Sunday, June 14, 2009

Bukti Cinta Pada Nabi

Alkisah, di negeri Arab ada seorang janda miskin yang mempunyai anak. Oleh kerana anaknya menangis kelaparan, janda itu terpaksa harus meninggalkan rumahnya untuk berkelana mencari wang. Di depan sebuah masjid, ia bertemu seorang muslim dan meminta bantuan. Anakku yatim dan kelaparan, aku minta pertolonganmu, kata janda itu. Mana buktinya? Lelaki muslim bertanya. Janda itu tidak boleh membuktikan kerana ia sendiri orang asing di tempat itu. Akhirnya lelaki muslim itu tidak menolongnya. Setelah itu, janda miskin bertemu dengan seorang Majusi. Ia pun meminta pertolongannya. Orang Majusi itu membawanya ke rumahnya dan memuliakannya dengan memberikan wang dan pakaian.

Pada malam harinya, lelaki muslim itu bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw. Semua orang mendatangi Nabi dan Nabi menyambut orang-orang itu dengan baik. Ketika tiba giliran lelaki itu mendatang Rasulullah saw, Nabi mengusirnya dan menyuruhnya pergi. Lelaki itu berteriak, Ya Rasulullah, aku ini umatmu yang mencintaimu juga. Rasulullah saw bertanya, Mana buktinya? Lelaki itu tersadar bahwa Rasulullah saw menyindirnya kerana ia telah meminta bukti saat diminta pertolongan. Ia menangis. Rasulullah saw lalu menunjukkan sebuah taman yang indah dan gedung yang megah di syurga. Lihat ini, kata Rasulullah saw, seharusnya aku berikan semua ini untukmu. Tapi kerana kau tidak menolong janda dan anak yatim itu, aku berikan semua ini pada seorang Majusi.

Pagi harinya, lelaki itu terbangun. Dia lalu mencari janda miskin dan ternyata dia menemukannya sedang berada di rumah seorang Majusi. Ikutlah kau bersamaku, pinta lelaki itu kepada si janda. Tetapi orang Majusi tidak mau menyerahkannya. Aku akan beri kau ribuan dinar asal kau mau menyerahkannya, lelaki muslim berkata. Orang Majusi tetap tidak mahu. Lelaki muslim itu akhirnya jengkel dan berkata, janda ini adalah orang Islam. Seharusnya yang menolongnya adalah sesama muslim juga! Orang Majusi itu lalu bercerita, tadi malam aku bermimpi bertemu Rasulullah saw. Baginda berkata bahwa baginda akan memberikan kepadaku syurga yang pada mulanya akan diberikan kepadamu. Ketahuilah bahwa pagi ini ketika aku terbangun, aku langsung masuk Islam dan menjadi pengikut Rasulullah saw kerana aku telah menunjukkan bukti bahawa aku adalah salah seorang pencintanya.

Lelaki Majusi itu telah menunjukkan bukti kecintaannya kepada Rasulullah saw dengan memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukan.

19 comments:

... said...

aku mencadangkan supaya lelaki2 yg brkemampuan dr segi harta supaya membantu janda2 yg miskin dan memuliakannya.... perlu tk brkahwin dgn janda itu sbgai syarat utk membantu???

CM said...

salam

teja biasa yer orang lelaki akan memilih berkahwin kerana mereka nk jugak bukti pertolongan mereka dan tu syarat pada pertolongan mereka...ni realiti kalau ada lelaki kata tidak tu just jawapan skema..lebih2 lagi kalau janda tu masih `bergetah`.sama jer semua..tu pendapat saya lah..

tapi lagi mulia berpoligami dengan janda miskin,tua n ramai anak dari memilih gadis sunti or janda berhias...ikutlah nabi hanya Aisyhah sahaja gadis yang lain semua nya janda..bab kahwin ikut nabi,bab tanggungjawab n layanan pada isteri terbabas ke sana ke mari..

sori doctor sampai bab begini saya memang agak emotional n keras..tak tahu nape??

putri said...

