Sunday, June 7, 2009

cinta terputus

Pelbagai perkara yg boleh menyebabkan cinta (termasuk yg sudah berumahtangga) terputus di tengah jalan. Bukan sahaja di tengah2 bahkan ada jugak yg sudah di penghujung usia masing2, mahligai cinta yg telah sekian lama kukuh terbina ranap dlm sekelip mata. Bukan maksud saya untuk membincangkan perkara2 yg menjadi asbab kepada terputusnya cinta itu namun yg pasti kita harus menerima hakikat bahawa itu adalah ketentuan Allah SWT wp seringkali kelihatan pada zahirnya, ianya berpunca sama ada daripada pihak lelaki atau perempuan. Memang kita berusaha untuk mempertahankannya tetapi apalah daya, kita hanya bisa berusaha.

Berusaha dan berdoalah mudah2an kita semua bahagia dalam cinta!

3 comments:

CM said...

My dear doctor

Saya suka berbicara tentang lakaran sejarah cinta...sejarah cinta telah tertulis..

"Betapa suci cinta Adam dan Hawa,bermadu rasa di syurga loka,namun atas hasutan durjana,Adam dan Hawa tewas dalam godaan bisikan nafsu..terpisah cinta di dua benua atas perintah Allah yang maha kuasa,namun kasih dan rindu bergema di seluruh dunia,Allah menguji kasih bapa dan ibu kita (Adam dan Hawa)bertemu jua di Jabal Rahmah kota suci kita..Allah maha mengetahui segala..

Sekali lagi sejarah cinta berbisik..perihal keunggulan dan ketaksuban cinta Zulaikha pada Nabi Yusof,cinta nya pada Yusof mengatasi cintanya pada diri...mereka jua terpisah.sengsara Zulaikha menanggung rindu..namun kasih tak pernah berubah,Allah menyaksikan keunggulan cinta mereka,dipertemukan kembali dua insan mulia..Allah menguji cinta mereka..

kata orang melayu..."Bercerai kasih talak tiada..seribu tahun bertemu jua..."

Begitulah doktor,adakala perpisahan adalah satu ujian mengukuhkan lagi keajaiban cinta,namun segalanya ketentuan Allah,kerana segala yang kita ada adalah pinjaman pada hidup yang sementara.......

Dr Chenta said...
This comment has been removed by the author.
Dr Chenta said...

cikgu mas, mmg selain daripada menuntut pengorbanan maka cinta pasti akan menerima ujian... Suka saya mengimbas kisah cinta Laila dan Qais Amiri (dlm Kisah Laila Majnun) Begitu taksub sekali Qais mencintai si Laila namun sehingga ke akhir hayat mereka tidak dipertemukan. Apalah daya manusia utk memastikan bahawa apa yg diingini menjadi realiti selain drp hanya berusaha....

Related Posts with Thumbnails