Monday, August 3, 2009

siti impian

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

>>>> 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'.

10 comments:

... said...

Siti Teja buleh ke yg??? hehe...

CM said...

Mereka wanita hebat..pilihan Allah.penghuni syurga..masih adakah 9 siti ini dalam diri wanita akhir zaman???

Dr Chenta said...

Teja,

Boleh juga, tetapi kan nama Teja tu sesuai dengan gelaran Tun.... dan hendak menyebutnya pun lebih lunak berbanding Siti Teja!

Sebenarnya masyarakat Melayu sahaja yang suka sangat menambah perkataan Siti di pangkal nama....

Dr Chenta said...

cikgu mas,

itulah yang sebenarnya perlu menjadi persoalan kita sekarang. Mereka adalah antara contoh ikutan yang kalau dapat diusahakan menjadi seperti mereka maka insyaAllah pasti kejayaan menanti. Apa yang penting ialah keinginan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti mereka dan jikalau sehingga ke akhir hayat pun masih belum tercapai, sekurang-kurangnya usaha telah dilakukan!!!

CM said...

satu jawapan yg sangat bernas dari doc..tapi saya percaya ramai wanita malaysia kini lebih cenderung memilih siti nurhaliza sebagai idola..bersuami kaya,bergelar datin,jelita dan ternama..dan mengambil kepunyaan org..opppppp..teremosi pulak,he,he..sori yer Dato`Siti

Dr Chenta said...

cikgu mas,
apa2 yg bersangku-paut dgn keduniaan memang sangat disukai manusia dan ianya sesuai dan serasi dgn tuntutan nafsu. Dunia ini adalah menjadi keperluan kita namun di sisi Allah swt ianya tiada nilai wp sebesar sebelah sayap nyamuk...Kalaulah dunia bernilai sudah pasti mereka yg tidak beriman tidak akan mendapat wp seteguk air.....

Allah swt jugaklah menentukan dan memberi rezeki kepada kita melalui pelbagai sumber dan cara. Seorang pencuri memperolehi rezeki melalui perbuatan mencurinya dan lantaran mencuri adalah suatu larangan maka dia pasti akan menerima balasannya.... Begitu jugalah dgn hal2 dan perkara2 yg lain, wallahu'alam.

CM said...

Mencari 9 siti ini di akhir zaman umpama mencari mutiara putih di dasar laut,mungkin ada tapi bilangan terlalu sedikit....insan akhir zaman sudah memperlekehkan wanita berusia seperti Siti Khadijah bernikah dengan teruna tampan berusia 25 thn,terlalu sukar untuk mencari wanita ternama yang boleh merendahkan dirinya pada suami seperti Muhamad yang tidak berharta..dimana lagi nk dicari wanita yg berjalan 7km dari rumah kemudian mendaki Gua Hira` hanya untuk menghantar makanan pada suami yg meninggalkan hangat malamnya untuk beribadah mencari tuhannya.Kalau ada pun mungkin pizza hut yang dipesan untuk suaminya.

Adakah lagi Siti Hajar di akhir zaman ini???.Redha dan pasrah ditinggal suami dilembah tandus,dengan seorang anak kecil.Wanita kini ditinggalkan begitu???tinggal dirumahpun..riuh sedunia menempelak suami dengan pelbagai tuduhan,

Aduhai semua ni..adalah proses muhasabah diri ke atas aku..aku wanita yg terlalu biasa di alam yg fana ini...mungkinkah aku mampu menjadi luar biasa seperti 9 siti ini????

Dr Chenta said...

cikgu mas,
ada orang yg memperolehi sesuatu yg berharga dgn begitu mudah tp dikhuatiri mereka tidak pula akan menghargainya berbanding dgn seseorang yg memperolehi sesuatu yg mungkin tidak begitu bernilai pd pandangan org lain tetapi kerana diperolehi dgn susah payah dan pengorbanan maka ianya sangatlah dijaga dan dihargai.Misalan, seorang yg terpaksa bersusah payah, berjimat cermat mengumpul wang utk membeli sebuah kereta dan akhirnya wp dlm tempoh yg agak lama, berjaya jugak membelinya. Kereta itu sentiasa dijaga rapi seolah2 lbh drp menjaga anak sendiri. Suatu hari anak jiran yg sdg bermain telah tertendang bola dgn kuat dan terkena cermin kereta dan pecah! Berlari dia keluar dr rumah dan apabila terlihat cermin kereta yg pecah itu maka hatinya jugak turut pecah berderai.... tahu sbbnya kan?

justeru itu, para sahabat nabi begitu menjaga iman, amal dan agama kerana mereka memeperolehinya dgn mujahadah dan pengorbanan dengan diri dan harta. Mereka tidak sekali2 sanggup melihat amalan agama berkurangan wp sedikit selagi mereka masih bernyawa....Mereka sanggup mempertahankannya wp terpaksa mengorbankan satu2nya nyawa yg ada pd mereka!

CM said...

Subhanaallah..satu perbandingan yg sangat indah dari doktor,ikhlas dari saya !!1saya amat gemar ke sini bertukar pendapat dan rasa dgn doktor dan sentiasa menanti debatan bernas darimu,moga doktor tak pernah jemu berbicara bersama saya.insan biasa yg terlalu biasa

Dr Chenta said...

cikgu mas,
Alhamdulillah, saya kembalikan pujian itu hanya untuk Allah SWT, tidak layak langsung rasanya utk saya menerimanya.

Setinggi2 penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kesudian cikgu mas bertandang ke sini, saya rasa sungguh berbesar hati dan mmg kurang rasanya tapak tangan utk ditadahkan....

Saya pun apa kurangnya, mmg insan biasa yg terlalu biasa juga!

Related Posts with Thumbnails