Friday, August 7, 2009

monolog seorang suami

Seringkali aku menjadi begitu malas dan payah untuk mengungkap walaupun sepatah kata. Banyak yang hendak kusuarakan tapi ianya hanya berlegar-legar di dalam benakku, menyesakkan dada dan memeningkan kepala! Pada waktu-waktu yang aku seperti berkesempatan bercakap-cakap dan engkau pun mendengar dan memahami segala nasihat dan pengharapan itu. Namun hari ini, kau masih engkau yang tidak ada perubahan malah seolah-olahnya tidak langsung mendengar dan memahami walaupun sekelumit segala nasihat dan pengharapanku kerana kata-kataku sebenarnya tidak terucapkan dan tidak bisa terdengar oleh sesiapa!

2 comments:

CM said...

Wahai suamiku...

seringkali aku merenungmu,aku terlalu mengharap renungan itu berbalas,namun kau asyik dengan suratkhabar lama..

Seringkali bibirku terbuka,,mengharap telingamu menyambutnya...apa yang ku dengar suara dengkuran sahut menyahut..

Kini bila kau berkesempatan bercakap-cakap dan aku pun mendengar dan seolah memahami segala nasihat dan pengharapan itu,tapi kau sedar tiada perubahan atas diriku kenapa??????????????

KERANA ITU ADALAH LAMBANG PROTESKU DAN LAMBANG HARAPANKU AGAR KAU TERUS BERKATA,BERCAKAP,BERBICARA,BERHUJAH,MENASIHATI,MEMBIMBING DAN KITA TERUS BERCINTA...BUKAN CINTA DALAM KEBISUAN...AKU INGIN LEBURKAN KEBISUAN ITU,MENGAPA KAU TIDAK BISU KETIKA BERCINTA BICARAMU LAJU SEPERTI KERETAPI EXPRESS..WAKTU2 KITA BERTEMU KAU BERKISAH,BERHIKAYAT.DAN AKU MENDENGAR DENGAN SENYUMAN DGN SATU HARAPAN.."MESTI MAHLIGAI KITA NANTI MERIAH DENGAN CIRITERA MU..NAMUN KINI IA BAGAI WAYANG BISU.............MENGAPA???????????

Dr Chenta said...

hehehe...

nanti 'suami' akan membalas komen krn buat masa ini mulutnya terkunci setelah membaca komen cikgu mas...

hahaha!

Related Posts with Thumbnails