog iem
Thursday, October 29, 2009
Monday, October 26, 2009
Thursday, October 22, 2009
suatu hari nanti pasti ada seseorang untuk kamu

Seorang remaja bernama Emma (bukan nama sebenar) menulis di dlm blognya (tertarik dgn pandangannya, aku abadikan di sini); entri kali ni, menyentuh tentang sesuatu yang aku tak sangka aku akan tulis, tak sesuai dengan jiwa betul la topik ni tapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya aku tergerak hati untuk menulis tentang hal ni. mule-mule nak tanya soalan, boleh?haha….adakah kamu:
* pernah merasakan tiada siapa yang akan terima diri kamu seadanya dan sanggup hidup dengan kamu?
* tak pernah ada girlfriend/boyfriend? atau tak pernah merasakan kasih sayang seseorang selain ahli keluarga dan rakan-rakan seterusnya merasakan tiada siapa yang akan sayang kamu?
* selalu dikecewakan oleh lelaki/perempuan yang kamu rasa dah serahkan cinta mati sehinggakan kadang-kadang rasa serik bercinta?
* tak pernah percaya pada "cinta sejati" atau "jodoh dan pertemuan"?
kalau kamu tergolong dalam ciri-ciri di atas, semestinya kamu rasa memang dalam dunia ni kamu ditakdirkan hidup sendirian. aku tulis pasal hal ni sebab aku ade seorang kawan yang tak pernah anggap ade orang akan terima diri die seadanya. die rase takde siapa yang akan terima diri dia yang banyak kekurangan.aku rase bukan die seorang yang rase macam tu.
aku tahu aku takde langsung pengalaman tentang hal macam ni (zero ko tau tak?). tapi takpe
setiap orang itu ade takdir masing-masing yang telah ditentukanNya. kita selalu lihat orang yang dah berumur tapi masih tak kahwin-kahwin lagi ataupon yang masih takde jodoh lagi. lebih-lebih lagi zaman sekarang ni, ramai sangat aku tengok. jadi kita takot kalau sebenarnya ape yang kita lihat tu akhirnya akan jadi pada kita.sebab itulah, ade antara kawan aku yang dah assume macam-macam yang akan terjadi pada masa hadapan. ye, aku tau umur macam aku ni, terlampau muda untuk fikirkan pasal hal ni, tapi inilah hakikat sebenar. masih adekah "cinta sejati" yang orang cakap-cakapkan tu? masih adekah orang yang akan terima diri kita seadanya walaupon kita tak berharta? tak cantik? banyak kekurangan? zaman sekarang, manusia lebih materialistik dan lebih fikirkan kepentingan diri sendiri. takde dah ayat camni "I tak kesah kalau U kerja bawak lori je pon, asalkan hidup kita bahagia".
itu la sebab kadang-kadang mereka ambil keputusan untuk tak mengharapkan "seseorang" yang akan teman hidup diorang. akhirnya ramai yang rela hidup seorang diri.aku percaya dengan ayat ini "suatu hari nanti,pasti ade seseorang untuk kamu". mungkin ade yang dah putus asa untuk harapkan "seseorang" ni yang tak muncul-muncul sehingga umur dah nak mencecah 40an atau 50an. dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir sendirian. tapi yakinlah, kalau bukan di dunia, insyaAllah "seseorang" itu akan ade di
jadi aku harap, jangan ada yang berputus asa mencari "seseorang". pasti ade untuk kamu. kalau dah jumpa, Alhamdullilah. tapi kalo tak jumpe lagi, jangan terdesak mencari sampai tersalah pilih orang. yang penting bahagia dan saling melengkapi(complement to each other..macam ayat biologi).
eh, aku ade satu cerita nak kongsi. Ustazah aku pernah cakap:
"kalau kita suka seseorang tu, jangan bagitau dia, simpan perasaan tu baik-baik dan selalu berdoa akhirnya akan dijodohkan dengan dia. walaupon mungkin selepas tu, ajal kita sampai atau ajal dia sampai.insyaAllah kita akan bertemu die di akhirat sebagai jodoh kita"
betol ke ayat aku ni? lebih kurang macam ni la Ustazah cakap.haha.
dah-dah. untuk tulis entri yang tak sesuai dengan umur aku ni memakan masa sejam untuk fikir tau. letih otak aku. lepas ni taknak cerita bende serius macam ni lagi. kalo mak aku bace, mesti die cakap "kamu takde kerja lain ke? belajar pon tak habis, tulis benda-benda macam tu. tak sabar nak kahwin sangat ke??". haha.
Monday, October 19, 2009
jika aku jatuh cinta lagi
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta lagi,
Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta duniawi.
Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta lagi,
Ya Rabbul Izzati, jika aku jatuh cinta lagi,
Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Ya-ALLAH Rabbul Jalil.














