Wednesday, September 2, 2009

bahtera rindu

Andainya ada rindu yang tak terucap.... biar ia bermain dulu di angan hati.... dan andainya telah ada kekuatan....langkahilah titian rindu itu.... dalam menuju pada ribaan sedarnya.... dan andainya yakin akan kebenaran rindu itu mohonlah segala kehendak dgn berdoa agar rindu itu akan hadir melayarkan bahtera....



4 comments:

CM said...

Dalam perjalanan mengenal cinta,aku lebih senang ditemani rindu,dipandu rindu,dan berhenti dipersimpangan kerana rindu,Bagiku rindu cuma milik mutlak seorang aku,biar aku merindu walau tiada siapa yg tahu....

bahtera rinduku tak perlukan layar,biar dia dibawa angin...dan berhenti dimana-mana pulau yang ditentukan ilahi....

aku mahu kau mengerti makna rinduku...

Juita said...

erm... ada bahtera ke rindu ni.. sy rasa nak duduk atas bahtera rindu.. melayarinya... sonok nhyer..

Dr Chenta said...

cikgu mas,
Aku berasa tersangat kerdil untuk mengerti dan apatah lagi untuk menilai rindumu namun antara apa kuketahui dan pernah terbaca di mana2 bahwa kerinduan dan kecintaan itu bukanlah yang sesama anak cucu adam sahaja tetapi juga kerinduan dan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Berkuasa. Adanya rasa cinta tidak akan terlepas daripada rasa rindu dan adanya kerinduan kerana ada satu kecintaan yang luar biasa kepada sesuatu. Apakah sesuatu itu berupa wujud yang nyata atau abstark? Ini adalah kerana untuk mengertikan erti daripada cinta dan rindu secara bahasa bukanlah satu hal yang mudah. Rindu dan cinta adalah masalah perasaan. Ia adalah satu perasaan akan keinginan untuk bertemu dan berbicara dengan objek yang menjadikan kita mempunyai rasa cinta dan rindu . Cinta dan rindu yang datangnya bersama mempunyai satu makna yang dalam, indah dan agung dan tidak ada kata2 yang dapat melukiskan keagungannya. Hakikat kedua kata ajaib ini tidak dapat ditemukan begitu saja selain dengan segenap kesungguhan, pengamatan dan penjiwaan. Cinta dan rindu adalah satu perasaan yang tidak ada larangan dalam agama dan tidak juga dalam syariat Islam. Kedua perasaan ini adalah masalah hati dan hati ini adalah urusan Yang Maha Pencipta.

Dr Chenta said...

Juita,
kau sebenarnya telah pun berada di dalam bahtera rindu itu kerana di dalam hatimu telah pun tertancap rasa cinta.... dan apalah makna rasa cinta itu tanpa rindu!

Related Posts with Thumbnails