Friday, June 5, 2009

pada hari ulangtahun perkahwinan...

terima kasih isteriku yang telah menemani hidupku selama 25 tahun, memang kuakui aku ini bukanlah baik sangat (kadangkala jahat) namun segala hati, jiwa dan raga sebenarnya adalah untukmu, suruhlah mentari jangan terbit bersinar, arahkan bulan jangan mengambang, perintahkan petir tidak berdentum, baru boleh kalian meminta aku melupaimu... (dan kalian akan kecewa kerana permintaan itu tidak akan kutunaikan). Andainya seekor burung merbah kesayanganmu terbang menghilang diri, akan kucari dan akan kupulangkan kepadamu walaupun yang termampu kutemui hanyalah sehelai daripada bulunya....

11 comments:

soca said...

huhu syahdunye... betapa cintanye suami kepada isteri namun ramai isteri meragui... apepun jgn jd mcm batu belah pulak, kerana mengidam telur temakul hujan ribut keluar mencari.... kesiannnnn!!!

CM said...

Dear Dr

Saya adalah seorang wanita yang sangat sukar percaya hanya dengan kata-kata indah selepas saya terjerumus di gaung yang amat dalam kerna berani menyulam kata untuk ku jadi persalinan indah,sayang yer sulaman itu menjadi kain buruk menggelap kaki orang,Usah lah berkata padaku kau mampu mencari burung merbahku yang hilang tapi kau pergi tidak kembali..kini kepercayaan ku hancur meskipun satu hari nanti kau bisa pulang mempersembahkan untuk ku seekor burung garuda,,padaku kini bahasa mata dan bahasa jiwa lebih tulus dari bahasa bibir yang nyata datang dari lidah tidak bertulang...

so dr bagaimana saya ingin mengembalikan kepercayaan..bantulah saya..

za said...

seperti tragedi yg serupa menimpaku... mujur ku sedar awal sebelum garuda sempat menyambarnya pergi... hehe! kalau ku dapat garuda itu, akn ku sembelih dn kerat 16 buat sup.... apepun moga tabah menempuh dugaan.

Dr Chenta said...

soca, berilah kesempatan kpd suami utk membuktikan cinta, kasih dan sayangnya. Jangan ler terlalu prejudis.... Ttg bab mengidam tu jangan ler sampai menyiksa dan mendera suami...hehehe

Dr Chenta said...

cikgu mas, pertama2 saya menyusun jari nan sepuluh memohon maaf kerana saya pasti blog ini tidak mampu untuk menyediakan mana2 jalan penyelesaian kepada masalah cikgu mas malah bimbang jugak di hati saya andai nanti apa2 yg akan saya bicarakan bisa mengguris hati atau mendalamkan lagi luka yg sudah sedia parah. Elok jugak kalau kita anggap bicara di sini sebagai medan bertukar2 fikiran dan pendapat. Izinkan saya mulakan begini; kita manusia sama ada lelaki atau perempuan adalah makhluk Tuhan yg serba lemah, dhaif dan sering melakukan kesalahan dan kesilapan. Mungkin kita pandai berjanji melalui sulaman kata2 nan indah mempersona tetapi tidak pernah dikotakan atau menjadi realiti. Namun kesanggupannya utk meredah ranjau mencari 'merbahmu yg hilang' sudah layak diberikan penghargaan. Mungkin kerana kedhaifannya maka hatta bulu merbah pun tidak ditemui malah mungkin dia sendiri disambar garuda dan diterbangkan ke mana2 sehingga tidak ketemu jalan pulang. Mungkin kita perlu redha dan pasrah menerima takdir Ilahi... Sesungguhnya hanya Allah swt sahaja yg maha berkuasa, makhluk tidak ada kuasa. Makhluk tidak dapat melakukan sesuatu hatta utk mengerdip mata pun kecuali dengan izinNYA.

Faham ke cikgu mas, kalau tak faham takpe.... sbb saya pun bukannya faham sangat, hehehe, maaf ye, gurau jer

Dr Chenta said...

za, kalau dapat tangkap si garuda dan dimasak sup jangan lupa memberi saya semangkuk ye.... ke za harus menjadi si rajawali utk menangkap si garuda???

CM said...

Dear Dr

Ye kesanggupannya mencari merbahku sudah patut diberi penghargaan,mungkin dalam pencariannya dia sesat dalam belantara cinta,Tapi ku pasti suara merbahku yang amat merdu berlagu rindu pasti akan memandu dia pulang...

Dr Chenta said...

cikgumas, jika berkepastian bahawa dia sesat dlm belantara cinta maka pasukan pencari perlu segera dihantar kerana kebiasaannya mereka yg tersesat di hutan tersebut tidak akan berjumpa jalan pulang malah mungkin menghabiskan seluruh hayatnya di sana... Adapun belantara cinta itu sangat dahsyat keadaan dan suasananya. Sesaat dirasakan spt setahun lamanya.... lapar dan dahaga tidak terasa malah kalau mandi pun tidak terasa basahnya.... tidur pun tidak pernah berasa lena.... Eloklah disegerakan penghantaran pasukan penyelamat!

za said...

saya setuju dgn tuan doktor... eloklah dihantar pasukan penyelamat dengan segera... biasanya bila dh tersesat memang dia sengaja tidak mahu pulang lebih2 lg kalau trsesat di belantara cinta... dan lebih elok kalau cikgumas sendiri ikut mencari dengan membawa batu giling.... mudah2an yg hilang itu akan segera mengikut pulang.

CM said...

Untuk apa pasukan penyelamat meredah ranjau ke belantara cinta jika yang ditemui hanyalah jasad kosong tanpa hati tanpa jiwa,jika hanya jasad itu yang pulang padaku rela aku semadikan ia diperkuburan cinta,maka ku nesankan ia dengan nesan dari batu dusta,ku lakarkan namanya dengan nama kianat cinta...benarkah begitu wahai Dr chenta??

Dr Chenta said...

kalau sudah begitu kata putus bicara cikgu mas, terpulanglah... pisau dan mentimun pun mmg sudah di tangan, lakukan sahaja pemotongan! Dan jgn sampai terluka jari buat sekian kalinya....!!!

Related Posts with Thumbnails