Tuesday, July 21, 2009

Muhasabah Cinta ILahi

“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang yang putus cinta. “Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain. Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid dan banyak juga kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan. Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan? Cinta Ilahi? Tiada lagi cinta lelaki? Wanita gila harta? Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada ‘buayafriend. mahu jatuh hati kepada ‘gelifriend’ atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa? Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata. Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi SAW telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda SAW bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya. Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri. Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini. Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah dan tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri. Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti. Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya? “Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al Imraan 3: 31) Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pada waktu pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang BEKERJA untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.


sumber; http://fikriharaki.blogspot.com/

6 comments:

CM said...

Doc

sangat tepat pandangan doc ttg perkara ni!!mengapa sesetengah insan mula cari cinta ilahi bila kandas pada cinta palsu manusia???sedangkan cinta pada ilahi cinta hakiki,jauh benarnya dr cinta manusia,kenyataan yg kuar tu adalah kenyataan putus asa,saya tidak pernah menyalahkan cinta,cinta tetap benar dihati saya.cinta itu kekuatan bukan kelemahan ..cinta juga adalah anugerah dan nikmat Allah yg kemanisannya hanya boleh diraih bila lelaki dan wanita meletakkan cinta pada ilahi ditangga pertama,bukan selepas mereka putus cinta..keluar rintihan kecewa,mula mencari tuhan...ketika asyik masyuk di mana tuhan???

saya pernah dikecewakan,tapi bagi saya itu bukan silap cinta,tapi kelemahan si pencinta termasuk diri saya,kini dgn sisa2 kekuatan yg ada saya ingin bina kembali istana cinta,yg lebih indah ditapak keruntuhannya,,,yg saya harapkan cuma redha dan naungan ilahi mengatasi naungan cinta manusia...

islam dan nabi mahu kita terus berkasih sayang bersendikan redhaNYa..

Dr Chenta said...

cikgumas,

Saya bersimpati dgn kisah cikgu mengalami kekecewaan dlm bercinta tapi saya rasa cikgu bukanlah jenis orang mudah berputus asa....sekali gagal mungkin menjadikan cikgu lebih matang dan bersedia utk menghadapi sebarangan cabaran mendatang. Saya doakan cikgu bertemu cinta dan seterusnya membina mahligai rumahtangga yg bahagia sehingga ke akhir hayat....amin!!!

CM said...

dah pun diriku bertemu cinta,cinta yg lama..cuma perlu kekuatan dan kesabaran untuk muncul dalam versi yg baru cuma takkan mungkin sama seperti dahulu,dia pulang padaku setelah kakinya pincang..tapi cinta tetap cinta..ku hulur kembali tanganku..padanya.

Dr Chenta said...

cikgumas,
alhamdulillah, mudah2an cikgu berjaya mendapatkan kekuatan dan kesabaran itu.

apa sebenarnya yang berlaku padanya, kalau sudilah cikgu menjelaskannya.

CM said...

terima kasih doc atas keikhlasan doa..tapi saya amat perahsia orang yer..dalam bermain kata..menyulam bicara..sindiran mesra saya amat berharap orang mengerti maksudnya..saya suka menyata sesuatu yg tersirat..amat rimas dalam kata yg berterus terang..

biarpun berbagai anggapan..datang..saya pasrah..saya percaya pada kata hati saya dia tetap akan pulang sekalipun cedera parah ..dirinya seperti burung jentayu yg hanya mampu bertongkat kuku..

Dr Chenta said...

cikgumas,
saya tidak keberatan untuk berbicara dengan penuh kerahsiaan; diri saya sendiri pun saya kira masih dalam keadaan misteri bagi cikgu namun itu tidak menghalang kita daripada berbicara apa sahaja dan terutamanya tentang cinta.

jika cikgu lebih senang dengan kenyataan2 yang tersirat, itu pun tidak menjadi masalah bagi saya; harapan saya agar kita dan sesiapa jua yang berkesempatan menjengah ke sini akan sama-sama dapat menambah pengetahuan dan pengertian tentang cinta.

Related Posts with Thumbnails