Friday, September 4, 2009

mimpi hakiki

dalam sepi ada cinta
dalam riuh ada rindu
menyatu di pintuMu
bagai kembara kuharungi laut biru
berlelah-lelah dan tertatih
sebelum pada akhirnya
menjadi daun luruh
di pangkuanMu, ya Rabb
ya Rabb, pemilik keabadian
cinta dan rindu untukMu
adalah mimpi yang hakiki
penuh harap dan cemas
khuatir kutak sampai

6 comments:

CM said...

Salam Doc

Allah maha mendengar,Allah maha Pengasih,tapi mengapa seringkali manusia tak mampu dan tak mahu mengadu dan merintih pada tuhan.Lebih rela diulit mimpi dusta rekaan manusia dari menikmati mimpi hakiki yg datang dr hakikat ketuhanan..


aduhai doktor hatiku!!

ke mana perginya gerangan temanku Teja,,,aku sering menemui telatah manjanya di sekolah ini,bagai hilang seri sekolah ini tanpa Teja,dimana gerangan Teja????dilarikan Megat Panji Alam???dr Tangan Tuah..

Anonymous said...

huhuhu.... salam pagi yg hening, renyai hujan menemaniku tika ini... dlm redup pagi aku mengingatimu wahai Dr ku...

cinta kepadaNya pastinya tidak akan membuat kita kecewa, cintaNya cinta sejati, kasih sayangNya bukan palsu, amat beruntunglah sesiapa yang mendapat cintaNya...

cinta sesama manusia banyak meranapkan hati dan perasaan... membiarkan aku dalam kelukaan, kesedihan, dan sedikit demi sedikit aku membenci, benci diriku sendiri, benci kepadanya.... aku akan cuba menghindarinya mulai saat ini.

CM aku masih di sini merawat hati... merenung nasib diri, biarpun luka ini sembuh, namun parutnya kekal sepanjang zaman... aku tk mau dilukai lagi.

CM said...

Salam doktor hatiku

Ku hampar permaidani merah,ku tabur bunga rampai mewangi,ku jemputmu ke istanaku di `Hidup ini sementara`membntu aku menrungkai persoalan hidup ,kerumitan cinta seorang teman yg sangat ku kasihi...yg memerlukan bimbingan mengenal cinta sejati....aku menunggu tibamu wahai doctor hatiku,,

senyumku terukir,berbunga hati melihat kelibatmu teja,apapun keadaanmu kau tetap bunga berseri di halaman ini...

Dr Chenta said...

salam CM,

maaf kerana terlambat membalas komen.... waktu pd hujung banyak digunakan untuk membereskan beberapa urusan keluarga.

CM, selagi bernama manusia, kita memang serba dhaif, sering melakukan kesilapan dan selalu juga leka dan terlupa. Kita lebih terkesan dengan apa2 yang zahir terpandang. Seorang peniaga percaya bahawa kedai dan aktiviti perniagaannyalah yang memberinya rezeki padahal hakikat sebenarnya bukan begitu. Apabila keyakinan terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah SWT semakin berkurangan maka manusia langsung tidak akan mengadu, merintih dan memohon bantuan daripadaNYA.... manusia berpendapat dengan usaha dan ikhtiar sendiri sahajalah semua masalah akan dapat diselesaikan. Kita sebenarnya sedang mengalami krisis kelemahan iman!

Dr Chenta said...

Teja,

Terima kasih kerana dalam cuaca, keadaan dan suasana seperti itu kau masih mengingati diri ini...

memang matlamat dan tujuan hidup kita di dunia adalah untuk mendapatkan cinta kepadaNya.... dan ALLAH SWT sendiri begitu sekali mencintai hamba2NYA, lebih 70 kali berbanding cintanya seorang ibu kepada anaknya!

cinta sesama manusia boleh juga membahagiakan jika ianya adalah untuk mencapai redha Ilahi dan dilakukan dalam batas2 agama.

Jika ditakdirkan yang kita akan terluka kerana cinta dan parutnya kekal sepanjang hayat, apalah daya kita untuk menghindarinya.... dan berdoalah semoga ianya tidak akan berulang lagi!

Dr Chenta said...

Salam untuk CM yang budiman,

usahlah dihampar permaidani merah, ditabur bunga rampai mewangi untuk menjemputku ke istanamu.... terasa tersangat tidak layaknya diri ini!!!

Aku telah pun ke sana semalam namun masih belum berkesempatan untuk mencoret sepatah dua kata berhubung dengan persoalan hidup dan kerumitan cinta temanmu itu. Aku rasa tidak layak untuk memberi bimbingan namun akan kucuba juga untuk memberi sekadar pandangan bertunjangkan pengalaman yg mungkin boleh dimanfaatkan bersama....insyaALLAH

Related Posts with Thumbnails