Showing posts with label kisahcinta. Show all posts
Showing posts with label kisahcinta. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

cinta Bilal

Bilal adalah salah seorang daripada sahabat nabi yang paling terkenal. Beliau menjadi muazzin atau juruazan di masjid nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah. Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan dalam hati pemiliknya dan telah disiksa dengan begitu dahsyat sekali. Akhirnya Abu Bakar telah menebusnya dan semenjak dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi saw sehingga baginda wafat. Selepas kewafatan nabi saw, Bilal telah meninggalkan kota Madinah. Pada suatu hari, beliau telah melihat Nabi saw dalam mimpinya. Berkata Nabi saw kepada Bilal, “Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak pernah melawatiku?” Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibanya di kota itu, dia telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain, cucuanda Rasulullah. Ketika masuk waktu solat, mereka menyuruh Bilal berazan. Permintaan daripada orang yang dicintai itu tidak dapat ditolak. Apabila suara Bilal berkumandang di raung angkasa kota Madinah, penduduk2nya pun tanpa segan silu telah menghamburkan air mata mereka kerana teringatkan zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka Nabi Muhammad saw.

Tuesday, June 9, 2009

langit tidak selalu cerah

Aku bertemu dengan seorang ibu berumur 40 thn dan baru lbh kurang setahun menjadi ibu tunggal. Kesedihan jelas terbayang di wajahnya. Dalam kepayahan menahan air mata dia menceritakan kisah sedihnya. Dia memang teringin sangat utk kembali kepada bekas suaminya dan memulakan hidup baru. Semalam dia menangis2 merayu pd mertua dan bekas suaminya namun gagal kerana bekas suami telah pun membuat persiapan untuk berkahwin lagi dan ianya tidak mungkin dapat dibatalkan. Aku lihat ada keikhlasan pada wajahnya walaupun pernah dituduh curang oleh bekas suami. Apalah yg mampu aku lakukan selain daripada memberi nasihat. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya. Sempat aku katakan padanya bahawa kehidupan ini ibarat roda, ada masa kita bahagia ada masa kita derita, ada masa kita senang ada masa kita susah, ada masa kita sayang ada masa kita benci dan sebagainya dan sebagainya.... Dalam apa2 keadaan sekali pun, dunia tetap menjadi pentas ujian bagi setiap manusia. Bersabarlah, mudah2an Allah swt memberi ketenangan kepada kita walapun kita berada dalam keadaan yg menderita, susah, penuh kebencian dan sebagainya.


Related Posts with Thumbnails