Thursday, July 23, 2009

cinta Bilal

Bilal adalah salah seorang daripada sahabat nabi yang paling terkenal. Beliau menjadi muazzin atau juruazan di masjid nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah. Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan dalam hati pemiliknya dan telah disiksa dengan begitu dahsyat sekali. Akhirnya Abu Bakar telah menebusnya dan semenjak dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi saw sehingga baginda wafat. Selepas kewafatan nabi saw, Bilal telah meninggalkan kota Madinah. Pada suatu hari, beliau telah melihat Nabi saw dalam mimpinya. Berkata Nabi saw kepada Bilal, “Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak pernah melawatiku?” Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibanya di kota itu, dia telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain, cucuanda Rasulullah. Ketika masuk waktu solat, mereka menyuruh Bilal berazan. Permintaan daripada orang yang dicintai itu tidak dapat ditolak. Apabila suara Bilal berkumandang di raung angkasa kota Madinah, penduduk2nya pun tanpa segan silu telah menghamburkan air mata mereka kerana teringatkan zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka Nabi Muhammad saw.

No comments:

Related Posts with Thumbnails