Monday, August 24, 2009

romantik antik

Seorang pengunjung setia mengemukakan dua pertanyaan sebagai usaha untuk mengenali diri ini dan terima kasih kerana sudi bertanya....

Soalan2nya;
(1) Adakah dirimu lelaki romantik???
Jawapan: jika ada sesiapa yang berasakan demikian maka saya rasa itulah yang lebih tepat berbanding jika saya yang menyatakannya sendiri….

atau....

(2) Lelaki Roman Antik..dah antik la...he,he,he tapi lagi antik lagi mahal kan????
Jawapan: Jika usia seseorang yang menghampiri tempoh setengah abad itu dikira telah menjadi ‘antik’ maka saya termasuklah di dalam kategori itu namun rasa2nya belum begitu mahal harganya berbanding dengan ‘antik’ yang sudah beratus2 atau beribu2 tahun….hehehe

12 comments:

CM said...

aduhai doktorku,,,jawapanmu ini aku fahami dan ku berikan satu kesimpulan,kau sebenarnya "LELAKI ROMANTIK"..why.???

(1)..Lelaki romantik lucu dan berhalus budi bahasa

..jawapanmu sungguh lucu...lelaki antik sudah tak betah berlucu,datok tua katakan mereka serius,

(2)Lelaki romantik tidak membelai dengan kata-kata semata,mereka ingin pasangannya merasai..kenyataan bahawa yg merasa lebih tepat berbanding doktor sendiri menyatakan adalah terlalu romantik ungkapan itu...tiada unsur ego n bangga diri pada penyataan itu,itu lelaki sejati..yg mulutnya di hati,,

(3).lelaki romantik sangat yakin diri,,walaupun apa kekurangan mereka mereka tetap menonjolkan kehebatan ,,,dan jawapan doktor tentang umurmu yg dah menjangkau setengah abad,dan dirimu yakin kau belum mencapai tahap antik,sungguh menyakinkan...

(4)Lelaki romantik jujur,,,kejujuranmu memberitahu usiamu adalah lambang dan ciri romantik,,,

JAWAPANKU

"KAU LELAKI ROMANTIK..KU BUKTIKAN DENGAN 4 HUJJAH DI ATAS"..

TQVM,,saya akan tampil dengan soalan-soalan maut..dalam usaha menjejaki siapa DR CHENTA..harapanku pertanyaanku nanti tidak dibiarkan kosong tanpa lawapan..

Anonymous said...

Astaghfirullah Al Azim,
Jadi-jadilah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Hentikan dulu segala perkara yang tidak berfaedah ini buat seketika walau seketagih mana sekalipun.
Amin.

Juita said...

nice blog..

Dr Chenta said...

cikgumas,
dengan berlapang dada kuterima kesimpulan yg telah kaubuat itu berserta bukti2nya....namun aku tidak pandai memasak dan tidak pula rajin membantu di dapur, masih romantikkah aku?

kutunggu soalan2 mautmu, dan bukan kerana aku pandai sangat untuk menjawabnya tetapi aku sendiri teruja untuk mengetahui apakah soalan2 tersebut yg kaukatakan sebagai usaha untuk menjejaki siapakah Dr Chenta.... selamat mencuba CM!!!

Dr Chenta said...

anony,
terima kasih kerana sudi memberi peringatan tersebut walapun kau tidak bersedia meletakkan nama sebenarmu...., memang sesungguhnya memberi peringatan adalah bermanfaat kepada orang-orang yang beriman!

Dr Chenta said...

juita,
terima kasih kerana sudi singgah di sini dan saya telah pun membalas kunjungan juita dengan membawa sedikit 'oleh-oleh', moga sudi menerimanya!

Juita said...

mengapa hati saya "terhibur dan tergelak besar" berkunjung di sini... kehekehhee... saya xdpt menyembunyikan pertasaan LUCU saya...

Dr Chenta said...

.... kerana di sini juita kena belajar dan mendidik diri sendiri tentang cinta!

en_me said...

salamm ramadhan abang romantik ittewww..

Dr Chenta said...

en_me,
salam ramadhan untuk awak jugak dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini.

Anonymous said...

salam Doc yg romantik.... sepanjang aku mengenali tn Doc mmg la seorang yang romantik.... lembut bicaranya, manis senyumannya....

aku hampir2 jugak kecundang kerana trgoda oleh perwatakkannya,

tp dek akal waras dn pertimbangan wajar aku jd sekadar sahabat kepada tn Doc,

tk slhkan kalau aku menyayanyi seorg sahabat???

Dr Chenta said...

Teja,
terima kasih di atas semua kata2 yang baik tentang diriku, terasa seperti bukan milikku pula sifat2 itu....namun usahlah terkeliru dengan pandangan zahir dan apatah lagi kalau sampai hampir2 tergoda.... kau sebenarnya masih belum cukup mengenali diri ini!

dan sepertimana yang pernah kunyatakan dulu, aku sangat berbesar hati untuk menerimamu sebagai seorang sahabat untuk selama2nya!

Related Posts with Thumbnails