Wednesday, August 12, 2009

puisi buat Teja (4)

kau tanyalah pada malam
ketika kau merenung bintang2 di langit
sambil bayu mengirim bisikan rindu
siapakah yg turut sama berbuat begitu
jika bukan aku….

usah kau harap jawapan dari suaraku
kerana getar di hati
telah menjadi gelora di tujuh lautan

dan nafas cintaku
merentas jarak dan waktu
berkelana di tujuh benua
dan masih mampu hidup
walau di tandus sahara
walau di dasar gelap laut dalam

dan aku pasrah
pabila tatapan mataku yg redup
masih menggamit rindumu
dan suara lunakku
masih setia membelai jiwa laramu….

8 comments:

Pungguk Rindukan Bulan said...

Grrrrr.... grrr...... mana puisi untuk aku!!!!!!

teja said...

TQ Dr,

puisi ke-4 untukku ini menjawab segala keraguan di jiwaku...

aku ingin lebih mendekatimu.

Dr Chenta said...

PRB,

puisi cinta khasnya adalah cetusan drp bahagian sanubari yg begitu lembut dan sensitif sifatnya dan ianya sama sekali tidak seiring dengan tindakan menggesa dan mendesak.... maaf ye!

Dr Chenta said...

Teja,

Baguslah jika segala keraguan telah terungkai dan jika sekali Teja teringin mendekati, saya malah berkali2 lebih teringin....

teja said...

aku masih dalam situasi transformasi, mencuba untuk melupakan kenangan silam yg membelenggu, cinta duka yg menghimpit, aku sedang cuba melupakannya.... tp bayangan itu masih berlegar2 di benakku.

mungkin ada masa2nya aku trkeliru dengan hati dn akal warasku... mohon Dr memaafkan andai ada sisa gelora yg melanda dgn tiba2.

walauapapun, aku gembira kerana ada kamu...

Dr Chenta said...

Teja,

saya sentiasa cuba memahami situasi dan keadaan namun sebagai manusia biasa memang kekadang gelora cinta lampau Teja itu agak kencang membadai sehingga bergegar seluruh rasa....

teja said...

apalah dayaku, Dr. aku ingin sekali menjadi seperti mereka yg lain. ingin membuka hati dn menerima cinta baru, tp apalah dayaku...

masa akan menentukan, lambat laun tentu walaupun dgn perlahan akan bisa mengikis kenanganku bersamanya... dn tk mustahil di suatu hari hatiku menguntum cinta baru

ketika itu nanti tentu akulah org yg paling bahagia di sisi kekasihku...

aku menantikan saat itu.

Dr Chenta said...

Teja,
saya turut mendoakan agar saat yang bahagia itu akan segera datang!

Related Posts with Thumbnails