Sunday, August 9, 2009

wahai isteriku

bukan sengaja aku tidak mahu membalas renungan manja ghairahmu itu namun berita2 sensasi begitu mengamit hati dan perasaanku terutama ttg masalah2 yg dihadapi oleh negara sekarang ini, misalnya selsema babi tu…..huhu


jangan ler bibirmu sekadar terbuka tetapi mana suaranya? Suaramu mesti ditinggikan volume-nye mengatasi bunyi senandung dengkuranku dan usahlah diulang2 sebut ttg dengkuran itu sedangkan selama bertahun2 ini, tiadalah lagu lain yg mendodoimu sehingga terlena….


Sebagai suami dan ketua keluarga aku mmg berasa bertanggungjawab utk memberi nasihat dan memimpin kamu ke jalan yg benar tapi kalau dah tak mahu nak ikut, aku nak buat macam mana?


Jangan ler nak diungkit2 pulak kisah sewaktu kita memadu kasih menyulam cinta dulu….. kita telah sama2 tenggelam dalam suatu situasi fantasi yang latarnya indah semata2 serta tiada cacat celanya, sehingga semua pancaindera kita seolah2 tidak berfungsi lagi, yg kurang cantik kita nampak sgt menawan, yg kurang halus kita rasa sangat lembut, yg kurang merdu kita dengar sungguh mersik, yg menyakitkan hati kita langsung tidak merasakannya……pendek kata semuanya kelihatan indah belaka walapun hakikatnya tidak begitu! Mengapa kita boleh terima situasi dan keadaan ketika itu? Mungkin sebab utamanya adalah kerana kita sedang dilamun CINTA dengan kuasanya begitu kuat dan dominan sekali sehinggakan kita boleh merasionalkan apa sahaja….malah kita sendiri tidak menjadi diri kita yang sebenarnya….


Aku bukan mencari2 dan memberi alasan namun waktu dan keadaan telah berubah. Aku sebenarnya masih bercakap, berbicara, berhujah, menasihati malah sering memuji2mu namun aku tidak ketemukan suaraku. Kalau dulu hati dan perasaanku berada juga di mulut lalu terhamburlah segala macam kata dan kau pula begitu bersedia dan setia menerimanya kerana pada waktu itu dalam kamus hidupmu tiada perkataan protes…. Kini mulutku sering berada jauh di lubuk hati maka segala2 menjadi senyap dan sunyi dan kau menyangka yang aku tidak berkata2 sedangkan aku masih aku yang dahulu….


Ketahuilah sayang bahawa yang sebenar2nya aku tidak mahu melukai hatimu dengan libasan dan tikaman kata2ku, maafkan aku….cubalah menerima aku seadanya, seperti dulu dan kini dan selamanya!


(kalau ler entri ini boleh menjadi jawapan kepada rintihan cikgu mas, mohon maaf jika terkasar bahasa dan keterlaluan cara)


4 comments:

... said...

dh berulang-kali aku kua masuk blog ni, tp akhirnya hati trkedu, lidah kelu dn akhirnya jari membeku... aku sndiri tk tak tau kenapa jd begitu.

aku gagal untuk brkata2, walaupun banyak perkara berlegar2 difikiran namun tk trluahkn...

maafkan aku...

Dr Chenta said...

Teja pun berada dlm mod senyap dan sunyi ke? Bicara tanpa suara?

Usahlah diikutkan rasa yg lara itu Teja, sehingga hati terkedu, lidah terkelu dan jejari membeku....tulislah apa sahaja yg terasa di hati dan akan saya cuba untuk menyelaminya....bole kan? Cubalah....

CM said...

salam

sekembalinya saya dari kg..saya terus berlayar ke sini..selesai saya membaca..saya tergelak besar..ha,ha,ha,oh so sweet !!!!!u re so funny guy..dan saya mencuri masa untuk menjawabnya..

wahai suami..

ku pandang ,ku renung.topik selsema babi yg kau intai!!..anakmu selselma kau tak peduli..berhingggus sudah 2 hari.

Ku tutup telinga dengan bantal..ku masukkan kapas dalam telinga..yg nyata hari ke hari dengkuran mu mmakin kuat...zmn dah berubah,,muzik dah bertukar ke hip hop muzik,dengkuranmu masih bersenandung pop yeh-yeh..aku dah jemu.

siapa bilang aku tak mahu ikut,??tapi kalau nasihat berupa tengking herdik,berleter macam pak pandir..buat dont know lagi baik,he,he

Oh tak perlu diungkit kisah cinta kita???tapi ingat janjimu..katamu."sayang,jangan pernah lupa kisah cinta kita..jangan pernah lupa abg sangat mencintaimu,tulis kisah kita dalam diari hatimu..dan selalu kenang,,inilah "kenangan yang terindah'...oh aku kah yg berfantasi..???

tapi apapun...bila kau menerangkan..kini mulutmu berpindah ke hati dan kau masih memujaku seperti dahulu,,,aku amat berterima kasih..tapi amat sukar aku untuk menyelam hingga ke hati..tak dapat ku dengar suara hatimu bila telingaku berada di luar...berbicaralah denganku..dengan kata-kata manis seperti dahulu..aku rindu saat itu!!!apapun kau adalah yang terbaik untukku..protesku tanda sayang..rintihku tanda kasih..keluhanku tanda cinta..tolong fahami aku !!!

ha,ha,ha...sekadar joke...tidak berkaitan samada yg hidup atau yg mati arrrr..

thanks doc..saya sangat suka entry ni,,,

Dr Chenta said...

O rupanya cikgu mas balik kg ye, saya tunggu2 jugak komen balas...anyway bebanyak terima kasih kerana keperihatinan cikgu yg terus menjengah blog ini sejurus kembalinya dari kampung. Saya sgt berbesar hati! Terima kasih sekali lagi.

Related Posts with Thumbnails