Dr.Chentha...
putri percaya pd qada dan qatar tuhan yg telah di berikan pd putri... hidup ini dijadikan berpasang-pasangan... tp jika jodoh ini memang dr suami org putri pasrah... mungkin ada kebaikan yg tuhan ingin tunjukkan pd putri...
cikgu mas jgnlah terlalu beremosi... hidup ini hanya sementara, hanya sementara inilahhh ingin putri kutip hanya sekadar utk menumpang sedikit kebahagian... sekurangnya jika putri meninggalkan dunia ini... putri rasa bahagia menjadi umat nabi muhammad dan mengikut suruhannya... dan jikalau suami putri reda, akan mudahlah pula putri masuk kemana-mana syurga yg telah di janjikan Allah... dan isterinya itu pula dengan mudah mendpt keredaan Allah yg menjanjikan payung emas di syurga nanti..... disana tiada apa yg boleh membantu kecuali amalan yg baik semasa kita hidup di dunia ini. Tidak kah cikgu mas terfikir hati dr seorang wanita?? dan juga membantu seorang wanita utk wanita...

CM said...

Dear puteri..temanku..

Cuba analisis komen saya dengan jiwa yang lebih besar sebagai seorang yang bergelar puteri yang tentunya kaya dengan kehalusan hati seorang wanita sejati..

Puteri saya bukan anti poligami,siapa saya untuk menidakkan hukum tuhan?malah dalam komen saya,saya memuliakan poligami yang berteraskan dasar membantu wanita,dengan kemuliaan memilih janda miskin yang ramai anak..bukan gadis manja liur bergetah jika dirumah getah yang ada pun tak sempat ditoreh.Emosi saya jadi kacau wahai puteri bila mendengar pengabaian dan penyiksaan yang berlaku pada wanita n anak kecilakibat berani mengenggam api atas tiket poligami.

puteri,nabi memang pengamal poligami tapi kerana baginda percaya kemampuannya.tapi puteri ...Nabi pernah menyuruh menantunya Saidina Ali menceraikan dahulu puteri dambaan jiwanya Fatimah AlZahra jika mahu berpoligami,siapa suami kita nak dibanding dengan penghuni syurga seperti syaidina Ali..siapa kita nk dibandingkan dengan wanita penghulu syurga seperti Fatimah..janganlah bila bab berpoligami kita terus menjurus pada suruhan Nabi yang bersifat harus,sedangkan suruhan Nabi yang bersifat wajib dan sunat muaakad kita lupakan..

puteri mencari syurga,malah berpayung ke syurga dengan payung emas tidak semudah menuturkan dibibir.Siti Khadijah tidak pernah dimadukan Rasuluallah walaupun UmmulMukminin itu hanya seorang wanita matang yang mulia jauh lebih berusia dari Rasuluallah,kerana waktu itu Rasul kita belum percaya pada kemampuannya,dan penghargaan Rasul kita pada pengorbanan isterinya yang mulia ini,Sehingga bila Khadijah sudah tiada baginda masih mengingati hingga menimbulkan kecemburuan pada Aisyhah isteri Nabi yang muda belia,Fikirkan puteri adakah suami puteri sudah semulia Nabi untuk memimpin puteri ke syurga,jika benar puteri ,anda memang seorang wanita yang sangat bertuah memiliki suami sebegitu,kerana suami sebegitu belum lagi menjadi milik saya..Untuk berpayung emas kita perlu berhati emas...untuk ke syurga kita perlu menepis bahang api dunia..dalam hidup yang sementara relakah kita tidur diatas tilam bahagia sedangkan wanita lain tidur ditilam airmata..dapatkan kebenaran berpoligami dengan cara berhikmah bukan sekadar bertiket menumpang kasih pada kasih yang kering gersang..

sudilah puteri ke blog saya untuk kita sama mencurah rasa..menjadi teman saya tika suka dan duka..salam kasih untuk puteri

dear doctor maafkan saya..menjadikan ruang komen doktor sebagai medan meluah rasa..mohon keizinan dari saya yang lemah jiwanya..

