Tuesday, June 9, 2009

langit tidak selalu cerah

Aku bertemu dengan seorang ibu berumur 40 thn dan baru lbh kurang setahun menjadi ibu tunggal. Kesedihan jelas terbayang di wajahnya. Dalam kepayahan menahan air mata dia menceritakan kisah sedihnya. Dia memang teringin sangat utk kembali kepada bekas suaminya dan memulakan hidup baru. Semalam dia menangis2 merayu pd mertua dan bekas suaminya namun gagal kerana bekas suami telah pun membuat persiapan untuk berkahwin lagi dan ianya tidak mungkin dapat dibatalkan. Aku lihat ada keikhlasan pada wajahnya walaupun pernah dituduh curang oleh bekas suami. Apalah yg mampu aku lakukan selain daripada memberi nasihat. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya. Sempat aku katakan padanya bahawa kehidupan ini ibarat roda, ada masa kita bahagia ada masa kita derita, ada masa kita senang ada masa kita susah, ada masa kita sayang ada masa kita benci dan sebagainya dan sebagainya.... Dalam apa2 keadaan sekali pun, dunia tetap menjadi pentas ujian bagi setiap manusia. Bersabarlah, mudah2an Allah swt memberi ketenangan kepada kita walapun kita berada dalam keadaan yg menderita, susah, penuh kebencian dan sebagainya.


11 comments:

CM said...

Dear Doctor

ingin sekali saya katakan padanya,pandang lah kehadapan,jangan lagi menoleh atau seperti tajuk filem hantu "Jangan Pandang Belakang"..kalau tak boleh berlari ke depan,berjalan,kalau tak boleh berjalan ,merangkak,kalau tak boleh merangkak,mengesut..tapi teruslah berjalan tanpa henti pasti ibu itu akan meninggalkan jauh segala derita yang pernah dia tanggung,kerana air mata takkan abadi...

zedmagel said...

Salam Dr Chenta,

Apa khabar saudra?, saya agak terkejut apabila saudara memberi komen tulisan saya terus di ruangan komen TEJA. Saya tidak pasti apakah saudara dan TEJA orang yang sama. Gaya dan genere tulisan saya lihat hampir serupa.

Apapun terima kasih atas pandangan saudara.

Bagus tulisan saudara, sebuah kisah kehidupan masyarakat. Apa yang terjadi pada kakak dalam tulisan saudara saya lihat perkara lumrah dalam sebuah kehidupan, nasihat saudara mungkin menjadi penawar bagi kakak tersebut.

Buat kakak berkenaan, Teruslah tabah menjalankan kelangsungan hidup ini. Kita bukan terus mati apabila jodoh sebuah pernikahan telah telerai.
Cabaran kehidupan ini berbagai dan berbeda-beda. Jika bersama menambah derita, terungkai adalah lebih selesa.

... said...

moga dia tabah menempuh dugaan hidup... memang sukar untuk melupakan org yg kita cintai tp aku percaya setiap apa yg berlaku ada hikmah di sebaliknya...

... said...

buat zedmagel.. Teja dan Dr Chenta dr jasad yg berbeza namun jiwa yang serupa... memperjuangkan cinta pada yg dicinta walaupun mungkin hampa...

Dr Chenta Palsu said...

Dr Chenta,
Ada seorang hamba Allah (lelaki) yang datang berjumpa saya pada hari semalam dan menceritakan segala suka dukanya kepada saya sehingga saya terpaksa menjadi pendengar setia selama hampir 2 jam kerana tidak mahu membantutkan curahan rasa, perasaan dan meredakan tekanan yang dihadapinya kerana beliau dalam proses sesi kaunseling di jabatan agama islam. Kisahnya tidak lain dan tidak bukan kerana isterinya sibuk memohon cerai dan ingin menukarkan anaknya dari sekolah yang ada sekarang. Dari cerita pihak si isteri, suami tak bekerja dan tak mampu menanggung keluarga setelah 12 tahun berkahwin. Dari cerita si suami pula, dapat menangkap isteri bermain kayu tiga dan sudah memberi banyak kali nasihat serta mengingatkan si isteri bahawa dia sudah bersuami. Cerita mana yang benar, susah nak dipastikan.
Saja nak tanya dan uji Dr Chenta punya pandangan. Boleh berikan pandangan?

Dr Chenta said...

cikgu mas, saya bersetuju.... krn dlm keadaan apa sekalipun selagi hayat dikandung badan maka kehidupan mesti diteruskan!!!

Dr Chenta said...

zedmagel, alhamdulillah saya, terima kasih. Maafkan saya krn menyebabkan saudara terkejut apabila saya memberi komen terus di ruangan komen TEJA. Saya tidak memberi komen di blog saudara krn saya ingin mood yg ada di blog teja itu. Wp saya dan TEJA mempunyai gaya dan genere tulisan yg saudara lihat hampir serupa, kami bkn orang yg sama malah berlainan jantina!

Terima kasih krn kesudian saudara singgah dan memberi komen di dalam blog saya, jengah2lah selalu.

Dr Chenta said...

teja, mudah2an dia sabar dan tabah menghadapi segala ujian tersebut. Segala yg berlaku memang ada hikmah di sebaliknya dan apa yg lebih penting adakah kita dapat mengambil ikhtibar daripadanya.

Dr Chenta said...

eh Teja, mekasih krn menjelaskan siapa saya dan saya suka dengan penjelasan itu... terima kasih

penjejak awan said...

Dr Chenta,

kekecewaan telah menyebabkan rasa cinta hilang. Apata lagi bila ia berlaku berulang kali. Mujur saja saya mendapat kekuatan dari anak2 yg masih kecil. Keegoaanya untuk mengakui walaupun ia berlaku dpn mata, hanya tangan ini saja belum sampai ke tubuhnya...Ada masanya saya biarkan saja.

Dr Chenta said...

wah Dr Chenta Palsu, anda bukan setakat nak bertanya malah menguji jugak yer....

Pada pandangan saya;
Pertama, kedua2 mereka perlu jujur, beritahu hanya cerita yg benar sahaja.
Kedua, berhenti drp menyalahkan sesiapa, hentikan suami menyalahkan isteri atau sebaliknya.
Ketiga, sediakan mereka utk mencari jalan penyelesaian. Masing2 kena akui kelemahan masing2 dan bersedia utk berubah. Jika mereka tidak mahu berubah, masalah tidak akan selesai. Walaupun mungkin mereka terpaksa berpisah juga akhirnya namun ianya akan berlaku dalam keadaan yang baik.

Related Posts with Thumbnails