Thursday, August 13, 2009

puisi buat Pungguk (1)

berpijaklah di bumi nyata

sekian masa kau masih bertenggek di situ

mendayu2 suaramu

merayurindu sang bulan

dan tanpa jemu2

mengapa tidak terfikir olehmu

pernahkah walaupun sekali

bulan menyahut serurindumu?


berpijaklah di bumi nyata

sang bulan bukan pasanganmu

bukan cintamu

dan bukan juga takdirmu

biarkan dia bersama bintang2

yg sekian masa setia memagarinya

kau boleh saja melihat dan mengintai

tapi bukan bermimpi untuk memiliki!

11 comments:

teja said...

cinta datang dengan kehalusan, keikhlasan dan hati luhur... cinta tidak boleh dipaksa, kerana jika dipaksa ia akan lari semakin jauh dn kamu akan terus merindu dan merindu sedang dia buat tk tau malah akan menghindarimu...

wahai pungguk, carilah cinta sejati... ia pasti datang kepadamu jika hatimu luhur ikhlas tiada iri.

carilah cinta dengan kehalusan dn kelembutan... kamu pasti akan menemui cintamu.

Dr Chenta said...

Teja,
saya sangat bersetuju dengan pendapat kamu itu. Kelihatannya anda begitu memahami dan mendalami pelajaran cinta....

... said...

Doc,

ada ketikanya aku tertanya2,
salahkah aku kalau tidak lg setia?
salahkah aku kalau mendua?
salahkah aku kalau lupa akan dia?
salahkah aku kalau mencari penggantinya?

aku tidak ingin kedinginan...
aku perlukan sesuatu yg menghangatkn
andai itu blh diberi oleh seseorg
bolehkah aku mengambilnya?

CM said...

Kata orang bagai pungguk rindukan bulan.satu pepatah yg memberi makna cinta yang tak mungkin berbalas,cinta itu tak mungkin kesampaian,bulan terlalu tinggi untuk pungguk jejaki,bulan terlalu indah untuk pungguk temani,bulan terlalu cerah,,tak padan pungguk disisi...tapi pungguk ada hak untuk merinduinya..kerana pungguk tahu cinta tak semestinya memiliki...biar cinta tu hidup dihati pungguk..memang sudah tertakdir punnguk begitu.Pungguk pasrah dalam meniti takdir,,,

doc,puisi ini sungguh indah!!!

PRB said...

Horey!!!!!! Terima kasih Doc... Doc...Doc.... Dog.... (eh eh silap). Pungguk dah tak rindukan bulan. Pungguk dah rindukan Dr Chenta. Jom kita kahwin.... lupakan aje si Teja tu Doc.... Dia dah ada laki.... Seorang isteri mesti taat dan patuh kepada suami supaya tak nusyuz. Ketahuilah jika suami tak mengampunkan apa yang Teja lakukan dibelakang atau tanpa pengetahuannya, dosa besar. Nanti Doc pun tanggung sama. Saya masih solo Doc..... Maaf ye Teja.....

Saya menyokong penuh Cikgu Mas. Cinta tak semestinya bersatu dan sesekali tidak melupakannya dan juga tidak menduakannya. Apatah lagi insan bergelar suami. Bagi suami, hak mereka telah termaktub dalam hukum dan usah dipersoalkan. Nampaknya kita sama prinsip Cikgu Mas. Boleh kita bertukar2 fikiran.

Dr Chenta said...

Teja,
Tidak salah jika kau bertanya...
adalah salah jika kau curang
adalah salah jika berkayu tiga
adalah salah jika kau mengabaikan
dan adalah salah juga
jika kau mencari penggantinya,
jika dia adalah suamimu...

memang semua menginginkan cinta
yang mesra dan hangat
jika perlu menerimanya
imbangilah dengan akal
dan ketinggian budi
bukankah kau lebih mengerti?

Dr Chenta said...

cikgu mas,
saya bersetuju namun saya rasa tidak menjadi kesalahan untuk kita mengingatkan si pungguk akan hakikat sebenarnya kehidupan....bolehkan?

Terima kasih cikgu mas, puisi itu entah apa2!

Dr Chenta said...

PRB,
Terima kasih kembali. Tidak mengapa jika anda teringin untuk memanggil saya dengan panggilan 'Dog' pun kerana sebagai insan yang serba lemah ini, sering juga kita zahirnya sahaja manusia tetapi fikir dan perangai kita mengalahkan haiwan! Dan jika benar bagai dikata bahawa PRB telah beralih arah merindu saya pula, saya terima seadanya....tapi telah bersediakah PRB untuk berkahwin dengan saya? Tidak sesuai bab kahwin ini disendaguraukan tau! Untuk ingat atau lupakan Teja, itu adalah hak saya, kami hanya berkawan.... Terima kasih di atas segala peringatan!

... said...

PRB, marah beno kat aku ye? kenapa la agaknye ye?? mungkin kerana nama aku TEJA....

TEJA di sini bukan milik sesiapa, Teja bebas berkawan dengan sesiapa saja, TEJA berhak menyayangi atau merindu siapa yg TEJA mahukan dan PRB tiada hak untuk menentukan TEJA milik siapa. di sini Teja milik umum.... kerana TEJA hanya bayangan tidak berjasad.

dn aku juga xde hak nak marah ko, ko bebas nak rindu kat sape2 yg ko nak trmasuk Dr Chenta... tp biarlah rindu tu berbalas supaya kita tk penasaran, hehe

buat PRB, udah2 le tu.... wat rugi je ko jeles kat aku... ngeeeeeeee!

... said...

Dr,
terima kasih atas penjelasan itu... selama mana aku tidak merealisasikan apa yg aku ucapkan tentunya aku masih dalam lindunganNya, cuma terkadang hati kecil berbisik.... kenapa aku jadi begini dan begitu.

apapun aku sgt menghargai hubungan ini... jgn nodai ia dengan cela, kan kita telah sepakat saling mengingat dn menjaga batasan kerana aku tak mahu hubungan semusim cuma....

Dr Chenta said...

Teja,
terima kasih kembali...dan mudah2an kita sentiasa berada dlm perlindunganNYA, amin!

Keadaan kita sebagai manusia memang begitu Teja, ada naik turun dan pasang surutnya....

Saya pun berharap agar hubungan ini kekal sehingga ke akhir hayat kita.

Related Posts with Thumbnails