Saturday, July 18, 2009

8C Sebab SUAMI Benci ISTERI

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!


C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renung2kanlah.....


sumber;

http://www.mypendidik.net/portal/index.php

6 comments:

... said...

aku pun tk suka amat kat lelaki yg wat keje cincai2 atau yg tgk je isteri wat keje sedang dia duduk sambil baca paper dari pagi jejak tengahari... habis semua iklan2 dibacanya.... kn elok bantu-bantu isteri (itupun kalau dia bnar2 syg isteri dan anggap istri tu istri dn bkn orang gaji).. huh!!!

Dr Chenta said...

Teja,

memang entri ini melihat dari pandangan seorang lelaki namun boleh juga menjadi sebaliknya. Sebenarnya sama ada kita suami atau isteri, kelemahan dan kekurangan masih banyak dan apa yang lebih penting ialah memikirkan cara bagaimana untuk memperbaiki segala kelemahan itu. Moga sebarang teguran atau kritikan dapat kita terima dengan positif dan tidak sampai menyinggung perasaan.

... said...

tapi berapa kerat suami yg memahami status isteri yg sebenar2nya... rata2 anggap isteri sbgai tukang basuh & iron baju... tukang masak... tukang bersih rumah dll. ada ketikanya isteri menjadi bosan... dn ingin keluar dr kepompong itew... tp tk mampu, maka jadilah lahar berapi yg trsimpan di ulu hati... tunggu masa utk meletus

CM said...

dear doctor

itu yg 8C yg mereka menci..ni cikgu nk share 8C yg mereka gemari..

1C - CANTIK
2C - CUN
3C - COMEL
4C - CERIA
5C - CERMAT
6C - CEKAP
7C - CHEF
8C - CLEANER

Aduhai..semua nk yg terbaik..kenapa dibenci kekurangan yg ada?,nape tak diterima seadanya dan dibimbing menjadi isteri terbaik,betul semua kata teja..jgnlah sebelah pihak sajer mahukan yg terbaik.selalulah sedar isterimu bukan sehebat Siti Khadijah,tidak sebijak Siti Aisyah,tidak semuliamu Fatimah kerana dirimu suami pun bukan semulia Rasuluallah dan sewarak Saidina Ali..

aduhai kenapa dibawa buaya peliharaanku ke sini,dikuatiri dia belajar bercinta,makin ramai yg menjadi mangsa libasan ekornya..he,he

Dr Chenta said...

Teja,

Jika dirasakan perlu, boleh buat janji temu dengan saya, bolehlah nanti kita sama-sama memikirkan masalah yang teja hadapi itu.

Dr Chenta said...

cikgu mas,

saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Kita memang perlu menerima pasangan kita seadanya dan selalulah mencari2 dan melihat2 kebaikan masing2, mudah2an dengan cara yang sedemikian maka kebaikan jugalah yang akan kita perolehi.

Related Posts with Thumbnails