Wednesday, September 16, 2009

cinta lelaki...


Cinta lelaki pelik & Unik
Oleh : Lovely

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:
• Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
• Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
• Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
• Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
• Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
• Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak menumpukan perhatian penuh padanya.
• Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
• kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
• Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih atau isteri.
• Lega apabila pasangan memujuknya.
• Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
• Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
• Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.

4 comments:

gusarsayu said...

saya lihat cinta itu..cuma bukan untuk saya.

Dr Chenta said...

gusarsayu,
segala2nya dlm ketentuan Allah swt dan jika dizinkanNYA yg cinta itu masih milikmu maka tiada siapa pun yg bisa melenyapkannya daripadamu....

CM said...

salam

tika tuhan mencipta hawa untuk adam cinta lelaki telah terbukti,lelaki mmg resah tanpa wanita,lelaki tidak perlu beredah jika isteri mati atau terpisah adalah satu bukti lelali memang memerlukan cinta dalam hidupnya..

salam aidilfitri untuk doktorku,ampun dan maaf atas segala ketelanjuran kata,rasa dan bicara....

Dr Chenta said...

salam cikgu mas,

sejak beberapa hari ini aku ternanti2 sangat pulak akan kunjunganmu di sini....

setuju dgn cikgu mas, lelaki dan wanita memang saling memerlukan!

salam aidilfitri jugak untuk cikgu mas dan keluarga, maaf zahir batin...

Related Posts with Thumbnails