CM said...

Satu lagi puteri,keluarkan pada saya ayat Alquran yang mengatakan Allah menjanjikan payung emas untuk wanita bermadu..hal ini ini sering dipertikaikan oleh ulama`kerana hanya hadis yang mengatakan begitu,dalam Alquran yang jelas dalam Surah AlNur Allah beri keizinan berpoligami tetapi dengan satu peringatan berasas keadilan..

satu lagi ayat dari Alquran,Allah memberitahu sebagaimana manusia beruasaha pun berlaku adil ,perkara ini tak mungkin berlaku dalam kehidupan berpoligami...ini ayat Alquran yang kita orang biasa boleh dapat terus dari Alquran..tapi janji Allah tentang payung emas..saya cuba teliti tafsir Alquran sehingga kini saya belum jumpa..saya akui saya amat dhaif dalam ilmu agama..kiranya ada pembaca blog doctor boleh memberitahu saya dari mana sumber ttg payung emas dari Sahih hadis yang mana amat saya hargai..kiranya puteri boleh membantu saya???

Puteri andainya dalam hidup yang sementara ini bahagia bukan milik kita,tak perlu kita menumpang kasih pada sorang lelaki,kita boleh mencurah kasih pada si yatim piatu,ibu bapa tua,dan sebagainya..berumah ditepi pantai puteri kita perlu isikan diri dengan ilmu berenang,tahan menghadapi gelombang tidak betah pada ribut dan taufan..jika sudah lengkap dalam dirimu puteri semua ilmu itu,silakan aku rela menjadi pengapitmu..

putri said...

salam buat cikgu mas,
terima kasih atas penjelasan cikgu yg begitu iklas terhadap putri... putri faham ape yg ingin cikgu mas katakan... dan putri juga sedar ape yg putri ingin katakan, dan putri bukan hidup dlm bayang-bayangan... putri masih boleh berfikir lagi yg mana baik dan yg mana tidak... dan putri juga tak ingin menempah kebahagian hidup ini drpd linangan air mata seorg wanita... krn putri juga adalah wanita... tapi putri masih lagi tak mengerti mengapa wanita masih tak memahami hati wanita... cikgu mas, jika ia seorg yg bersikap matang, baik terhadap isterinya, boleh bersikap adil dan juga berkemampuan.... itu tidak salahkan??? walaupun putri sedar, putri sedang bermain gelombang... jika berjaya pasti sampai kedaratan dan jika tidak pasti akan terus hanyut dan terkapai2...

putri said...

cikgu mas...
putri berharap kebahagian ini akan datang bersama dengan keredaan Allah... itu yg ingin putri harapkan... moga tiada lagi air mata yg akan mengalir nanti.

CM said...

Begini saje putri.. ya saya pegang kata-kata putri qada`qadar dan suratan hidup tiada siapa dapat menentukan kecuali Allah,,tapi Allah beri akal,Allah kurniakan hati,Allah kurniakan perasaan untuk kita nilai mana yang baik dan yang buruk..wahai puteri anda bertanya mengapa wanita tidak memahami perasaan wanita???jawapan saya..saya kembalikan soalan ini pada puteri???letakkan diri puteri sebagai isteri pertama yang sedang berhadapan dengan persoalan ingin dimadukan,rela kah puteri??putri dapat beri jaminan setitis pun air mata putri tidak gugur???jika ini berlaku,putri adalah putri syurga yang berhati malaikat,tapi saya sangat percaya menghidu tak sama merasa,puteri akan rasa jika suami puteri kelak meminta kebenaran beristeri untuk ke 3 kali..mampukah puteri mengekang empangan air mata duka??satu lagi perbandingan si kaya takkan dapat merasa duka si papa,si papa takkan dapat merasa duka si kaya,selagi kita tak merasa sendiri apa yang isteri pertama nya rasa jangan berani berkata mengapa dia tak memahami kita!!..

