
Jarang sangat kita melihat lelaki menitiskan air mata tetapi sebenarnya mereka pun menangis. Mungkin kaum lelaki selalu memikirkan egonya, apalagi ingin menangis di depan kaum perempuan sudah pasti tidak sanggup.
Semua itu mereka tepis kerana kalau menangis mereka akan dilihat tidak macho. Emosi, suka, gembira, duka, patah hati sebenarnya tidak ada kaitannya dengan macho atau kejantanan. Lelaki juga berhak untuk menangis dan itu adalah sifat manusia yang punya hati dan perasaan sama ada untuk meluahkan kegembiraan atau kesedihan..
Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Dengan menangis maka perasaan tertekan akan terasa lega. Inilah yang dikatakan ‘tangisan yang berkesan’ kerana mampu memberi kesan yang baik pada emosi seseorang begitu juga saat kita gembira dengan ketawa. Jadi janganlah malu untuk menangis kerana itu tidak ada kaitan dengan kejantanan seorang lelaki. Kalau kita tidak ingin dilihat lemah oleh pasangan atau kawan, kita boleh lakukannya di bilik bersendirian. Jadi tidak ada yang tahu

3 comments:
erm... aku caye yg lelaki juga menangis kerana aku sndiri pernah melihatnya di depan mata... seorang lelaki menangis dan merayu supaya isteri tersayang kembali kepangkuannya... menangis kerana menyesali segala perbuatannya... menangis kerana sedih atas apa yg menimpa rumahtangganya... namun, sangat mudah untuk memaafkan tetapi trlalu sukar untuk melupakan setiap perbuatannya...
moga isterinya itu akan memaafkannya dan menerimanya semula seperti dulu2... amin!
wahai tejaku,
sama ada menangis kesedihan atau menangis kegembiraan, kedua2nya boleh dialami oleh semua orang tanpa mengira jantina....
jika seorang suami telah meminta maaf dlm keadaan yg menangis2 eloklah kita bersangka baik dan doakan agar dia telah benar2 menyesal dan insaf. Memang kita mudah utk memaafkan namun sukar utk melupakan perbuatan yg melukakan itu!
suami isteri perlu salin bermaafan dan terimalah pasangan masing2 seadanya....
LELAKI JUGA MANUSIA BIASA...MEREKA JUGA NANGIS..SATU HUJAH YG SANGAT MENARIK NI..
DOKTOR JGN NANGIS DI PAGI RAYA TAU
Post a Comment