
|
belajar dan mendidik diri kita sendiri tentang cinta
Seorang remaja bernama Emma (bukan nama sebenar) menulis di dlm blognya (tertarik dgn pandangannya, aku abadikan di sini); entri kali ni, menyentuh tentang sesuatu yang aku tak sangka aku akan tulis, tak sesuai dengan jiwa betul la topik ni tapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya aku tergerak hati untuk menulis tentang hal ni. mule-mule nak tanya soalan, boleh?haha….adakah kamu:
* pernah merasakan tiada siapa yang akan terima diri kamu seadanya dan sanggup hidup dengan kamu?
* tak pernah ada girlfriend/boyfriend? atau tak pernah merasakan kasih sayang seseorang selain ahli keluarga dan rakan-rakan seterusnya merasakan tiada siapa yang akan sayang kamu?
* selalu dikecewakan oleh lelaki/perempuan yang kamu rasa dah serahkan cinta mati sehinggakan kadang-kadang rasa serik bercinta?
* tak pernah percaya pada "cinta sejati" atau "jodoh dan pertemuan"?
kalau kamu tergolong dalam ciri-ciri di atas, semestinya kamu rasa memang dalam dunia ni kamu ditakdirkan hidup sendirian. aku tulis pasal hal ni sebab aku ade seorang kawan yang tak pernah anggap ade orang akan terima diri die seadanya. die rase takde siapa yang akan terima diri dia yang banyak kekurangan.aku rase bukan die seorang yang rase macam tu.
aku tahu aku takde langsung pengalaman tentang hal macam ni (zero ko tau tak?). tapi takpe
setiap orang itu ade takdir masing-masing yang telah ditentukanNya. kita selalu lihat orang yang dah berumur tapi masih tak kahwin-kahwin lagi ataupon yang masih takde jodoh lagi. lebih-lebih lagi zaman sekarang ni, ramai sangat aku tengok. jadi kita takot kalau sebenarnya ape yang kita lihat tu akhirnya akan jadi pada kita.sebab itulah, ade antara kawan aku yang dah assume macam-macam yang akan terjadi pada masa hadapan. ye, aku tau umur macam aku ni, terlampau muda untuk fikirkan pasal hal ni, tapi inilah hakikat sebenar. masih adekah "cinta sejati" yang orang cakap-cakapkan tu? masih adekah orang yang akan terima diri kita seadanya walaupon kita tak berharta? tak cantik? banyak kekurangan? zaman sekarang, manusia lebih materialistik dan lebih fikirkan kepentingan diri sendiri. takde dah ayat camni "I tak kesah kalau U kerja bawak lori je pon, asalkan hidup kita bahagia".
itu la sebab kadang-kadang mereka ambil keputusan untuk tak mengharapkan "seseorang" yang akan teman hidup diorang. akhirnya ramai yang rela hidup seorang diri.aku percaya dengan ayat ini "suatu hari nanti,pasti ade seseorang untuk kamu". mungkin ade yang dah putus asa untuk harapkan "seseorang" ni yang tak muncul-muncul sehingga umur dah nak mencecah 40an atau 50an. dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir sendirian. tapi yakinlah, kalau bukan di dunia, insyaAllah "seseorang" itu akan ade di
jadi aku harap, jangan ada yang berputus asa mencari "seseorang". pasti ade untuk kamu. kalau dah jumpa, Alhamdullilah. tapi kalo tak jumpe lagi, jangan terdesak mencari sampai tersalah pilih orang. yang penting bahagia dan saling melengkapi(complement to each other..macam ayat biologi).
eh, aku ade satu cerita nak kongsi. Ustazah aku pernah cakap:
"kalau kita suka seseorang tu, jangan bagitau dia, simpan perasaan tu baik-baik dan selalu berdoa akhirnya akan dijodohkan dengan dia. walaupon mungkin selepas tu, ajal kita sampai atau ajal dia sampai.insyaAllah kita akan bertemu die di akhirat sebagai jodoh kita"
betol ke ayat aku ni? lebih kurang macam ni la Ustazah cakap.haha.
dah-dah. untuk tulis entri yang tak sesuai dengan umur aku ni memakan masa sejam untuk fikir tau. letih otak aku. lepas ni taknak cerita bende serius macam ni lagi. kalo mak aku bace, mesti die cakap "kamu takde kerja lain ke? belajar pon tak habis, tulis benda-benda macam tu. tak sabar nak kahwin sangat ke??". haha.
