Friday, October 2, 2009

luahan hati seorang isteri

"Duhai suamiku...Dengarlah luahan hatiku ini Dari isterimu...Yang selama ini begitu taatnya Diriku padamu... Abang sayang... Bukan niatku untuk membenci dirimu Apatah lagi melukakan hatimu Cuma ingin meluahkan rasa Terkilan dan ketidakpuasan Yang selama ini bertapak di hati... Abang... Apakah salahku apakah dosaku Sehingga abang memperlakukan ku sebegitu Terluka rasa hati Dek kerana perlakuanmu Dan tutur bicaramu padaku... Abang suamiku... Setiaku hanya padamu Tidak ada dua dan tidak juga tiga.. Tiada di hati selain dirimu Walaupun sungguh berat kurasakan Permintaanmu itu.. Namun, isterimu ini redha bang.... Redha padamu dan redha juga pada tuhanku.. Aku tak mampu untuk menghalang kehendakmu Kerana ku tahu akan tewas jua.. Biarlah ku pasrah pada ketentuannya.. Kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.. Suamiku tercinta... Bagaikan halilintar memecah bumi.. Tatkala kau bersuara Ingin kahwin lagi... Menitis airmataku... Tidak tertahan lagi... Hilang sudah maluku padamu Bang...fahamilah isi hatiku ini... Duhai abang... Katamu kau terpaksa Kerana tidak ingin menambah dosa Dia tidaklah secantik mana Dia tidaklah sehebat mana Cuma katamu... Godaan syaitan.. Godaan nafsu telah beraja di hati Daripada terlanjur melakukan dosa Lebih baik kahwininya segera Hilang dosa tambahkan pahala... Abang... Mengertilah kau bahawa.. Berat rasa hati ini Untuk mengizinkan kau kahwin lagi.. Namun kau harus tahu.. Isterimu ini tidaklah sekejam itu Dengan terpaksa kurelakan jua Walaupun hati ini terluka Isteri mana yang sanggup bermadu bang... Aku ingin menjadi seperti Aisyah.. Madunya ramai hidupnya bahagia.. Tapi... Aku tak mampu untuk menjadi seperti itu.. Cukuplah sekadar aku di hatimu... Pergilah abang... Aku izinkan dirimu.. Janganlah cuba menambah dosa yang ada Kerana yang ada pun tidak terbela Pergilah abang... Pergilah suamiku sayang... Katamu... Aku tiada salah di sisimu Aku tiada cacat cela bagimu Aku isteri serba sempurna Sukar di cari dimana-mana Katamu... kau bersyukur punya isteri sepertiku Setia di sisimu setiap waktu Sakit peningmu akulah yang Bantu Makan minummu cukup selalu Kau ucapkan Terima Kasih isteriku... Kerana berupaya menjadi 'isteri' kepadamu.. Abang... Dengan nama Allah.. Aku sanggup hidup bermadu Asalkan kau sentiasa di sisiku Tidak melupaiku dan tanggungjawabmu... Kerana kusedar.. Aku tak punyai apa-apa Sebagai menghargai jasamu padaku Hanya satu yang kumampu Menghadiahkanmu seorang cahaya mata.. Anugerah Ilahi yang tak terhingga Zuriat kita berdua... Sebagai rezeki dan sebagai penyeri Rumahtangga kita... Duhai abang.. Cuma satu kupinta darimu.. Berlakulah adil seadil-adilnya Kepada isterimu yang bukan lagi satu.. Tanggungjawabmu sudah bertambah.. Bahagilah kasih seadil-adilnya..Bimbinglah isteri-isterimu ke jalan Allah Didiklah kami dengan ilmu akhirat Agar menjadi isteri solehah Idamanku setiap waktu.. Bicaraku yang terakhir.. Abang... Suamiku dunia dan akhirat Ketahuilah bahawa Cintaku padamu tak pernah padam Walau apa yang terjadi... Semoga Tuhan merestui Kebahagiaan kita sekeluarga Kekal bahagia ke akhir hayat... Amin!!!

4 comments:

CM said...

Salam

aduhai bila baca n3 cam ni ,CM mula rasa nk angkat kaki.CM mintak diri dulu lah Dr,CM tak terkomen,mulut terkunci,hati menangis...


ku kira bahasa mata,sudah boleh diterjah apa ada dlm jiwa,,,,CM permisi dulu..yarrr...CM pasti.datang lagi mengusung rindu pada manis bicara Dr

Dr Chenta said...

salam CM,

kupohon kemaafan kerana entri tersebut telah mengocak rasa dan menggusar hatimu, bukan niatku sedemikian rupa....memang itulah luahan hati seorang isteri yg kupaparkan semula, maaf sekali lagi jika ianya juga telah membuatkan hatimu menangis!

janganlah serik, sering2lah datang ke sini dengan gubahan bahasa indah mempersona dan jalinan asyik cinta rindumu....

Maiyah said...

terharu dan menarik gak n3 ni:)

Dr Chenta said...

salam Maiyah,

bab yg satu ini memang hampir semua wanita tidak menyenanginya namun masih ada segelintir yg cuba untuk redha dlm keterpaksaan.... dan sy pun tidak berniat utk bercerita panjang mengenainya!

moga kita semua sentiasa berada di dlm keredhaanNYA, amin!

Related Posts with Thumbnails