Jangan beritahu saya ayat skema standard kebanyakkan lelaki yang berkeinginan tinggi untuk berpoligami "saya mampu adil,saya mampu zahir batin"..sudahlah !!!saya bukan jenis wanita yang boleh cair dengan ayat bernafsu tu...kecuali dia boleh memberi saya 99 sebab mengapa dia perlu berpoligami,,jika dia baik dgn isterinya mengapa dia perlu menduakan isterinya??kononnya nk memberi isteri payung emas,entah2 payung di Mydin pun tak mampu dibeli atau diri sendiri tak berpayung??lelaki bila mahu semuanya nampak boleh..boleh bersikap adi???apa jaminannya putri..sedangkan dalam Quran Allah dah beritahu manusia tak mampu..Kesempurnaan adil milik Allah puteri!!dia berkata begitu sedang dia tak mencuba!!bagai sorang pelari semua mahu menjadi juara tapi ramai yang kandas??
Lelaki bila mengadap makanan dia mahu habiskan semua.. ditengah jalan dia sgt kenyang dan termuntah,memilih untuk menjadi isteri kedua saya umpama kan anda memilih menjadi sekadar nasi tambah,jika kenyang anda tidak diperlukan..

Perempuan dgn airmata takkkan boleh dipisahkan..betulkan Teja???..jika bakal madumu menyambut mu dengan riang setitis airmatanya pun tidak gugur..anda tersangat bertuah,,sambutlah tangannya..tapi pendapat ulama`berkata selagi dia menangis..selagi itu anda berdosa..kerana redha Allah bersangkut paut juga dengan hubungan sesama insan,sebelum itu,carilah lelaki bujang dahulu...kerana suami orang memang pakar mengoda,doaku kau tidak bermadu...

Dr Chenta said...

Teja, suatu cadangan yg sgt baik.... dan jika mahukan keikhlasan dlm setiap amalan maka usahlah meletakkan apa2 syarat termasuklah berkahwin dgn janda itu....

Dr Chenta said...

Cikgumas,

biasa la org pompuan memang agak emotional n keras apabila berbicara ttg poligami, normal ler tu....hehehe

Dr Chenta said...

putri,

mmg betol ler tu yg kita semua kena percaya pd qada dan qadar tuhan, termasuk ler dlm bab jodoh dan berkahwin dgn suami orang.....

Dr Chenta said...

cikgumas dan putri,

setinggi2 penghargaan dan jutaan terima kasih atas kesudian anda berdua menjadikan blog saya sbg medan muzakarrah. Mudah2an kita semua diberi kefahaman agama yg lbh lagi dan juga kekuatan iman utk mengamalkan segala perintah Allah swt dgn cara yg ditunjukkan oleh nabi saw, amin!

putri said...

salam,
cikgu mas,
terima kasih atas doa mu itu dan nasihat yg cikgu berikan kpd putri...


Dr Chenta,
maaf kerana menganggu blog ini.

CM said...

Salam..n dear doctor..

dalam sesi muzakarah ini,ingin sekali saya mendapatkan kesimpulan daripada doktor bagi meleraikan kekusutan dua pesakit dari Hospital Chenta..ini..

Puteri temanku...

Cinta tak semestinya memiliki..ia hidup dalam hati walaupun pengamalnya sudah tiada lagi...dan usah berhenti mencintai walaupun kita tidak lagi dicintai kerana cinta sejati tidak perlu sebarang syarat untuk berdiri megah memayungi langit dan bumi....(semua Falsafah ini ada di rumah yang bernombor.."hidup ini sementara"..sila bertandang andainya sepi dan rindu bertamu di hatimu..

