Monday, September 28, 2009

getar di hatikukah itu....?

Sebentar tadi aku membaca himpunan puisi yg terletak di bahagian bawah rimbunan prisma kasih dan aku baca buat sekian kalinya puisi ini.....;

kau tanyalah pada malam
ketika kau merenung bintang2 di langit
sambil bayu mengirim bisikan rindu
siapakah yg turut sama berbuat begitu
jika bukan aku….

usah kau harap jawapan dari suaraku
kerana getar di hati
telah menjadi gelora di tujuh lautan

dan nafas cintaku
merentas jarak dan waktu
berkelana di tujuh benua
dan masih mampu hidup
walau di tandus sahara
walau di dasar gelap laut dalam

dan aku pasrah
pabila tatapan mataku yg redup
masih menggamit rindumu
dan suara lunakku
masih setia membelai jiwa laramu….

2 comments:

Anonymous said...

bukankah puisi itu kau cipta untuk teja??

teja telah trjerat dalam jerat yg dipasang sndiri dan akhirnya tk mampu keluar...

untuk keluar... teja perlu melepaskan perlahan-lahan agar tiada yg trluka, jika telah trluka biar ia sembuh dgn sendirinya melalui jarak masa...

masa telah banyak menguati kelukaanku...

Dr Chenta said...

salam Teja,
Memanglah puisi itu yg berupa puisi buat Teja (4) aku yg cipta namun mengapa hari ini aku diterpa pelbagai rasa apabila aku membacanya entah buat yg keberapa kali dan lantaran itu aku abadikannya sbg entri pd hari ini.

Aku tidak pernah memasang jerat di mana2 dan tidak pernah pun berniat utk menjerat sesiapa. Biarlah kita tenang dan damai dlm cinta tetapi bukan sebagai kekasih....

Usah dibiarkan hatimu luka lagi, memang deritanya boleh hilang tetapi tidak parutnya!

Related Posts with Thumbnails