Tuesday, August 11, 2009

puisi buat Teja (2)

apalah maknanya cinta
dan kasih
jika tidak merindu
dan jika dengan menyebut namaku
rindumu masih menggila
duduklah di tepi jendela
sambil merenung bulan purnama
dan jika malam itu
hujan gerimis
dan tempiasnya
menampar pipimu
ketahuilah bahawa itu
adalah rembasan airmataku
merinduimu....

3 comments:

Anonymous said...

Grrrrr.... grrr...... mana puisi untuk aku!!!!!!

Dr Chenta said...

My dear Anonymous,
Saya bersedia mengubah puisi khas untuk kamu tetapi dengan syarat, nama hendaklah dinyatakan. Terima kasih.

... said...

Salam pg Dr, sejak semalam kutatap puisi ini penuh syahdu dn trharu... terima kasih tk trhingga teja ucapkan buat Dr.

Baru hari ni dapat teja lontarkan komen krn smlm tidk brkesempatan...

"dan jika malam itu
hujan gerimis
dan tempiasnya
menampar pipimu
ketahuilah bahawa itu
adalah rembasan airmataku
merinduimu...."

Kerinduan yang mendera jiwa ini.
Menunggu seberkas sinar yang datang padaku.
Menanti kesejukan embun membasahi diriku.
Engkaukah itu??

Related Posts with Thumbnails