JikA iNdAh sAtU pErTeMuAn, jgN AkHiri dgN pErPiSaHaN, jikA sUCi sAtU pErKeNaLaN, JgN cEmAri dgN pEnDuStAan, jikA bErNilAi SeBuAh PeRhUbUnGaN, hArgAiLah iA dgN kEikhLAsaN....
10 CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM PEREMPUAN...
1. Lelaki Yang Prihatin -
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje… dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni DJ baru thr dot fm…. kesalahan sendiri tak perasan..
2. Lelaki Yang Menjadi Penawar -
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.
3. Lelaki Yang Memberi Kebebasan Sewajarnya -
Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tauke kedai tu…. lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.
4. Lelaki Yang Berhati-Hati -
Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!
5. Lelaki Yang Wangi -
Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.
6. Lelaki Yang Pemurah -
Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.
7. Lelaki Yang Tidak Kisah -
Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat sama ada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!
8. Lelaki Yang Memberi Sokongan Padu -
Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!
9. Lelaki Yang Cintakan Kedamaian -
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..
10. Lelaki Yang Menyerahkan Kuasa Vetonya -
Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.
ADA APA-APA PERBEZAAN???Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuti carta tersebut.. janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah dilali, bebal atau kebal...Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN.... bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataan kan...jadi...kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiara kata...yang berbunyi...
"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"
Seorang pengunjung setia mengemukakan dua pertanyaan sebagai usaha untuk mengenali diri ini dan terima kasih kerana sudi bertanya....
Soalan2nya; (1) Adakah dirimu lelaki romantik??? Jawapan: jika ada sesiapa yang berasakan demikian maka saya rasa itulah yang lebih tepat berbanding jika saya yang menyatakannya sendiri….
atau....
(2) Lelaki Roman Antik..dah antik la...he,he,he tapi lagi antik lagi mahal kan???? Jawapan: Jika usia seseorang yang menghampiri tempoh setengah abad itu dikira telah menjadi ‘antik’ maka saya termasuklah di dalam kategori itu namun rasa2nya belum begitu mahal harganya berbanding dengan ‘antik’ yang sudah beratus2 atau beribu2 tahun….hehehe
Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, sama ada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma anda perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.
Antara tanda-tanda cemburu;
1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila anda tiada.
2. Dia menelefon anda semasa anda sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan anda.
3. Dia menuduh sesuka hati bahawa anda telah keluar dengan lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan anda.
5. Dia mengugut membunuh diri jika anda meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu anda sentiasa bersamanya dan marah walaupun anda keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.
7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada anda.
8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.
"Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok."
"Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi."
kau tanyalah pada malam ketika kau merenung bintang2 di langit sambil bayu mengirim bisikan rindu siapakah yg turut sama berbuat begitu jika bukan aku….
usah kau harap jawapan dari suaraku kerana getar di hati telah menjadi gelora di tujuh lautan
dan nafas cintaku merentas jarak dan waktu berkelana di tujuh benua dan masih mampu hidup walau di tandus sahara walau di dasar gelap laut dalam
dan aku pasrah pabila tatapan mataku yg redup masih menggamit rindumu dan suara lunakku masih setia membelai jiwa laramu….
apalah maknanya cinta dan kasih jika tidak merindu dan jika dengan menyebut namaku rindumu masih menggila duduklah di tepi jendela sambil merenung bulan purnama dan jika malam itu hujan gerimis dan tempiasnya menampar pipimu ketahuilah bahawa itu adalah rembasan airmataku merinduimu....
Jika kau musafir di gurun tandus yg terlalu dahagakan walau setitis air, adakah sayang dan rinduku ibarat hujan lebat yg bisa menenggalamkan atau gerimis yg tidak membecakkan tanah atau embun yg tidak jejak ke bumi atau awan hitam yg berhalilintar berdentum2 namun hujan tidak juga atau sebagai apakah aku ini???
bukan sengaja aku tidak mahu membalas renungan manja ghairahmu itu namun berita2 sensasi begitu mengamit hati dan perasaanku terutama ttg masalah2 yg dihadapi oleh negara sekarang ini, misalnya selsema babi tu…..huhu
jangan ler bibirmu sekadar terbuka tetapi mana suaranya? Suaramu mesti ditinggikan volume-nye mengatasi bunyi senandung dengkuranku dan usahlah diulang2 sebut ttg dengkuran itu sedangkan selama bertahun2 ini, tiadalahlagu lain yg mendodoimu sehingga terlena….
Sebagai suami dan ketua keluarga aku mmg berasa bertanggungjawab utk memberi nasihat dan memimpin kamu ke jalan yg benar tapi kalau dah tak mahu nak ikut, aku nak buat macam mana?
Jangan ler nak diungkit2 pulak kisah sewaktu kita memadu kasih menyulam cinta dulu….. kita telah sama2 tenggelam dalam suatu situasi fantasi yang latarnya indah semata2 serta tiada cacat celanya, sehingga semua pancaindera kita seolah2 tidak berfungsi lagi, yg kurang cantik kita nampak sgt menawan, yg kurang halus kita rasa sangat lembut, yg kurang merdu kita dengar sungguh mersik, yg menyakitkan hati kita langsung tidak merasakannya……pendek kata semuanya kelihatan indah belaka walapun hakikatnya tidak begitu! Mengapa kita boleh terima situasi dan keadaan ketika itu? Mungkin sebab utamanya adalah kerana kita sedang dilamun CINTA dengan kuasanya begitu kuat dan dominan sekali sehinggakan kita boleh merasionalkan apa sahaja….malah kita sendiri tidak menjadi diri kita yang sebenarnya….
Aku bukan mencari2 dan memberi alasan namun waktu dan keadaan telah berubah. Aku sebenarnya masih bercakap, berbicara, berhujah, menasihati malah sering memuji2mu namun aku tidak ketemukan suaraku. Kalau dulu hati dan perasaanku berada juga di mulut lalu terhamburlah segala macam kata dan kau pula begitu bersedia dan setia menerimanya kerana pada waktu itu dalam kamus hidupmu tiada perkataan protes…. Kini mulutku sering berada jauh di lubuk hati maka segala2 menjadi senyap dan sunyi dan kau menyangka yang aku tidak berkata2 sedangkan aku masih aku yang dahulu….
Ketahuilah sayang bahawa yang sebenar2nya aku tidak mahu melukai hatimu dengan libasan dan tikaman kata2ku, maafkan aku….cubalah menerima aku seadanya, seperti dulu dan kini dan selamanya!
(kalau ler entri ini boleh menjadi jawapan kepada rintihan cikgu mas, mohon maaf jika terkasar bahasa dan keterlaluan cara)
Seringkali aku menjadi begitu malas dan payah untuk mengungkap walaupun sepatah kata. Banyak yang hendak kusuarakan tapi ianya hanya berlegar-legar di dalam benakku, menyesakkan dada dan memeningkan kepala! Pada waktu-waktu yang aku seperti berkesempatan bercakap-cakap dan engkau pun mendengar dan memahami segala nasihat dan pengharapan itu.Namun hari ini, kau masih engkau yang tidak ada perubahan malah seolah-olahnya tidak langsung mendengar dan memahami walaupun sekelumit segala nasihat dan pengharapanku kerana kata-kataku sebenarnya tidak terucapkan dan tidak bisa terdengar oleh sesiapa!
1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aisyah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
>>>> 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'.