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta lagi,
Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta duniawi.
Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta lagi,
Ya Rabbul Izzati, jika aku jatuh cinta lagi,
Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi,
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Ya-ALLAH Rabbul Jalil.
"Duhai suamiku...Dengarlah luahan hatiku ini Dari isterimu...Yang selama ini begitu taatnya Diriku padamu... Abang sayang... Bukan niatku untuk membenci dirimu Apatah lagi melukakan hatimu Cuma ingin meluahkan rasa Terkilan dan ketidakpuasan Yang selama ini bertapak di hati... Abang... Apakah salahku apakah dosaku Sehingga abang memperlakukan ku sebegitu Terluka rasa hati Dek kerana perlakuanmu Dan tutur bicaramu padaku... Abang suamiku... Setiaku hanya padamu Tidak ada dua dan tidak juga tiga.. Tiada di hati selain dirimu Walaupun sungguh berat kurasakan Permintaanmu itu.. Namun, isterimu ini redha bang.... Redha padamu dan redha juga pada tuhanku.. Aku tak mampu untuk menghalang kehendakmu Kerana ku tahu akan tewas jua.. Biarlah ku pasrah pada ketentuannya.. Kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.. Suamiku tercinta... Bagaikan halilintar memecah bumi.. Tatkala kau bersuara Ingin kahwin lagi... Menitis airmataku... Tidak tertahan lagi... Hilang sudah maluku padamu Bang...fahamilah isi hatiku ini... Duhai abang... Katamu kau terpaksa Kerana tidak ingin menambah dosa Dia tidaklah secantik mana Dia tidaklah sehebat mana Cuma katamu... Godaan syaitan.. Godaan nafsu telah beraja di hati Daripada terlanjur melakukan dosa Lebih baik kahwininya segera Hilang dosa tambahkan pahala... Abang... Mengertilah kau bahawa.. Berat rasa hati ini Untuk mengizinkan kau kahwin lagi.. Namun kau harus tahu.. Isterimu ini tidaklah sekejam itu Dengan terpaksa kurelakan jua Walaupun hati ini terluka Isteri mana yang sanggup bermadu bang... Aku ingin menjadi seperti Aisyah.. Madunya ramai hidupnya bahagia.. Tapi... Aku tak mampu untuk menjadi seperti itu.. Cukuplah sekadar aku di hatimu... Pergilah abang... Aku izinkan dirimu.. Janganlah
Maha Suci Tuhan yang telah memberi ketenangan
dalam sujud taubat, hajat, istiqarah,syukur dan dhuha
dalam kekeliruan mencari cinta
lantaran usia kian mengejar
apalagi mereka yang seusia telah menginjak fasa
aku yang bukan lagi digelar dara rebutan!
Dalam kata mereka, kuterima sebagai nasihat
dan senyum bonda, senyum berhajat
kuselami erti tersirat
mahu aku punya pembimbing kampung akhirat
Bukan aku tidak mahu
bukan hanya tunggu menanti seru
tapi aku terkeliru
dalam usaha itu
adakalanya tersasar dari jalanMu
Lantas aku undur langkah
dalam taubat kumohon keampunan
dalam hajat kumohon pertolongan
dalam istiqarah kumohon pilihan
dalam syukur kumohon pemeliharaan
dalam dhuha kumohon kurniaan!
Masih terngiang lagi sinis kata menguji iman
kalau kau tu baik sangat…
kenapa belum punya teman?
Bagaimana harus aku bicarakan
jodoh bukan untuk orang yang baik…sahaja
orang tak baik pun ada jodoh juga
sudah termaktub janjiNya
lelaki baik untuk perempuan baik begitu juga sebaliknya
yakin lah…
ajal maut, jodoh, pertemuan ada hikmah
pabila tiba masanya, pasti takkan berganjak walau sesaat!
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”