Monday, September 7, 2009

suria pagi

Usahlah terbuai layu kesedihan dengan ratapan sendu si lembayung senja yang hadirnya cuma seketika, malam yang bakal muncul akan lebih meresahkan rasa dan menggundahgulanakan hati.... dan mengapa tidak kaunantikan sinar suria di waktu pagi yang tetap setia menjanjikan sebuah cinta!!!

6 comments:

CM said...

Salam doktor

Untuk pengetahuanmu...Aku juga di panggil suria.aku kini selalu merasakan aku bukan lagi suria pagi yg dinantikan oleh si alam..aku kini bagai suria di lembayung petang,yg diharapkan pergi untuk menyambut datang yer malam bersama bulan dan bintang yang indah,cahaya suria yang semakin kelam,suria ini dirasakan begitu panas untuk dirapati,cuma diperlukan untuk menerangi si alam di waktu siang hari..bulan juga yang dinanti,dikhabarkan padaku bulan sejuk dan indah berbanding kau wahai si suria..aku terus meratap namun suria itu aku,aku itu suria,alam tetap memerlukan suria,hingga tuhan benarkan suria pergi..suria terus menerangi si alam walaupun alam tak menghargai..


doktor harap kau mengerti kias indah dari hati..seorang wanita yang bernama suria....

Dr Chenta said...

Salam buat suria @ CM yang budiman,

Berulang2 kali aku membaca kias indah dari hatimu namun sukar juga untuk dimengertikan kerana sesungguhnya ia adalah bahasa hati berbunga duka. Yang maha pencipta jualah yg bisa mengetahui apa2 yg ada di lipatan sanubari kita. Izinkan aku utk memahaminya dalam bahasa yg mudah. Bagi diriku, baik suria mahupun bulan atau bintang atau apa2 yg ada di tujuh petala bumi dan di tujuh petala langit dan apa2 yg ada di antara kedua2nya adalah dinamakan alam. Semuanya saling memerlukan di antara satu sama lain, apatah lagi antara suria dan alam yg sangat bergantungan dan sangat perlu dan memerlukan. Bagaimana boleh dikatakan bahawa alam tidak lagi menantikan si suria sedangkan jika suria tidak mahu lagi muncul di waktu pagi atau terbitnya bukan lagi di ufuk timur maka itulah tanda akan berakhirnya alam fana ini! Sama ada alam sudah hilang ghairahnya pada suria yg sinarnya masih terik tetapi serinya semakin pudar dimamah hari atau alam sedang kemaruk menggilai malam yg menggiurkan ditemani bulan dan bintang yg indah menawan, engkau suria tak harus cepat mengalah!!! Engkau sebenarnya telah dijadikan Allah SWT sebagai punca dan sumber kehidupan di alam ini, jangan sekali2 merendahkan martabatmu! Tanpamu suria maka tidak akan wujud malam dan tidak akan kelihatan bulan dan bintang yg indah menawan itu. Dek hanya kerana sinarmu terlindung maka telah wujud malam dan telah kelihatan cahaya bulan dan kerlipan bintang2. Mungkin kini kau berasa sukar untuk melembutkan alam agar terus mencumbuimu namun kau punya Tuhan Yang Maha Besar dan Yang Maha Berkuasa tempat untuk kau merintih dan memohon bantuan dan pertolongan agar lembut hati si alam untuk kembali ke pangkuan dan menghargaimu semula. Anggap sahaja apa yg berlaku ini suatu ujian dan dugaan sepertimana yg dihadapi juga oleh mereka yang lain. Teruslah bersinar ceria wahai suria sama ada ketika kau terbit di ufuk timur pd waktu pagi atau pun terbenam di ufuk barat sebagai lembayung senja. Hamba yg serba dhaif ini tumpang sama mendoakan kebahagiaanmu!

Maiyah said...

salam.. wah sedap madah kat sini.. makasih ziarah blog sy :D

Dr Chenta said...

Terima kasih kembali maiyah, senang2 datang ler lagi....:D

CM said...

salam doktorku

sesungguhnya kau kini lebih mengerti dari aku yg semakin tidak mengerti...ribuan terima kasih pada pengertian ini...

Dr Chenta said...

salam CM,

terima kasih kembali, sebenarnya pengertianku belum begitu tuntas dan mantap krn masih ada keliru dan persoalan di sudut hati ini namun biarlah kupendamkan dahulu sementara kucari waktu yg sesuai utk dilontarkan kpdmu demi suatu kepastian....

Related Posts with Thumbnails