Thursday, October 22, 2009

suatu hari nanti pasti ada seseorang untuk kamu

Seorang remaja bernama Emma (bukan nama sebenar) menulis di dlm blognya (tertarik dgn pandangannya, aku abadikan di sini); entri kali ni, menyentuh tentang sesuatu yang aku tak sangka aku akan tulis, tak sesuai dengan jiwa betul la topik ni tapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya aku tergerak hati untuk menulis tentang hal ni. mule-mule nak tanya soalan, boleh?haha….adakah kamu:

* pernah merasakan tiada siapa yang akan terima diri kamu seadanya dan sanggup hidup dengan kamu?

* tak pernah ada girlfriend/boyfriend? atau tak pernah merasakan kasih sayang seseorang selain ahli keluarga dan rakan-rakan seterusnya merasakan tiada siapa yang akan sayang kamu?

* selalu dikecewakan oleh lelaki/perempuan yang kamu rasa dah serahkan cinta mati sehinggakan kadang-kadang rasa serik bercinta?

* tak pernah percaya pada "cinta sejati" atau "jodoh dan pertemuan"?


kalau kamu tergolong dalam ciri-ciri di atas, semestinya kamu rasa memang dalam dunia ni kamu ditakdirkan hidup sendirian. aku tulis pasal hal ni sebab aku ade seorang kawan yang tak pernah anggap ade orang akan terima diri die seadanya. die rase takde siapa yang akan terima diri dia yang banyak kekurangan.aku rase bukan die seorang yang rase macam tu.


aku tahu aku takde langsung pengalaman tentang hal macam ni (zero ko tau tak?). tapi takpe kan kalau aku nak berikan sedikit pandangan dan pendapat. Baik, aku akan mulakan pandangan aku.haha.

setiap orang itu ade takdir masing-masing yang telah ditentukanNya. kita selalu lihat orang yang dah berumur tapi masih tak kahwin-kahwin lagi ataupon yang masih takde jodoh lagi. lebih-lebih lagi zaman sekarang ni, ramai sangat aku tengok. jadi kita takot kalau sebenarnya ape yang kita lihat tu akhirnya akan jadi pada kita.sebab itulah, ade antara kawan aku yang dah assume macam-macam yang akan terjadi pada masa hadapan. ye, aku tau umur macam aku ni, terlampau muda untuk fikirkan pasal hal ni, tapi inilah hakikat sebenar. masih adekah "cinta sejati" yang orang cakap-cakapkan tu? masih adekah orang yang akan terima diri kita seadanya walaupon kita tak berharta? tak cantik? banyak kekurangan? zaman sekarang, manusia lebih materialistik dan lebih fikirkan kepentingan diri sendiri. takde dah ayat camni "I tak kesah kalau U kerja bawak lori je pon, asalkan hidup kita bahagia".


itu la sebab kadang-kadang mereka ambil keputusan untuk tak mengharapkan "seseorang" yang akan teman hidup diorang. akhirnya ramai yang rela hidup seorang diri.aku percaya dengan ayat ini "suatu hari nanti,pasti ade seseorang untuk kamu". mungkin ade yang dah putus asa untuk harapkan "seseorang" ni yang tak muncul-muncul sehingga umur dah nak mencecah 40an atau 50an. dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir sendirian. tapi yakinlah, kalau bukan di dunia, insyaAllah "seseorang" itu akan ade di sana.


jadi aku harap, jangan ada yang berputus asa mencari "seseorang". pasti ade untuk kamu. kalau dah jumpa, Alhamdullilah. tapi kalo tak jumpe lagi, jangan terdesak mencari sampai tersalah pilih orang. yang penting bahagia dan saling melengkapi(complement to each other..macam ayat biologi).

eh, aku ade satu cerita nak kongsi. Ustazah aku pernah cakap:


"kalau kita suka seseorang tu, jangan bagitau dia, simpan perasaan tu baik-baik dan selalu berdoa akhirnya akan dijodohkan dengan dia. walaupon mungkin selepas tu, ajal kita sampai atau ajal dia sampai.insyaAllah kita akan bertemu die di akhirat sebagai jodoh kita"


betol ke ayat aku ni? lebih kurang macam ni la Ustazah cakap.haha.


dah-dah. untuk tulis entri yang tak sesuai dengan umur aku ni memakan masa sejam untuk fikir tau. letih otak aku. lepas ni taknak cerita bende serius macam ni lagi. kalo mak aku bace, mesti die cakap "kamu takde kerja lain ke? belajar pon tak habis, tulis benda-benda macam tu. tak sabar nak kahwin sangat ke??". haha.

7 comments:

putri said...

citer yg menarik...

utk siapakah citer ini yer doc....
dr azali lagi tuhan telah menetap kan jodohnye... dgn siapa ia akan di jodohkan... ada perjalanan jodohnye cepat ada yg memakan masa... semuanya ada hikmah di sebaliknya... Allah maha kaya...
kita akan bertemu byk org yg salah sebelum berjumpa yg sebenarnya...
itu lahh hakikatnya... dan dr situ kita akan mempelajari atas kesilapan yg telah kita lakukan....
yg pasti jangan lakukan lagi...
tapi kita hanya insan biasa sering terleka...
Moga Allah mempertemukan saya jodoh yg baik2 juga dan saling menyayangi... amin.

Dr Chenta said...

putri yang diingati,

terima kasih kerana masih sudi bertandang ke sini.

entri tersebut utk sesiapa sahaja dan boleh juga utk putri jadikan panduan.... rezeki, jodoh pertemuan dan ajalmaut memang telah Allah SWT tentukan sebelum kita dilahirkan lagi. Sebagai hambaNYA yg serba dhaif ini, kita masih boleh berusaha dan berikhtiar namun segala2nya berlaku dan terjadi dgn izinNYA...

Saya turut mendoakan agar putri segera bertemu jodoh yg baik, amin!!!

CM said...

Salam doktor

Cikgu rasa kecik jika nk dibanding dengan pemikiran remaja ni,terasa dia lebih matang dari saya...

Dr Chenta said...

salam CM,

dan atas sebab itulah yg saya abadikan coretannya di sini....

pemikiran CM pun tidak kurang matangnya malah hebat!

eim said...

menariklah cerita ni,
tapi dizaman skrg terlalu payah mencari lelaki yg betul2 ikhlas menyayangi kita,menerima kita seadanya...sedih bila segala kasih sayang yang kita berikan langsung tak dihargai...yg tinggal hanya kenangan...

Dr Chenta said...

salam iem,

jutaan terima kasih krn sudi bertandang ke sini, terima kasih si daun keladi....

mmg dewasa ini sgt sukar utk mencari pasangan hidup yg baik namun tidak bererti usaha dan ikhtiar harus dihentikan.... lebih2 lagi doa dan harap kita pada YANG ESA. Jika apa2 yg kita berikan langsung tidak dihargai, berdoalah mudah2an amalan kita yg ikhlas itu diterima ALLAH SWT dan menjadi sumber kejayaan hidup yg abadi di akhirat nanti.... kehidupan di dunia sgt sementara dan terhad dan tidak semua yg dihajati akan diperolehi!

eim said...

tq doktor,

Related Posts with Thumbnails