Tuesday, September 29, 2009

rintihan dara

Maha Suci Tuhan yang telah memberi ketenangan
dalam sujud taubat, hajat, istiqarah,syukur dan dhuha
dalam kekeliruan mencari cinta
lantaran usia kian mengejar
apalagi mereka yang seusia telah menginjak fasa
aku yang bukan lagi digelar dara rebutan!

Dalam kata mereka, kuterima sebagai nasihat
dan senyum bonda, senyum berhajat
kuselami erti tersirat
mahu aku punya pembimbing kampung akhirat

Bukan aku tidak mahu
bukan hanya tunggu menanti seru
tapi aku terkeliru
dalam usaha itu
adakalanya tersasar dari jalanMu

Lantas aku undur langkah
dalam taubat kumohon keampunan
dalam hajat kumohon pertolongan
dalam istiqarah kumohon pilihan
dalam syukur kumohon pemeliharaan
dalam dhuha kumohon kurniaan!

Masih terngiang lagi sinis kata menguji iman
kalau kau tu baik sangat…
kenapa belum punya teman?

Bagaimana harus aku bicarakan
jodoh bukan untuk orang yang baik…sahaja
orang tak baik pun ada jodoh juga
sudah termaktub janjiNya
lelaki baik untuk perempuan baik begitu juga sebaliknya
yakin lah…
ajal maut, jodoh, pertemuan ada hikmah
pabila tiba masanya, pasti takkan berganjak walau sesaat!



6 comments:

zai said...

Salam Dr Chenta...

Antara perkara yg menjadi rahsia Allah ialah jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki..tetapi tetap menjadi antara perkara2 yg boleh membuatkan kita boleh terleka apabila dibuai kenikmatan dunia..seandainya tiada jodoh didunia janganlah bersedih..stp dari kita telah dijadikan berpasangan..kalau tidak didunia pasti diakhirat tetap akan ada..itulah janji Allah yg sgt benar..harus redha dan bersabar diatas ujianNYA..

Dr Chenta said...

Salam Zai,

Memang benarlah seperti apa yg dikata....dunia ini pun hanya sementara, akhirat jugaklah yg kekal selama2nya!

CM said...

salam doktor hatiku,izinkan aku menyahut rintihan si dara...

tika aku masih bergelar dara
aku mengimpikan syurga cinta
aku impikan putera belaian jiwa
aku impikan istana cinta dunia
aku bermimpi menjadi puteri
dibelai sepanjang masa
ditatang bagai permata
dihalusi bagai sutera

tak pernah terlintas diminda rasa
ketika aku bergelar dara..
perkahwinan itu bukan nya syurga
bukan pula aku berkata ia neraka.
perkahwinan yg si dara harapkan
adalah satu kenyataan kehidupan
kenyataan yg perlu dihadapi dengan kekuatan,ketabahan,kesabaran,kehormatan,pengertian dan ketaatan,...barulah perkahwinan itu berjaya meniti titian ke syurga....dan si teruna teman si dara perlulah insan yg mengenal tuhanya,mencari tuhannya,dan taat pada tuhanya,usah korbankan daramu untuk insan yg tak tahu dimana tuhan,dan membimbingmu mencari tuhan...

wahai dara
andai insan begitu tidak kau temui didunia
pelihara kehormatanmu,redha atas hidupmu
syurga bahagia menantimu....

CM said...

coop doktor...

alahai takkan lah rintihan si dara jer...rintihan mak dara boleh ker di paparkan di sini?,mak dara juga ada rintihan yer..tak fair arr dr,,hehehe...

Dr Chenta said...

Salam CM,

rintihan mak dara tak perlu lg dipaparkan kot sbb bukankah sudah ada si dia sebagai teman setia mencurah rasa sambil dibelai2 manja....dan tempat mengadu di kala sendu!

putri said...

haha... terlepas pandang lahh entri nie.. memang menarik...

Related Posts with Thumbnails