Friday, June 12, 2009

cinta bukan miliknya

ditemuinya cinta di mana2

- di jalanan

- di rumah

- di kamar

- di tempat kerja

- di sekolah

- di pasar

- di pasar lambak

- di pasaraya

- di pasar lelong

- di kedai runcit

- di kedai makan

- di pejabat

- di perhentian bas

- di dalam bas

- di dalam kereta

- di dewan

- di padang

- di masjid

- di majlis perkahwinan

- di majlis perpisahan

- di sana

- di sini

- di situ

namun masih belum menjadi miliknya....

17 comments:

... said...

ku temui cinta di atas talian

CM said...

ku temui cintaku di perpustakaan..

dimana kita boleh temui cinta kita pada tuhan,my dear doctor????

Dr Chenta said...

adapun kedudukan cinta Teja itu tersangatlah genting, seumpama telur di hujung tanduk... jangankan ribut, angin2 sepoi2 bahasa pun sudah bisa menyebabkannya tergelincir dan terjatuh....

... said...

hehe... betul sgt tu tn doktor... ibarat ahli sarkis meniti tali, ke kanan jatuh, ke kiri pun sama... apetah lg kalau tali itu putus... boleh putus nyawa jugak tu.

pe nk kata, jodohku di atas tali... aku pasrah je le.

Dr Chenta said...
This comment has been removed by the author.
Dr Chenta said...

cikgu mas, romantis jugak jika ditemui cinta di perpustakaan, bagaimana kalau di tandas awam? hehehe... tidak kiralah di mana2 kan?

soalan yg simple dan jawapannya pun agak mudah namun utk benar2 mendapatkan cinta Ilahi itu bukanlah perkara yg senang. Cara2nya, kita mesti betulkan tumpuan kita iaitu drp yakin kpd makhluk kpd yakin hanya kpd Allah swt, drp kehidupan dunia yg fana kpd kehidupan akhirat yg abadi dan drp kebendaan dunia kepada amalan2 agama. Dalam hati kita mesti hanya ada kebesaran Allah swt iaitu menyakini bahawa Allah sahaja yg berkuasa dan makhluk tidak ada kuasa. Manusia tidak akan dapat melakukan sesuatu tanpa izin drp Allah swt. Allah yg menghidupkan dan mematikan, Allah swt yg memberi dan menahan rezeki dan Allah swt jualah yg memuliakan dan menghinakan. Kita jugak mesti meletakkan cinta kpd Allah swt itu yg tertinggi, mengatasi cinta kepada yg lain hatta diri kita sendiri dan sanggup pula kita berkorban utk agama Allah swt dgn diri, harta malah dgn nyawa kita.... Kita jugak perlu mencintai Nabi saw dan mengamalkan segala sunnahnya dlm kehidupan seharian kita. Maka dengan itu Insyaallah akan kita temui cinta kpd Allah swt, wallahua'allam

---> penerangan yg lebih lanjut mungkin diperlukan utk lebih memahaminya, terima kasih.

Dr Chenta said...

sebenarnya Teja, kamu yg memilih cinta dan jodoh di atas tali, mengapa tidak di dalam rumah dan di atas katil sahaja.... hehehe (jgn marah, gurau jer!)

CM said...

my dear doctor

menemui cinta di tandas awam,hamba kira lebih romantis kerana 2 insan ini bertemu ketika mereka bersatu dalam satu kehendak yang sama,hajat yang sama,keinginan yang sama,keperluan yang sama iaitu ingin segera `melepas`kan sesuatu yang tidak dingini bersama..aduuh romantis yer..bertembung mata kedua yer di hadapan pintu tandas..masing-masing tersenyum puas...lebih manis senyuman kedua yer daripada sebelumnya tadi berkerut menahan hajat yang belum di sempurnakan...he.he


penerangan doct ttg mengapai cinta tuhan sgt bermakna...tq

... said...

Tuan Doktor,
Cinta di atas tali boleh membawa ke jinjang pelamin... selepas tu baru boleh bercinta sakan di dlm bilik atau di atas katil... tak gitu Dr???

zedmagel said...

Salam Bro Dr Chenta,

Terima kasih diatas penjelasan saudara, tetapi memang benar jangkaan saya, bro dan Teja berlainan jasad dan mempunyai perasaan serupa.

Mengenai cinta dimana-mana yang saudara tuliskan, cuba saudara bayangkan sebuah lirik lagu. Wajahmu dimana-mana dan tukarkan dengan lirik saudara dengan Cintaku dimana-mana..Tentu menarikkan. Saya sedang menyanyikan lagu intu dengan puisi saudara.

Teruslah berkarya....

Dr Chenta said...

my dear cikgu mas, kalau di tandas awam yg berbau wangi ok ler tp kalau yg di sebaliknya,hampeh.... ke wangian cinta boleh mengatasi apa sahaja bau yg tidak enak?

penerangan saya itu anggaplah sbg satu muzakarrah krn saya sendiri pun belum memilikinya, msh sdg berusaha....

Dr Chenta said...

salam kembali Bro zedmagel,

jika sudah diperolehi cinta walaupun dr mana maka bukan sahaja wajahnya malah apa sahaja yg ada kaitan dgn dirinya akan kelihatan di mana2, sehingga ketika makan pun wajahnya terbayang di dalam pinggan.... hehehe (tenat sakitnya tu, kena segera di bawa ke hospital cinta!!!)

Dr Chenta said...

(maaf Teja, sepatutnya balasan komen utk Teja selepas cikgu mas)

Teja,

cinta di atas apa pun kalau niatnya ikhlas, InsyaAllah akan sampai jugak ke jinjang pelamin! ... dan perkahwinan itu akan menjadi tempat untuk membelai kasih dan sayang!

Granny Hani said...

cinta yg sejati hanya lah kecintaan pada Tuhan..
Cinta sesama insan hanyalah bersifat sementara.Mungkin dia lah kekasih,tunangan,suami,anak,ibu bapa tapi semua tu sementara saja..Dipinjamkan Tuhan kepada kita untuk tempuh yang telah di tetapkan olehNya

teja said...

iye la tkpe kalau trtinggal sekalipun... ape pentingnya teja kat cni kan? kan? huhu....

Dr Chenta said...

ala Teja sayang, jangan ler merajuk... setiap orang yg berkunjung ke sini tetap sangat penting di hati saya, lebih2 lagi orang yg bernama Teja ini...jgn merajuk yer, meh sini Dr pujuk!

Dr Chenta said...

hani@debumelukut,

memang benarlah apa yg dikata malah dunia ini keseluruhannya adalah fana, sementara dan akan hancur apabila kiamat tiba nanti. Cinta manusia kepada sesiapa pun tidak boleh memlebihi cintanya kepada Allah dan RasulNya!

Related Posts with Thumbnails