Monday, October 19, 2009

jika aku jatuh cinta lagi


Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,

cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta lagi, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta duniawi.

Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta lagi, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku jatuh cinta lagi, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga akhir malam.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Ya-ALLAH Rabbul Jalil. Amin....!

2 comments:

Maiyah said...

Cinta yg ikhlas seiring dgn jalan yg diredhai akan menemui kebahagiaan.. Insyaallah :)

Dr Chenta said...

insyaAllah maiyah dan cinta adalah salah satu keperluan dlm hidup kita....

dan cinta Ilahi adalah yg mesti diusahakan demi kejayaan dan kebahagiaan di dunia yg sementara ini dan lebih2 di akhirat yg kekal abadi!

Related Posts with Thumbnails