
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
4 comments:
mmg penting dlm memilih sahabat ni, sy dulu tersilap pilih sahabat tapi alhamdulillah.. skrg sy tahu knp Allah memberi ruang dan kesempatan baru pd saya kerana utk mengenali sahabt2 baru yg akan memberi lebih kearah positif.. makasih sahabat :)
salam doktor hatiku
kenapa pasangan hidup kita dipanggil teman hidup,tidak di panggil sahabat...hehehe,,,mcm tak cerdik jer soalan ni???
ye la maiyah, mmg sukar utk memilih dan mendapat sahabat yg baik.... namun yg pasti kita boleh usahakan diri kita sendiri menjadi calon sahabat yg baik untuk orang lain!
salam CM,
terasa tidak layak pulak untuk komen ttg penggunaan kata.... CM kan lebih arif! Apa yg kutahu, sama ada sahabat, kawan atau teman, maknanya hampir sama dan dlm konteks pasangan hidup, suami/isteri maka perkataan yg paling sesuai digunakan ialah 'teman'. Bukankah suami/isteri kita juga adalah merupakan sahabat atau kawan sejati/terbaik yg harus kita terima mereka itu seadanya? Atau sebelum menjadi teman suami/isteri kita, mereka kan antara sahabat atau kawan2 kita kan? Boleh ke dikatakan macam tu CM? hehehe
Post a Comment