
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya." Bukhari dan Muslim
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi s.a.w menjawab: "Kau cegah dia". (Bukhari)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]
Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari & Muslim]
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari & Muslim]
“Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. Al Hujuraat ayat 10.
4 comments:
bingkisan yg baik utk renungan bersama :)
salam doktor
satu renungan yg indah,dlm hidup ni saya beruasaha untuk hidup dgn penuh kasih sayangmenyayangi dan terus disayangi sesama manusia,berdoa Allah menjauhkan dari hati saya sifat benci membenci,dengki mendengki kerana itulah racun dan tuba dalam cinta dan hidup..
salam maiyah,
mudah2an kita dpt mengambil pengajaran dan diberi kekuatan utk beramal.... amin!
salam cikgu mas,
saya kira hidup kita di dunia ini adalah bersandarkan kepada kasih dan sayang, terutamanya kasih sayang drp Yang Maha Pencipta, Allah Rabbul Jalil. DIAlah yg telah menghantar kita hidup di dunia yg sementara ini supaya dpt mengabdikan diri kepadaNYA dgn serba sedikit ujian dan nanti akan dikembalikan ke alam akhirat utk kekal hidup selama2nya....
Post a Comment