... said...

fuyoooo... hangatnye perbincangan nih, amat kusyuk dn tawaduk aku membacanya... kesimpulan yg aku boleh beri.. ucapan dibibir takkan sama dengan ape yg trpancar di hati. baik dr segi kunun2 nak berlaku adil bila berpoligami... ingin memahami wanita lain, bila kebetulan brchenta dgn suami org... sumer tu kata bibir dan aku tk mudah percaya dgn kata2.... bila dah merasa baru boleh cerita betul tidaknya 'ucapan2' itu... dan rasanya tk perlukan memperjudikan nasib diri kalau kita dah tau akibatnya... kita kan ada mata dan telinga serta akal fikiran, jadikan iktibar apa yg telah berlaku di sekeliling kita... tentang keruntuhan rumahtangga, penderaan dll hanya kerana gara2 main kayu 'berkayu2'... kalau kita sengaja mencuba maknanya kita si bodoh yg tak belajar dari apa yg telah berlaku di sekelilng kita.

hehe... aku ikut teremosi la pulak... sowi la ye! aku menulis dari pengalaman... ngeeee!

Dr Chenta said...

putri,

kehadiran putri di sini tidak sedikit pun mengganggu blog ini malah saya berasa sgt berbesar hati....

Dr Chenta said...

cikgu mas,

setelah saya mengikuti dgn penuh teliti perbincangan antara cikgu dan putri maka mcm tak pandai ler pulak saya hendak membuat sebarang kesimpulan.... saya rasa bimbang jugak krn mungkin ada pihak yg tidak bersetuju dan berasa kecil hati dgn saya.

Biarlah saya katakan begini (msh dlm bentuk padangan/pendapat peribadi saya), agama adalah merupakan perkara yg tersangat penting pd kita krn hanya dgn agama sahajalah kita akan beroleh kejayaan hakiki sama ada dlm kehidupan di dunia yg sementara ini atau pun di akhirat yg kekal abadi. Dlm agama, semua perintah Allah swt, sama ada yg fardu, wajib, sunat, harus atau makruh mempunyai kelebihan dan hikmah yg tertentu di sebaliknya. Di atas kelemahan kita sbg manusia dan wp punya ilmu tinggi ttp msh tidak mencukupi utk benar2 memahami akan hikmah di sebalik setiap perintah Allah swt. Dlm bab poligami misalnya, mmg secara fitrahnya kaum lelaki sgt meminatinya ttp tidak bagi kebanyakan/hampir semua kaum wanita.

Selagi ianya tidak bertentangan malah ada pulak hukumnya di sisi agama maka ianya tetap menjadi sumber kejayaan hidup kita di dunia dan akhirat.
Memang ada perintah/hukum agama yg kelihatan sesuai dgn nafsu kita dan ada jugak yg bertentangan namun siapalah kita utk mempertikaikannya.

Seorang lelaki mungkin berasakan dirinya cukup layak utk berpoligami tapi siapakah yg akan mengesahkannya? Pengesahan layak/tidak oleh Jabatan/majlis agama hanyalah sekadar suatu formiliti namun hakikat yg sebenar ialah persoalan tanggungjawab yg akan disoal di akhirat nanti.

Satu lagi perkara yg perlu diingati, adalah menjadi anjuran dan tuntutan dlm agama agar sesuatu yg hendak kita lakukan dimesyuaratkan terlebih dahulu. Boleh/tidak biarlah mesyuarat yg menentukan dan insyaAllah dgn bermesyuarat 'khair' (kebaikan) tetap akan diperolehi....

----> maaf jika ada tersinggung....

CM said...

salam to my dear doctor

satu soalan doktor ni lelaki ker perempuan,???adakala berjiwa seperti perempuan,halus,lembut.nyaman dan menenangkan,adakala seperti lelaki tegas,berpendirian,pandai memujuk dan melindungi..saya confius,tapi hati saya kata doktor ni lelaki 40an..m i right..ingin saya mengenali..

Dr Chenta said...

cikgu mas,

kira2 soalan cepumas jugak ni!

nak tergelak saya membaca komen cikgu ttg diri saya.... yg kebanyakan hampir tepat dan yg paling tepat ialah apa yg keluar dr hati cikgu! pandainye meneka, tinggi jugak ilmu firasat cikgu ye!

terima kasih kerana ingin mengenali saya....

Related Posts with Thumbnails