pelangi pun menjelma
mewarna cinta
hatiku sayu
asyik merayu-rayu
lemas merindu
sering bermadah
namun hatiku gundah
rasaku goyah
di mana cinta
jika pelangi lenyap
dimamah hari
kuharap kasih
hidup selama-lama
di hati kita
aku di sini
masih setia jua
melayan rasa

7 comments:
salam pg Doc, masih berkisar pada kisah pungguk rindu bulan...
mungkin aku
terlalu bodoh untuk mengerti
mungkin aku
tak sengaja juga menyakiti
andai aku tahu isi hatimu
andai kesempatan itu
datang lagi padaku
sekarang mustahil bagiku
bahkan menyentuh bayangmu,
aku tak mampu
sekarang aku terperuk
dalam jurang sesalku
dan cinta ini
jadi sesak dalam dadaku
aku tahu
cinta ini sudah tak laku
tapi biarkan
cinta ini aku miliki
biarkan cinta ini
menjadi bebanku
aku tak peduli
meski menghambat jalanku
aku tahu mencintaimu
adalah tak pasti
Teja,
masih mahu merasakan diri sebagai pungguk lagi ke? Memang sering juga kita keliru dalam berfikir dan bertindak namun teruskanlah berfikir semasak2nya sebelum mengambil sesuatu tindakan. Keadaan akan menjadi lebih rumit dan payah jika kita tersalah langkah walaupun sebagai manusia memang kita tidak sunyi daripada melakukan kesilapan namun untuk berpatah balik selepas melakukan kesalahan adalah sesuatu yang sangat membebankan hati dan perasaan....
aku di sini
masih setia jua
melayan rasa
(bukankah itu lagu rindu pungguk??)
cikgu mas,
"aku di sini
masih setia jua
melayan rasa"
rangkap haiku di atas, ada unsur-unsur 'kepunggukan' ye???
Wow...
camana awak boleh hasilkan bait bait indah ni???
Akak suka dan kagumi..tapi sendiri tak pandai.
hazeleyed,
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini. Nak kata indah sangat haiku tu tidaklah juga.
Terima kasih juga kerana suka mengkagumi haiku saya tu, saya pernah diajar untuk membuat dan awak pun boleh cuba membuatnya.
Haiku ialah puisi yg berasal dari Jepun. Ia terdiri daripada 3 baris, baris pertama terdiri drp 5 sukukata, baris kedua terdiri drp 7 sukukata dan baris ketiga terdiri drp 5 sukukata. Cubalah membuatnya!!!
Post a Comment